Saturday, September 26, 2009

Macam-macam..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memperjalankan urusan kita sehari-hari.Tanpa kita sedari,seharian yang kita harungi begitu cepat masa berlalu.Segalanya adalah kurniaanNya.Bersyukurlah kepada Allah SWT..

Sebelum pulang ke Malaysia 3 bulan yang lalu,sempat juga saya bertanya khabar dengan beberapa sahabat di Malaysia.Saya juga turut dijadikan tempat salah seorang sahabat melepaskan kemarahan tatkala saya amat susah sekali ON9 di Yahoo Messenger.Maaf ye sahabat,saya hanya selalu invisible kerana save masa yang ada.Alhamdulillah,sebelum bermula peperiksaan semester kedua,saya luangkan masa untuk berYM dengannya.

Setelah bertanya khabar rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama belajar di Tingkatan 6 dahulu,sempat juga sahabat saya membuka tajuk yang agak panas..!!(Mungkin jugak..)
Seingat saya,gossip ni hanya popular dikalangan orang yang terkenal sahaja..rupa-rupanya saya juga tidak terkecuali terkena gosip.Ntahla,mungkin akibat sudah lama tidak bertukar-tukar berita diantara kami,perkara ini timbul seterusnya terjadilah sebuah kisah rekaan semata-mata.

Alhamdulillah,mungkin ada hikmah diatas kejadian itu.Saya tidak menyalahkan sahabat yang bertanyakan status saya ketika ini.Saya segera memperbetulkan fakta yang mungkin sudah tersebar dikalangan batch kami.Tapi,2 hari yang lepas saya menerima panggilan dari seorang lagi sahabat saya yang kini menuntut di Universiti Malaya dan mengambil jurusan Syariah dan Undang-undang.Selama setengah jam, kami bertukar-tukar cerita tentang hal pengajian,kehidupan bergelar mahasiswi dan lain-lain lagi.

Saya kurang berasa terkejut ketika ditanyakan tentang fakta yang didengarnya.Fakta itu sama dengan fakta yang saya dengari sebelum ini.Saya juga telah memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan
tidak..Tentang apa fakta yang dikemukakan itu usahlah menjadi tatapan kita sekarang.Hakikatnya,siapapun kita,kita hendaklah bertanya dengan empunya diri dahulu sebelum menyampaikan cerita yang kita dengar.Takut pula terjadi fitnah.

Fikir kembali apa perasaan kita apabila terjadi fitnah kepada diri kita sendiri.Na`uzubillah..Pasti ramai yang sudah lali dengan cerita yang dilemparkan.Tapi sepatutnya bagi mengelakkan diri dari difitnah,cuba betulkan fakta dengan berterus-terang kepada si fulan yang bertanya.Itu adalah langkah bijak mengelak fitnah.

Kejadian yang menimpa saya sebenarnya, telah menjadikan saya lebih banyak berfikir.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Tapi,buat renungan saya dan sahabat-sahabat di luar sana,ayuh kita siasat dahulu tentang pengkhabaran yang didatangkan kepada kita.Jauhkan diri kita dari banyak bercakap kosong atau mereka-rekakan cerita.Saya ucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi bertanyakan kesahihannya dahulu sebelum mempercayai cerita tersebut.

No comments: