Monday, August 17, 2009

Sebuah Pertemuan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Pencipta Yang Maha Agung di atas segala nikmat yang dikurniakan.

Alhamdulillah,beberapa hari yang lepas saya berhujan emas di sebuah negeri jiran,Pulau Pinang.Pertama kalinya saya berjumpa dengan sahabat saya setelah setahun berkenalan melalui alam maya internet.Saya bersyukur kerana kehadiran saya di sana diraikan dengan meriah sekali.Buat sahabat saya sekeluarga,terima kasih atas undangan!Mai Kedah pulak noo…hehe

Pada mulanya,saya batalkan untuk menerima undangan sahabat saya di sana atas sebab kesihatan yang kurang baik.Akhirnya,pagi itu saya dibenarkan semula untuk menaiki bas bersendirian kerana sudah pulih.Macam-macam saya bayangkan di dalam fikiran pada pagi itu.Takut pula nak memandai-mandai ke sana.Lagipun,sudah lama rasanya tidak menziarahi pulau mutiara..

Sebaik sampai di stesen bas Sg. Petani,saya mula bertindak seperti keadaan saya mula-mula di Mesir.Saya memberikan salam kepada penjual tiket dan memulakan sesi soal jawab.Alhamdulillah,saya dipandu supaya menaiki sebuah bas ke Butterworth.Perjalanan selama hampir sejam itu sekali lagi memeningkan kepala saya.
Lepas ni nak naik apa pulak?...huhu

Soal jawab berlangsung lagi apabila saya sampai di stesen bas Butterworth.Kanan dan kiri saya pusing untuk menentukan arah perjalanan kaki.Saya mengambil keputusan untuk ke arah papan tanda yang bertulis, Information…

“Eh kak,kalau nak ke sana,kak kena tunggu bas lagi 2 jam..Xpayah la naik bas.Kak pi naik feri,”nasihat seorang pemandu bas yang melihat saya seperti baru first time di situ.
“Owh,lagu tu?Terima kasih..,”balas saya berloghat utara..

Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.Tanpa melengahkan waktu,saya berjalan seperti sedang mengejar feri.Hampir beberapa tahun saya tidak menaiki feri tanpa menaiki bersama kereta.Saya berjalan mengikut arah signboard.Dalam perjalanan,saya bertemu dengan seorang makcik.Sifat saya yang peramah menyebabkan orang sekeliling,berhati-hati melihat saya ingin memulakan perbualan…Hehe.

“Makcik,makcik!,”panggilan saya yang pertama tidak dihiraukan.Mungkin dia tidak dengar kerana bunyi feri yang agak kuat, menutup suara saya.Tapi,dia hanya mengangguk tanpa sebarang suara.

“Makcik,ni jalan untuk nak naik feri ke Sg. Nibong ke?,”saya bertanya sambil berjalan laju kerana mengejar makcik tersebut yang seperti mengejar sesuatu.
“Saya lupa la makcik,” saya menambah lagi.Hati saya tiba-tiba seperti sedang ketawa kecil.Yelah naik jelah,tanya lagi…(peramah la tu…hihi)Lama juga menanti jawapan..Tiba-tiba..makcik tu menjawab perlahan.
“Enggak tahu sik..,makcik enggak tahu..,”loghat Indonesia terpacul dari mulutnya.Dia lenyap dari pandangan sekelip mata.Owh, orang Indonesia rupanya..patutlah dia segan,orang negara sendiri bertanya orang luar negaranya…hehe.Sori ya makcik!

Feri-feri sudah bersedia menerima isi perutnya.Penumpang-penumpang yang berjalan kaki dan yang berkenderaan bergegas masuk ke dalam feri dan mengambil tempat.Saya mengambil tempat duduk di barisan hadapan kerana takut ketinggalan.Alhamdulillah,setelah lama berkenderaan darat dan udara selama ini,saya diberi kesempatan untuk berkenderaan air pula…Ada hikmah disebalik sebuah ketetapan!

Setelah mengharungi laut dan benua,akhirnya saya sampai ke destinasi seterusnya.Saya mengambil keputusan untuk menelefon sahabat saya untuk bertanya tentang tindakan selanjutnya.Alhamdulillah saya hanya perlu menaiki 2 buah bas lagi untuk ke sana.Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam dari mula perjalanan,menjadikan saya banyak berfikir yang termenung.

