Saturday, September 26, 2009

Mengapa?

Hari ini,saya bersama keluarga bercuti di Swiss Garden,Sg. Petani.Terharu dan tersentuh apabila kami dapat bersama.Disebabkan saya akan berangkat ke Mesir tidak lama lagi,saya diraikan disini…

Perjuangan bergelar seorang pelajar di mana-mana sahaja,memerlukan sebuah pengorbanan yang jitu.Berkorban untuk berjauhan merupakan salah satu kekuatan bagi saya dan pelajar di luar negara untuk teruskan pengajian.Semuanya adalah satu ketetapan Allah kepada hamba-hambaNya..

Kadang-kadang saya tefikir,untuk apa saya membuat blog ini.Saya terus berfikir.Lagipun jika dibandingkan dengan blogger-blogger lain,mereka jauh lebih berilmu dan berpengetahuan dalam menyebarkan dakwah dan nasihat berguna.

Tapi,sampai bila harus saya merendahkan diri sebegitu?sungguhpun itu adalah kelemahan diri saya,saya tetap akan meneruskan perjuangan ini..saya akan terus menyampaikan apa yang baik untuk tatapan umum mengambilnya sebagai pengajaran ataupun muhasabah.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawasanya orang yang paling bijak dikalangan hamba Allah ialah yang meletakkan akhirat di hadapan.Mengingati mati dan berfikir berkenaan ummat setiap hari mendorong kita untuk melakukan kebajikan sepanjang hari.Apakah salahnya jika dalam sehari berborak-borak bersama rakan,kita selitkan dengan melahirkan rasa bimbang terhadap ummat Islam kini?Mungkin juga dengan menghantar kiriman SMS kepada sahabat-sahabat kita dengan kata-kata yang manis.Itu juga satu sedekah!


Bersama menuju redhaNya..

No comments: