Wednesday, July 22, 2009

Zikir



Zikir 21 July 2009

Maksud Zikir: Ialah ingat dan tidak lupa.Apabila dikatakan zikir pada Allah bermaksud mengingati Allah dan tidak lupa padaNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka ingatlah kamu kepadaKu,nescaya Aku ingat * pula kepadamu,dan bersyukurlah kepadaKu,dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.
Al-Baqarah:ayat 152
*Allah akan melimpahkan rahmat dan ampunanNya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahwa seafdhal-afdhal zikir itu adalah menyebut Lailahaillah.


Banyak lagi ayat-ayat yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.
Antaranya, firman Allah SWT yang membawa maksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. Ar-Ra`d:ayat 28

Ya Allah,begitu indah dan tenangnya apabila dihayati ayat-ayat Allah,tambahan pula apabila difahami maksudnya.Turut tenang rasanya tatkala kita menyebut nama-nama Allah,serta zikir-zikir sepanjang kehidupan kita seharian.Tetapi,adakalanya kita terlupa akan Dia!Astaghfirullah..moga Allah mengampuni dosa-dosa kita…Amin.

Maksud firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman,berzikirlah (dengan menyebut nama-nama Allah) zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Al-Ahzab:ayat 41

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang…Teringat saya pada kalimah itu,apabila mengimbas kembali memori ketika menonton ceramah Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 ketika belasan umur.Ceramah yang berkisar tentang tajuk hati itu menarik minat saya ketika itu.Tambahan pula,ahli panel yang menyebutnya ialah Ustazah Siti Nor Bahiyah,yang kini rancak menyampaikan dakwahnya di serata pelusuk negeri.Betullah dan bertepatan dengan ayat Al-Quran,apabila kita sentiasa mengingati Dia,kita akan merasa lebih dekat lagi di bawah peliharaanNya insyaAllah.


Bersama-samalah kita memperuntukkan masa kita dengan melaksanakan amal ibadat kepadaNya.Bertaubatlah selagi pintu taubat itu masih terbuka untuk kita.Andai mata terpejam,rugilah kita sekiranya tidak sempat bertaubat kepadaNya.Nauzubillah!

Sebelum kita memejamkan mata pada malam hari,sentiasalah memohon kepada Allah moga Allah sampaikan kita kepada hari esok untuk kita terus melaksanakan perintahNya serta menjauhi laranganNya.Dan sekiranya mata ini akan tutup buat selama-lamanya,moga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu.Maafkan kesalahan-kesalahan manusia yang telah melakukan kesilapan terhadap kita.Moga mereka juga sudah memaafkan kita sekiranya xsempat utk kita berbuat demikian.


Tapi,sudahkan kita bersedia menghadapi kematian?


No comments: