Wednesday, August 4, 2010

Walau sekelumit cuma..

Assalamualaikum wbt..
Sudah lama saya tidak menulis.Buntu dan hilang idea.Mungkin bimbang menulis yang bukan-bukan pula.Lagipun,saya tidak pernah berniat untuk menulis hal peribadi.Kadang-kadang,mungkin tidak sengaja.Hati seorang Hawa!

Dalam meniti arus kemodenan,arus yang paling menakutkan ini,terasa di hati,masih punya waktukah untuk saya mencapai matlamat hidup?Apakah matlamat itu belum tercapai?Ya,memang belum tercapai..Masih jauh lagi...


Ayuh kita berubah.Jika dia masih alpa,bawa dia sekali bersama kita untuk berubah.Tidak rugi pun kita.Malah kita lagi untung kerana bekalan (pahala) kita akan bertambah.

Jom kumpul bekalan.Mula dengan melaksanakan ibadah dan ketaatan kpd Allah SWT.Bila kita dekat denganNya,DIA akan dekat dengan kita.RahmatNya akan datang,pertolonganNya semakin menghampiri.Cubalah,dan rasailah kecintaanNya...Sesudah melaksanakan perintahNya,jauhi pula laranganNya.DIA larang kita menjauhi maksiat,jangan kita dekati.DIA larang kita menipu,jangan kita menipu.Jangan mencuri.Semua itu dalam larangan DIA.Bukan larangan manusia.Berbuat baik mencari pahala,kerana DIA.Dan tinggal yang tidak baik menjauhi dosa,kerana DIA.DIA yang suruh dan perintahkan.Bukan manusia!

Kita manusia,mereka itu juga manusia.Teringin membuat kebaikan,tapi malu.Tapi takut dikata orang.Sebenarnya dia mahu.Apakata kita bantu dia?Jom kita sama-sama membuat baik.Sama-sama kita jauhi kemurkaanNya...Mula dari situlah,kita akan sama-sama menempuh ujian dan cabaran hidup.Kerana kita akan sama-sama mahu masuk syurga.Moga usaha kita selama ini tidak sia-sia.

Biarlah dikatakan itu dan ini,tapi kita tetap mengikut syariat.Biarlah dikatakan x up to date,kita tetap memegang prinsip bertuhankan Allah Yang Esa...Berdiri di atas prinsip yang bersyariat,yang pasti ia tidak salah..Saya dan kamu boleh berubah,kerana kita xpernah tidak buat dosa dan salah.Kita mahu diberi peluang kedua andai tersilap,begitu juga dirinya.Dia juga mahu seperti kamu,wahai saya..

Berubahlah kerana Allah,walau sekelumit cuma....Semuanya adalah kerana Allah..

Salam Ramadhan....

Aainaa Fatimah Osman
Sg.Petani
Kedah Darul Aman
Malaysia