Wednesday, July 22, 2009

Wanita Solehah



Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

Lembutmu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Aduhai puteriku sayang…

Malumu mahkota yang tdk perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman..
~Bila dihayati bait-bait nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Hijjaz ni,bersyukur sgt2 krn diciptakan sbg kaum Hawa.Pernah juga dgr org dulu-dulu cakap,`jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak perempuan sorg!`..ha,mcm mana tu?Fikirkanlah...


Zikir



Zikir 21 July 2009

Maksud Zikir: Ialah ingat dan tidak lupa.Apabila dikatakan zikir pada Allah bermaksud mengingati Allah dan tidak lupa padaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka ingatlah kamu kepadaKu,nescaya Aku ingat * pula kepadamu,dan bersyukurlah kepadaKu,dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.
Al-Baqarah:ayat 152
*Allah akan melimpahkan rahmat dan ampunanNya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahwa seafdhal-afdhal zikir itu adalah menyebut Lailahaillah.


Banyak lagi ayat-ayat yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.
Antaranya, firman Allah SWT yang membawa maksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. Ar-Ra`d:ayat 28

Ya Allah,begitu indah dan tenangnya apabila dihayati ayat-ayat Allah,tambahan pula apabila difahami maksudnya.Turut tenang rasanya tatkala kita menyebut nama-nama Allah,serta zikir-zikir sepanjang kehidupan kita seharian.Tetapi,adakalanya kita terlupa akan Dia!Astaghfirullah..moga Allah mengampuni dosa-dosa kita…Amin.

Maksud firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman,berzikirlah (dengan menyebut nama-nama Allah) zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Al-Ahzab:ayat 41

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang…Teringat saya pada kalimah itu,apabila mengimbas kembali memori ketika menonton ceramah Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 ketika belasan umur.Ceramah yang berkisar tentang tajuk hati itu menarik minat saya ketika itu.Tambahan pula,ahli panel yang menyebutnya ialah Ustazah Siti Nor Bahiyah,yang kini rancak menyampaikan dakwahnya di serata pelusuk negeri.Betullah dan bertepatan dengan ayat Al-Quran,apabila kita sentiasa mengingati Dia,kita akan merasa lebih dekat lagi di bawah peliharaanNya insyaAllah.


Bersama-samalah kita memperuntukkan masa kita dengan melaksanakan amal ibadat kepadaNya.Bertaubatlah selagi pintu taubat itu masih terbuka untuk kita.Andai mata terpejam,rugilah kita sekiranya tidak sempat bertaubat kepadaNya.Nauzubillah!

Sebelum kita memejamkan mata pada malam hari,sentiasalah memohon kepada Allah moga Allah sampaikan kita kepada hari esok untuk kita terus melaksanakan perintahNya serta menjauhi laranganNya.Dan sekiranya mata ini akan tutup buat selama-lamanya,moga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu.Maafkan kesalahan-kesalahan manusia yang telah melakukan kesilapan terhadap kita.Moga mereka juga sudah memaafkan kita sekiranya xsempat utk kita berbuat demikian.


Tapi,sudahkan kita bersedia menghadapi kematian?


Sunday, July 19, 2009

Menuju RedhaNya

Perjalanan di muka bumi yang serba indah dihiasi oleh perbagai hiasan dunia,seringkali melupakan kita kpd hakikat kehidupan yg sebenar.Meskipun manusia selalu diingatkan utk menyembahNya dan mentaati perintahNya serta menjauhi laranganNya.Namun,sifat manusia yg pelupa itu,memerlukan peringatan yg berterusan.Siapakah yg bertanggungjawab berbuat demikian?Mereka,dia,kamu atau saya?Tuding menuding sesama sndiri tidak menyelesaikan persoalan yg diberikan.Sebaliknya tanggungjawab itu adalah tanggungjawab semua diantara kita…

Kembali kepada ayat Allah SWT yg bermaksud: Hai manusia,sembahlah Rabbmu Yang telah Menciptakanmu serta (Yang telah Menciptakan) orang-orang sebelum kamu,agar kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. Al-Baqarah:21

Banyak lagi ayat-ayat Allah yang menyebut tentang pengabdian diri kpdNya.
InsyaAllah apabila kita sering diingatkan tentang tujuan hidup di dunia ini,kita akan sedar betapa halus dan telitinya penciptaan Allah terhadap makhluk-makhlukNya.

Ayuh,kita terus mencari dan mencari,hikmah sebenar penciptaan kita.Bagaimana mencarinya?Sudah tentulah dgn mengabdikan diri kepada Allah dalam mentaati perintahNya serta menjauhi laranganNya.Dalam perjalanan menujuNya,pasti ada pertolongan dan bantuan Allah SWT.Yakin dgn janji Allah,insyaAllah hidup akan lebih bahagia dibawah rahmatNya..Amin.

Saturday, July 18, 2009

Alhamdulillah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kpd Rabbul Jalil,kerana atas keizinan dan inayahNya,segala yg dirancangkan mendpt keizinanNya.Selawat dan salam buat junjungan besar yg tercinta Nabi Muhammad SAW,isteri2 baginda,shbt2 dan seterusnya.Terima kasih buat mak dan abah,atas doa dan restu kalian. Tidak dilupakan jga ats sokongan dan bantuan 2 sahabat sy,Norihah dan Shuhada dlm pembatitan sy dlm bdg penulisan ini.Alhamdulillah, dan Terima Kasih.

InsyaAllah,bersama kudrat dan kesempatan yg diberikan oleh Allah SWT kpd sy,sy akan cuba utk berkongsi sdkt sbyk ilmu ataupun kalam nasihat buat insan dhaif ini dan jga shbt2 disana.InsyaAllah,marilah kita sama2 bangun utk MENUJU REDHA ALLAH SWT!
Ayuh,sblm terlambat.Ajal dan maut kita adalah dibwh pengetahuanNya.Kita xmampu utk mengetahuinya,tp kita mesti bersiap sedia.Kerana di sana sudah trtulis tarikh ajal kita..
InsyaAllah kita bertemu lagi dlm sesi akan dtg..Moga usaha ini berjalan hanya utk menujuNya.
'Carilah bekal utk ke negeri akhirat yg kekal abadi...'.Assalamualaikum.