Monday, March 31, 2014

Bersabarlah, Yang Allah Simpan Lebih Baik ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin A...

Kita dan Masa

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله  الأمين ، وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد .

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafakkan kepada Rabbul Jalil, di atas anugerah hidup yang dikurniakanNya. Bersyukur dengan nikmat yang terlalu banyak ini, Allahu Akbar! Jadikanlah kami semua dikalangan hambaMu yang sentiasa mensyukuri segala pemberianMu. Jauhkanlah kami dari mengkufuri apa yang kami nikmati selama ini...
Alhamdulillah, sudah dua tahun. Dua tahun berlalu tanpa sedar. Dua tahun meninggalkan penulisan. Dua tahun yang lalu jugalah pelbagai peristiwa berlalu dan terus berlalu. Benarlah masa itu terlalu singkat untuk kita. Benarlah Allah telah bersumpah dengan Masa !

Kini dan sekarang, kita berada di dalam satu suasana masa. Menaipnya saya, saya dengan masa. Membacanya anda, bacaan anda di dalam masa. Fahaminya kita, fahaman di dalam masa. Kita di dalam masa. Tapi apa beza masa kita dengan masa orang lain? Mungkin, mungkin masa kita berbeza dengan masa orang lain. Mungkin ketika masa kita mendengar kebaikan, masa mereka melihat kebaikan. Masa mereka melakukan kebajikan, masa kita memperoleh manfaat atas kebajikan mereka. Banyak. Masa kita dengan kebaikan. Allah suka.

Tapi, kita kadang-kadang lupa sedikit, leka mungkin. Kita selalu membuang masa. Untuk apa? Kadang-kadang kita menunggu sesuatu,tanpa membuat apa-apa. Sedarkah kita dalam tempoh menunggu itu, kita boleh lakukan banyak kebaikan? Contoh yang kecil. Kita menunggu untuk sampai ke satu destinasi. Mungkin perjalanannya memakan masa dua jam? Dua jugak hehe =) Ok, di dalam masa dua jam perjalanan, cuba kita rancang beberapa faedah yang kita boleh lakukan. Kita rancang sama-sama. Jom

Destinasi di dalam bas, ataupun bagi yang tidak memandu lagi seperti saya =) Contohhhnya lah yaaa

1) Rehat dan lelapkan mata - Perancangan yang baik, seandainya kita tidak cukup tidur.
2) Membaca - Ini bagi mereka yang tidak ada masalah membaca ketika naik kenderaan.
3) Merancang - apa saja perancangan nanti, susunkan. Contohnya perancangan aktiviti hari tersebut.
4) Menghafal sambil mendengar - Boleh dengan bacaan Al-Quran, atau apa-apa rakaman pengajian/ kuliah/ diskusi dan lain-lain.
5) Mendengar radio - Mood kita kadang-kadang dipengaruhi oleh suasana sekeliling. Muzik atau apa yang kita dengar mempengaruhi pemikiran kita. Jadi, kalau pakcik bas tu bukak radio klasik...dua jam...nanti takut kita jadi klasikkkk..=) Tapi ini semua bergantung kepada diri masing-masing. Kalau boleh, cuba tukarkan kepada mood yang baik, agar kita sentiasa mendapat manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain.
6) Berzikir - Amat mudah. Beristighfar, bertahmid, bertakbir, bertasbih perlahan-lahan, ataupun di dalam hati. Berdoa yang baik-baik kepada Allah. Sebab apa? Kita musafir, doa orang musafir adalah di antara doa yang mustajab. InsyaAllah.

Sebenarnya tak kiralah apa kebaikan yang kita boleh lakukan, terserah. Selagi kita tidak melakukan apa yang dilarang Allah, selagi kita lakukan apa yang Allah suka, InsyaAllah. Pastikan masa kita tidak terbuang begitu saja..

Kenapa kita perlu semua ini? Kerana tempat kita bukan di disini selamanya. Allah ciptakan kita bukan kejadian yang sia-sia. Jom sama-sama. Matlamat kita perlu jelas. Kita sedang membina 'tempat tinggal' yang paling indah di 'sana'. Tapi apakah matlamat kita yang besar itu, tidak memerlukan pengorbanan yang besar juga?