Saturday, September 26, 2009

Macam-macam..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memperjalankan urusan kita sehari-hari.Tanpa kita sedari,seharian yang kita harungi begitu cepat masa berlalu.Segalanya adalah kurniaanNya.Bersyukurlah kepada Allah SWT..

Sebelum pulang ke Malaysia 3 bulan yang lalu,sempat juga saya bertanya khabar dengan beberapa sahabat di Malaysia.Saya juga turut dijadikan tempat salah seorang sahabat melepaskan kemarahan tatkala saya amat susah sekali ON9 di Yahoo Messenger.Maaf ye sahabat,saya hanya selalu invisible kerana save masa yang ada.Alhamdulillah,sebelum bermula peperiksaan semester kedua,saya luangkan masa untuk berYM dengannya.

Setelah bertanya khabar rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama belajar di Tingkatan 6 dahulu,sempat juga sahabat saya membuka tajuk yang agak panas..!!(Mungkin jugak..)
Seingat saya,gossip ni hanya popular dikalangan orang yang terkenal sahaja..rupa-rupanya saya juga tidak terkecuali terkena gosip.Ntahla,mungkin akibat sudah lama tidak bertukar-tukar berita diantara kami,perkara ini timbul seterusnya terjadilah sebuah kisah rekaan semata-mata.

Alhamdulillah,mungkin ada hikmah diatas kejadian itu.Saya tidak menyalahkan sahabat yang bertanyakan status saya ketika ini.Saya segera memperbetulkan fakta yang mungkin sudah tersebar dikalangan batch kami.Tapi,2 hari yang lepas saya menerima panggilan dari seorang lagi sahabat saya yang kini menuntut di Universiti Malaya dan mengambil jurusan Syariah dan Undang-undang.Selama setengah jam, kami bertukar-tukar cerita tentang hal pengajian,kehidupan bergelar mahasiswi dan lain-lain lagi.

Saya kurang berasa terkejut ketika ditanyakan tentang fakta yang didengarnya.Fakta itu sama dengan fakta yang saya dengari sebelum ini.Saya juga telah memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan
tidak..Tentang apa fakta yang dikemukakan itu usahlah menjadi tatapan kita sekarang.Hakikatnya,siapapun kita,kita hendaklah bertanya dengan empunya diri dahulu sebelum menyampaikan cerita yang kita dengar.Takut pula terjadi fitnah.

Fikir kembali apa perasaan kita apabila terjadi fitnah kepada diri kita sendiri.Na`uzubillah..Pasti ramai yang sudah lali dengan cerita yang dilemparkan.Tapi sepatutnya bagi mengelakkan diri dari difitnah,cuba betulkan fakta dengan berterus-terang kepada si fulan yang bertanya.Itu adalah langkah bijak mengelak fitnah.

Kejadian yang menimpa saya sebenarnya, telah menjadikan saya lebih banyak berfikir.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Tapi,buat renungan saya dan sahabat-sahabat di luar sana,ayuh kita siasat dahulu tentang pengkhabaran yang didatangkan kepada kita.Jauhkan diri kita dari banyak bercakap kosong atau mereka-rekakan cerita.Saya ucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi bertanyakan kesahihannya dahulu sebelum mempercayai cerita tersebut.

Bertemu jua...

Seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kepada Rabbul Jalil kerana telah menjadikan impian saya menjadi kenyataan.KekuasaanNya telah menemukan saya dengan sahabat karib saya setelah genap setahun tidak bertemu.Saya hanya mampu merancang untuk bertemu dan Dialah yang menentukan segalanya…Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah di atas pertemuan ini.InsyaAllah,saya akan abadikan tarikh ini di dalam kamus hidup kami.Sungguhpun mungkin ada yang merasa itu sesuatu perkara yang biasa,namun saya mendoakan agar ukhuwah yang terbina kan kekal serta dirahmatiNya.Indahnya bila bersahabat apabila masing-masing memahami dan bertolak ansur di dalam persahabatan yang terbina.

Dengan kesempatan yang diberikan,kami bertukar cerita masing-masing selama bergelar mahasiswa.Kehidupan sehari-hari berulamkan kisah pahit dan manis.Namun,dengan keyakinan yang kuat kepada Allah SWT,kami akan gagahkan jua kaki ini meneruskan perjuangan yang masih jauh.

Pesan buat diri dan sahabat-sahabat,

Kehidupan di dunia tidak kekal selamanya.Perjalanan kita masih jauh.Bekalan-bekalan akan dibawa untuk kehidupan seterusnya di negeri akhirat.Moga kesempatan remaja atau masa muda yang diberikan kepada kita oleh Allah SWT, kita penuhi dengan melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepadaNya.Pesan saya buat diri saya dan orang-orang muda,gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya.Sebelum ajal menjelma,sebelum tiba masa tua,sebelum nikmat-nikmat yang diberikan,ditarik(na`uzubillah)..sama-sama kita mempersiapkan diri kita setiap masa dan setiap ketika untuk bertemu denganNya.Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati…


Buat diri,n0t dan sahabat-sahabat,
Persahabatan yang dirahmati menjadi impian kita semua.Indahnya bila saling mendoakan antara satu sama lain.Ayuh teruskan perjuangan yang masih jauh,sejauh mata memandang.Jauhi diri dari dosa,dekatkan diri kepadaNya..Andai terjatuh ketika mendaki di sebuah perjuangan,ketahuilah kita bahwa Dia sedang menanti mendengar tangisan kita tatkala memohon keampunan dan harapan.Bangun dan tadahlah tangan memohon kepadaNya.Moga diampuni serta dikuatkan kaki melangkah menyusuri redhaNya yang diimpi oleh setiap insan.
Bersabar dan bertawakal kepadaNya sentiasa..Selamat Berjuang!


Mengapa?

Hari ini,saya bersama keluarga bercuti di Swiss Garden,Sg. Petani.Terharu dan tersentuh apabila kami dapat bersama.Disebabkan saya akan berangkat ke Mesir tidak lama lagi,saya diraikan disini…

Perjuangan bergelar seorang pelajar di mana-mana sahaja,memerlukan sebuah pengorbanan yang jitu.Berkorban untuk berjauhan merupakan salah satu kekuatan bagi saya dan pelajar di luar negara untuk teruskan pengajian.Semuanya adalah satu ketetapan Allah kepada hamba-hambaNya..

Kadang-kadang saya tefikir,untuk apa saya membuat blog ini.Saya terus berfikir.Lagipun jika dibandingkan dengan blogger-blogger lain,mereka jauh lebih berilmu dan berpengetahuan dalam menyebarkan dakwah dan nasihat berguna.

Tapi,sampai bila harus saya merendahkan diri sebegitu?sungguhpun itu adalah kelemahan diri saya,saya tetap akan meneruskan perjuangan ini..saya akan terus menyampaikan apa yang baik untuk tatapan umum mengambilnya sebagai pengajaran ataupun muhasabah.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawasanya orang yang paling bijak dikalangan hamba Allah ialah yang meletakkan akhirat di hadapan.Mengingati mati dan berfikir berkenaan ummat setiap hari mendorong kita untuk melakukan kebajikan sepanjang hari.Apakah salahnya jika dalam sehari berborak-borak bersama rakan,kita selitkan dengan melahirkan rasa bimbang terhadap ummat Islam kini?Mungkin juga dengan menghantar kiriman SMS kepada sahabat-sahabat kita dengan kata-kata yang manis.Itu juga satu sedekah!


Bersama menuju redhaNya..

Jamuan Aidilfitri Mahasiswa Kedah bersama MB

Alhamdulillah,pada 23 September yang lepas,saya bersama lebih 1000 mahasiswa,pelajar dan siswazah negeri Kedah telah menghadiri jamuan aidilfitri bersama Menteri Besar Kedah,YB Ustaz Azizan di Dewan Seri Mentaloon.