Kereta ke stesen bas -bas 1 ke Butterworth - feri ke Pulau Pinang – bas 2 – bas 3

Subhanallah,Maha Suci Bagi Allah.Saya bertasbih melihat lautan yang dipenuhi dengan feri-feri yang membawa muatan manusia dan barang-barang ke hulu dan hilir.Luasnya luas dari mata memandang.Sungguh luas dan indah ciptaan Pencipta kita semua!Dia juga telah memperjalankan kenderaan yang saya naiki.Jika tanpa bantuan Dia,saya sudah tentu tidak sampai ke sana bagi menyempurnakan hajat seorang sahabat saya..Alhamdulillah,Dia Maha Mengetahui segala isi hati saya.Gunung-ganang yang berliku-liku menunjukkan kepada kita semua bahawa Allah itu Maha Bijaksana dalam mentadbir serta mengatur alam ini.

Apabila sampai di sebuah lereng bukit,saya terlihat beberapa kumpulan pekerja sedang menyiapkan jalan yang saya sedang harungi.Mereka menyambung pembahagi 2 jalan yang masih tergantung disebabkan jalan itu berada di atas bukit.Saya terfikir,bahayanya pekerjaan seperti itu.Tapi,bila difikirkan kembali,sudah tentu mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.InsyaAllah,saya doakan moga Allah luaskan rezeki mereka diatas segala keikhlasan yang dilakukan.

Dipendekkan kisah,saya bersyukur kerana selamat sampai di sana.Sebelum itu,saya tersilap jalan.
“Assalamualaikum cikgu,nak pi mana ni?,”tanya seorang pakcik yang sedang menunggang motosikal sambil meredah hujan renyai-renyai.Mungkin dia fikir saya seorang guru kerana saya berpakaian batik.
“Wa`alaikumussalam,saya nak pi rumah kawan,”jawab saya sambil berpatah balik berikutan penduduk di situ melihat saya seperti aneh sekali.Hehe…
“Ooo,ingatkan cikgu mana tadi.Kak silap jalan ni,kat sana xdak rumah orang.Kak pi jalan satu lagi.Kat sana ada kawasan perumahan,”jelas pakcik itu dengan bersungguh-sungguh.
“Awat pasai pa ni?,”tanya 2 orang penunggang lagi yang ingin membantu.
“Oo,kak pi jalan depan tu.Kona kiri pastu jumpa terus,”jelas mereka sekali lagi.
Alhamdulillah,saya terus berjalan mengharungi hujan rintik-rintik yang menyejukkan suasana tengahari itu.Saya disambut oleh sepupunya dan dijemput masuk.Di saat pertama kali pertemuan,kami bersalaman dan bertanya khabar.Saya dan sahabat saya bersyukur kerana dipertemukan pada hari tersebut setelah sekian lama hanya melihat foto-foto yang dikirim melalui internet..

Ya Allah,terima kasih di atas sebuah pertemuan
Tanpa izinMu tak mungkin kami bertemu
Moga ikatan persahabatan yang terjalin
Akan terus berkekalan dan direstui olehMu Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin..

Buat kak long,makcik dan tok yang berada di sana,terima kasih di atas layanan istimewa kepada saya sebagai seorang tetamu di sana.Dari awal pertemuan hingga akhir bicara merentas lautan,sungguh bernilai pengorbanan kalian menghantar saya.



Dihantar ke terminal feri- Feri-Bas Butterworth ke Sg.Petani



Tak lupa juga buat jannah yang kelakar dan keluarga jannah yang membantu.Walaupun saya sempat sehari berkenalan,namun itulah nikmat pertemuan.Moga Allah SWT menemukan kita di lain waktu dan ketika.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya!
Allahu yubarik fikum..Ud`u lakum fi redhallah daiman.

Tika ku kealpaan kau bisikan bicara keinsafan
Saatku kehilangan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya mengatasi segala…

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan…

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Dan itu adalah ketetapan disisiNya.Kedua-duanya adalah nikmat bagi kehidupan bersaudara.Jadi,kita mesti redha dan bersyukur di atas segala ketetapan Allah SWT..

Ya Allah,segala yang berlaku di langit dan di bumi adalah ketetapanMu
Oleh itu,jadikanlah kami hambaMu yang redha dengan apa yang berlaku
Sekiranya ini yang terbaik disisiMu,Kau perkenankanlah
Andai sebaliknya pula,Kau jauhilah kami dari kemurkaanMu
La haula wala quwwata illa billahil `aliyil `azim..

16-17 Ogos 2009

No comments: