Tuesday, May 6, 2014

Kita Anak Muda


Yang telah pergi,pergi membawa gelaran as-syahid.Cemburunya setiap jiwa yang membaca kisah seorang anak muda ini,walaupun hanya menyelak helaian demi helaian. Rasa tidak sanggup meneruskan pembacaan. Kerana yang berbaki ini juga bercita-cita untuk syahid di usia muda. Iaitu kita semua. Yang berbaki inilah sedang berada di zaman yang amat getir. Perlu mengharungi terlalu banyak halangan dan cabaran. Beruntunglah mereka yang bergembira di 'sana'. Wahai anak muda, peperiksaankah kamu, susahkah kamu, inilah dunia. Kerana kerehatan hanya apabila bertemu denganNya! Ya Allah bantulah kami. Banyaknya umur kami,biarlah umur yang penuh keberkatan. Sedikitnya umur kami, biarlah penuh dengan ketaatan. Kerana kematian tidak pernah mengenal usia muda atau tua insan...