Majlis berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga jam 2.00 petang.Menariknya majlis ini telah disertai oleh pelbagai bangsa,iaitu Melayu,Cina dan India.Mereka turut hadir pada majlis ini bagi mendengar ucapan rasmi Ustaz Azizan dan mendengar perancangan serta pelaksanaan barisan kepimpinan negeri,termasuk pesanan buat mahasiswa Kedah.Antara aktiviti-aktiviti sepanjang majlis ini ialah,ucapan Pengerusi PERSADA,ucapan Menteri Besar,dan Dialog bersama MB dan Exco Negeri.Majlis turut diserikan lagi dengan tayangan slide dan persembahan nasyid oleh kumpulan Zulfan.Majlis bersambung dengan jamuan hari raya dan bersurai pada jam 2.00 petang.

Semoga segala pesanan dan amanat Ustaz Azizan kepada seluruh mahasiswa Kedah menjadi pencetus semangat kami untuk meneruskan perjuangan.Didoakan semoga pertemuan ini kan berulang lagi serta dirahmati oleh Allah SWT.

Friday, September 18, 2009

Ahlan Wasahlan

Mabruk `Aid

Ramadhan kian berlalu,Syawal bertukar ganti...begitulah yang telah ditetapkan oleh Allah utk hambaNya.Semoga Ramadhan kali ini telah dijadikan sebagai madrasah utk kita beramal pada bulan-bulan yang seterusnya,insyaAllah.

Syawal ditemukan,tanda kesyukuran yang tidak terhingga di atas kesempatan yang diberikan kepada kita.Segala amalan yang dilaksanakan,hanya mengharap redha dariNya.Marilah kita bersama-sama meraikan kemenangan ini dgn penuh kesyukuran.Elakkan diri kita dari menjadi perosak kepada hari yang penuh barakah ini,nauzubillah..Besederhanalah dlm menyambut hari raya.

Dikesempatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya,ingin sekali saya menyusun jari dan perkataan,memohon kemaafan zahir dan batin, andai terdapat khilaf sepanjang bersahabat mahupun ketika berbicara selama ini.Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan.Tetapi yang terbaik dikalangan hambaNya,adalah yang memohon ampun dan bertaubat.

Saya mengharapkan kemaafan dari kalian serta keampunan dari Allah SWT.Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang telah lalu,samada dilakukan secara sengaja atau tidak sedar.Bermohonlah keampunan dariNya selagi pintu taubat masih belum tertutup.

"Ya Allah,bukakanlah kepada kami hikmahMu,dan bentangkanlah kepada kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Penyayang..."

Wa Akhiran minni, Mabruk `Aid, minal `aidin wal faizin..Kullu `am wa antum bikhair!!





Friday, September 4, 2009

Nikmat dan Syukur

Alhamdulillah,segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam.Sesungguhnya pujian itu hanya layak untukNya,kerana Dia yang lebih berhak menerima pujian.Oleh itu,sebagai hamba Allah yang beriman,kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan.
Bagaimana cara untuk bersyukur?Jika dihitungkan dengan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah,tak terhitung banyaknya!Subhanallah..
Tetapi,alangkah rugi dan sedihnya apabila kita tidak bersyukur dengan apa yang disediakan.Na`uzubillah..Jangan sesekali kita merasa bongkak dan besar diri terhadap apa yang sedang dinikmati.Dekatkanlah diri kepada Allah,banyakkan bersyukur dengan mengucapkan alhamdulillah,di samping istiqamah menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah juga) tatkala Rabbmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.
Surah Ibrahim:ayat 7

Dan firman Allah lagi: Maka ingatlah kamu kepada-Ku,nescaya Aku ingat (pula) kepadamu,dan bersyukurlah kepada-Ku,dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.
Surah Al-Baqarah: ayat 152

Antara nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang.Moga kita sentiasa dibimbing oleh Allah untuk menyusuri jalanNya.Hanya Allah yang berhak memberi hidayah dan kesedaran kepada hamba-hambaNya yang terpilih.Ya Allah,jadikan kami dikalangan mereka yang beriman Ya Allah...amin.