Friday, August 14, 2009

"Enti Kazzaab..!"

Sepanjang berada di Mesir,semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Kaherah,pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku telah memberikan pengajaran buat diri saya yang sering alpa.

Sebelum kami sekumpulan pelajar baru,(anak-anak Kedah 2008) sampai di sana,kami telah di dedahkan dengan pelbagai rintangan dan cabaran menjalani kehidupan di sana.Alhamdulillah,sedikit sebanyak kami telah menyesuaikan diri dengan kehidupan yang banyak bezanya dari kehidupan di Malaysia!

Teringat saya ketika bulan pertama menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar,Kaherah.Kami dipandu oleh senior-senior di sana utk menguruskan beberapa urusan mendaftar,membuat kerneh (kad nama pelajar),urusan perubatan,menempah kitab-kitab kuliah,dan lain-lain lagi.Setelah dipandu,kami pun cuba utk menguruskan urusan-urusan tersebut secara berkumpulan.Kepada mereka yang telah membantu kami,terutamanya pihak HEWI MKKK,musyrifah-musyrifah,dan sahabat-sahabat saya,syukran kathira di ucapkan.Moga Allah membantu kalian!

Bagi saya,satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan apabila kami sama-sama pelajar tahun 1 ingin mengambil kitab yang telah ditempah.Seminggu sebelumnya,saya telah menyerahkan tempahan dan wang kpd ablah (orang arab yg menguruskan hal universiti) bidang Syariah.Alhamdulillah,saya telah menempah 10 buah kitab (klu xsilap saya,kitab Tauhid) dan saya bersyukur krn apabila saya memberikan wang yang cukup kepadanya,dia tersenyum tanda gembira.Sebenarnya saya ingin memudahkan ablah tersebut,berikutan takut dimarahi pula nanti.Kebetulan,seorang senior yang terjumpa dgn kami ketika sedang thobur (beratur),telah menasihati kami supaya jangan membuatkan dia naik angin dengan memberikan duit besar..(mcm-mcm..hehe).

Alhamdulillah,setelah selesai urusan menempah kitab,kami sama-sama pulang ke rumah.Saya seronok menceritakan kepada sahabat-sahabat saya tentang perkara baru yang tidak sesukar itu jika berurusan di Malaysia!.Mereka mentertawakan saya apabila saya menegaskan bahawa saya seronok menempah kitab kerana saya boleh bercakap dgn baik dalam bahasa Arab.Entahla,mungkin jugak kalau dia tersenyum krn saya tergagap-gagap!hehe..Bagi saya,inilah peluang utk saya lebih mempraktik bercakap dalam bahasa Arab dengan bangsa Arab.Kata pegawai kami di Mesir,biar kita salah tp kita mesti cuba bercakap.Bila dh berani bercakap,perbetulkan prckapan..InsyaAllah,susah dahulu,senang kemudian hari.
Menyambung cerita tadi,seminggu kemudian kami bersama-sama ke Mabni Qadim (bangunan lama,yang ditempatkan mahasiswi bidang Lughah).Di tingkat pertama,kami belok ke kanan untuk ke tempat tempahan kitab.Setiap hari,ada wakil diantara kami yang akan ke sana untuk memastikan sama ada kitab sudah boleh diambil atau tidak.Setelah diberitahu oleh Syaima`(ketua darjah kami di Kuliah Syariah thn 1),kami pun terus ke sana.Kami ke sana pada sebelah petang setelah habis kuliah pada hari itu.Sepatutnya,kami ke sana sebelum kuliah bermula,tp berikutan ablah datang lambat,kami membuat keputusan utk masuk kuliah terlebih dahulu.

Tahu-tahu sajalah,bila habis kuliah semua orang ingin membuat urusan menempah dan mengambil kitab.Tidak terkecuali bangsa-bangsa lain yang berebut-rebut ingin ke barisan hadapan utk mengambil kitab.Tapi,ablah isyaratkan kepada kami semua utk beratur..
“Ya banaat..thabuur!”, garang sekali suara ablah yang telah berkali-kali memerintahkan mereka yang tidak mengikut arahan..

Lebih kurang setengah jam menunggu,akhirnya saya berjaya sampai ke barisan hadapan.Dengan kudrat yang dikurniakan,saya memujuk diri ini untuk bersabar.Setelah ditolak-tolak oleh mereka yang berbadan agak besar dan sifat mereka yang sedikit kasar,saya akhirnya terhantuk ke pintu bilik yang kecil itu.Huhu..

“Sabaq kak aainaa..”,nasihat adik-adik saya di belakang yang sentiasa memberikan sokongan..hehe.Biasalah,kita berada di tempat orang,mesti memahami budaya mereka.Apabila sampai di hadapan ablah,saya segera memberikan kertas yang tertulis raqam tempahan yang telah dibuat seminggu lalu.

Saya memulakan perbualan dengannya..
“Salam alaik..ana min syu`bah Syariah Islamiyah sanah uwla”,saya memperkenalkan diri dengan senyuman.“Waalaikumussalam..ismuki?,” tanya ablah itu kpd saya sambil tersenyum..Alhamdulillah,moga mood ablah baik hari ni,detik hati saya.“Ana Aainaa Fatimah Osman,”saya memperkenalkan lagi.“Kitab eh ,wa kam?,”tanya ablah tersebut.
“Kitab Tauhid,kullu asyarah..,”saya menjawab dan terus mengambil 10 kitab yang diberikan.“Syukran,ma`assalamah,” ucap saya dan ablah itu menjawab “Afwan,wa ilal liqa,”.Kami mengakhiri perbualan.

Saya pun keluar mendapatkan adik-adik yang setia menunggu saya di luar.Alhamdulillah kami sama-sama bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah.Saya menarik nafas lega kerana selesai mengharungi suasana panas dan bising disitu.Setelah selesai mengedarkan kitab disitu,rupa-rupanya kitab kami hanya ada 9 buah.Saya mengaku khilaf sewaktu mengira kitab tadi.Saya meminta izin kepada orang Arab yang berada di hadapan utk berjumpa dgn ablah..

“Ma`alish ya ablah,ana khilaf.`Indi tis`ah kitab bas!,”saya mengatur bicara dengan hati-hati.Takut tersentuh hatinya yang sudah berusia.
“Soh?,”tanya ablah tersebut dengan nada marah.Kebetulan,ablah itu sedang naik angin kerana bergaduh dgn orang Arab yang berlawan cakap dgnnya sebentar tadi.
“Aiwah,ana khilaf qabla qalil fi hisb kitab..wahid kaman,”saya menerangkan kpdnya sambil mengangkat jari telunjuk bahawa saya tersilap mengira sebentar tadi,dan xcukup 1 kitab lagi.Tiba-tiba,ablah itu bangun dan memarahi saya.
“Enti kazzaaab…??!!,”saya dimarahi kerana dikatakan berbohong dan ingin mencuri.Suasana menjadi sunyi seketika.Terlopong mulut mereka yang memerhatikan saya dari jauh.Tersentak jiwa saya ketika itu.Jika diikutkan,ingin saja saya lari..tapi,saya kuatkan juga diri ini utk mempertahankan diri.
“Lak..!,”ucapan tidak saja yang mampu saya lontarkan ketika itu.Lagipun,saya xpandai pula nak bergaduh,lagi-lagi dengan orang sudah berusia sebegini.(xbanyak vocab jgk sbbnya..hehe)

Mungkin pekikan ablah tadi didengari oleh orang di sekitar luar bilik itu.Masyitah,adik yang belum mendapat kitab ekoran saya yang tersalah kira sebentar tadi,masuk membantu saya menyelesaikan masalah.Dia memang fasih berbahasa arab.Tiba-tib,apabila dia baru sahaja ingin memulakan penerangan,dia menangis teresak-esak kerana turut dimarahi seperti saya.Saya menarik tangannya dan membawanya keluar dari situ utk menyejukkan keadaan.

Saya juga tidak melepaskan peluang utk mengalirkan air mata..hehe.Hati perempuan,tersentuh la jgk klu dituduh sebegitu.huhu..Alhamdulillah,akhirnya kami dipermudahkan oleh Allah.Seorang pelajar berbangsa Arab,datang menemui kami yang sedang kegelisahan.Setelah diterangkan kpdnya tentang peristiwa tersebut,dia menarik tangan kami berdua tanda ingin membantu.Kami dihadapkan kpd ablah itu.Mungkin kerana terharu melihat kelembutan kami,dia berusaha utk menolong kami.Akhirnya,kami bersyukur kerana ablah memahami.Saya diberi sebuah lagi kitab dan mengucapkan terima kasih kpdnya dan pelajar arab tadi.

Saya melangkah keluar dari bilik itu dengan titisan air mata tanda gembira.Sebenarnya,Dia ingin menguji kami.Kadang-kadang,saya tersenyum sendirian bila teringat kembali kisah di awal menuntut di sana.Buat adik-adik yang bakal menyambung perjuangan di sini,jangan pula bimbang dengan cerita tadi.Sebaliknya,saya sekadar ingin berkongsi cerita.Kita menumpang di negeri orang..pandailah kita membiasakan diri.

Sekarang,saya berada di Malaysia utk bercuti.InsyaAllah,azam baru akan kembali dan itulah yang saya harapkan bila sampai di sana nanti.Moga dipandu olehNya!

No comments: