Monday, December 27, 2010

Wida` 2010

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,sedar tidak sedar kita sudahpun hampir ke tahun baru 2011.Tp sebenarnya kita sudah lama berada di dlm bulan Muharram 1432hijrah.Moga segala dosa kita sebelum ini diampunkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala...amin

Ya Allah,luputkanlah segala kisah pahit di dlm 2010 ini..Engkau jadikanlah segala yg berlaku itu sebagai pengajaran dan kafarah dosa2 kami.Sesungguhnya hanya redha dan kasih sayangMu yang kami harapkan...

Ya Allah,Engkau bimbinglah kami dalam menuju redhaMu,bimbinglah kami dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.Jadikanlah semua ini sebagai wasilah mendekatkan diri kami kpdMu..

Luputkanlah segala fitnah yg terjadi,berikanlah kami semangat dan panduan..

'Allahumma inna na`uzubika min fitnatil mahya walmamat...amin'

'Allahumma ahsin `aqibatana fil umuri kulliha,waajirna min khizyiddunya wa azabil akhirah..'

Ya Allah,kami berserah segalanya padaMu..aminn

Salam Tahun baru Hijrah,Salam Tahun Baru dalm hidupmu..Usah gentar,yakinlah Allah sentiasa bersama kita!

Aainaa Fatimah Osman
Syari` Ibnu Qutaibah,
Haiyu Sabeik
Madinah Nasr
Cairo


Friday, December 24, 2010

Salam Imtihan 2010/2011

Assalamualaikum wbt...

Ya Allah,Engkau tenangkanlah hati-hati kami yang akan menempuh peperiksaan tidak lama lagi.Moga ketenangan yang kami kecapi itu akan lebih memudahkan urusan pengajian kami dlm mentadabbur ilmu-ilmu yg dipelajari...

Ya Allah,hanya kpdMu kami mengharapkan keampunan,kesihatan,kebahagiaan,ketenangan,kebaikan....Berikanlah kami yg terbaik disisiMu di setiap kehidupan kami ini...

Tawakkalna Ya Allah......

'salam imtihan dari saya di perantauan...bittaufiq wannajah bahirah...amin'

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha



Assalamualaikum wbt..
Salam Aidiladha teristimewa buat mak dan abh yg berada di Malaysia.Semoga dalam keadaan sht dan afiat..Buat keluarga,sanak saudara,guru-guru,dan sahabat handai...Selamat Hari Raya Aidiladha.Moga kita semua mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S...

Kullu `am waantum bilkhair...
Berkorbanlah krn Allah.Moga diberi kesabaran dan kekuatan utk meneruskan cita-cita dan harapan.Siiru `ala barakatillah...Moga rahmat Allah sentiasa melimpah buat kita semua...

Kalam bonda...'Berkorbanlah masa,tenaga kita.Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah..'

Wassalam..

Aainaa Fatimah Osman
B60,Syari` Ibnu Qutaibah,
H7 Cairo..

Thursday, October 14, 2010

Doakan perjalanan ini

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hmpir 3bulan lebih saya bercuti di Malaysia bersama keluarga.Segala kenangan tidak akn dilupakan.InsyaAllah saya akan kembali meneruskan pengajian di Al-Azhar,Sabtu ini.

Perjuangan Rasulullah SAW

Teringat perjuangan RasulullahSAW bersama para sahabat baginda,menyusuri onah duri dan rintangan yang pelbagai.Namun baginda dan sahabat-sahabat berjaya mengharunginya.Mengalir airmata ini,tatkala ingin sekali mengeluh dgn ujian yang menimpa.Namun apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dgn orang lain yang jauh lebih teruji dari saya.Alhamdulillah bersyukur dengan keadaan ini,saya kembali bangun utk meneruskan langkahan.

Perubahan

Berkorbanlah.Kerana berkorban itu bukan erti terkorban.Berkorban meninggalkan segala keseronokan dunia,berkorban dari waktu yang kosong,dan berkorban meninggalkan orang-orang tersayang...Cuba berkorban utk mendapatkan natijah yang terbaik.Segalanya kerana Allah.Moga Allah memudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat di sana nanti.

Berubah utk mengubah!

Buat kawan2,ayuhlah kita berubah utk mengubah.Berubah dari keadaan yang buruk kpd keadaan yang baik.Dan berubah dari keadaan yang sudah baik,kepada keadaan yang lebih baik!

Utk mengubah ummah.Ummah yang akan melahirkan generasi yang diidamkan Kekasih Allah,baginda Rasulullah SAW..Utk mengubah suasana kita sendiri.Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pernah menyebut di dlm kalam beliau 'Keadaan ummah akan datang,bergantung kpd keadaan pemuda masa kini'.

Kita sudah tiada masa lagi,bagi yang belum mula utk berubah.Dan bagi yang dalam perjalanan,masa masih panjang utk kalian meneruskan sisa-sisa itu.

Pengorbanan

Perubahan memerlukan sebuah pengorbanan yang hakiki.Kesabaran,keikhlasan dan kejujuran.Sabar dalam mengharungi dugaan yang menempa.Kerana kita tidak mudak menempa yang manis,kalau tidak mengharung yang pahit.Rasai ubat yang pahit,utk menikmati kesihatan yang amat manis....

Ikhlas dalam berjuang.Cuba utk ikhlas jika ia masih tidak kunjung tiba.Jaga hati,andai keikhlasan mudah utk anda suburkan dlm jiwa sanubari.Jaga hati utk sentiasa noktahkan niat hanya kerana Allah.Allhu Rabbi..Rabbul Izzati....

Jujurlah anda dalam apa jua keadaan.Jadilah diri sendiri krn anda tidak dapat menipu walau di hdpn cermin anda sendiri.Menjadi diri sendiri alangkah lebih baik dari menipu utk mendapatkan sesuatu yang baik.Jalannya kotor,kalau sudah berbohong,semua kotoran sudah terpalit mengena baju....

Salam perjuangan utk kesekian kalinya.Saya dan kamu masih punya waktu utk berubah.Kita sedang berubah utk mengubah suasana.Pastikan suasana yang berubah nanti disyukuri..Moga Allah menganugerahi hati,lisan dan anggota yang terjaga oleh kita.Dipimpin oleh Allah dan dibimbing olehNya

Kita hanya mampu berusaha utk segala yang kita mahu.Yang baik ataupun yang buruk.Na`uzubillah utk yang buruk.Hanya Allah yang menentukan setiap sesuatu..
Ya Allah,tiada daya dan tiada kekuatan melainkan Engkau Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.Sumber kekuatanku ada hanya padaMu....

Bantulah kami mengharungi semua ini..amin

Tuesday, October 12, 2010

Majlis Sama` Ahadis Kutub Sittah bersama Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani

Majlis Sama' Ahadis Kutub Sittah sempena pembukaan MAAHAD DARUL HADIS

مجلس سماع احاديث الكتب الستة8 Oktober 2010 (Jumaat)2.00 ptg : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di KLIA8.45 mlm : Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di Alor Setar Airport

9 Oktober 2010 (Sabtu)10.00 pg : Ramah mesra Ahbab Al-Kattani & Lembaga Tadbir Darul Hadis8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 1 di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman.

10 Oktober 2010 (Ahad)8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 2 di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani.

11 Oktober 2010 (Isnin)9.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 3 di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 4 di MPI Kodiang (Pondok Syeikh Badarudin).

12 Oktober 2010 (Selasa)2.30 ptg : Muhadhoroh di Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.Ziarah Maqam Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj. Ahmad (Pengasas Darul Hadis)8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 5 di Masjid Jamiul Makmur, Kulim.

13 Oktober 2010 (Rabu)10.00 pg : Muhadhoroh di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang.8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 6 di Maahad Imam Nawawi, Tmn. Jali, Kangar, Perlis.

14 Oktober 2010 (Khamis)10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 7 di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.Ziarah Maqam Us. Fadhil Mohd Nor (Pengasas Darul Ulum)4.00 ptg : Pengijazahan Aurad Al-Kattani di Masjid Sg. Daun Tengah, Smpg 3 Sg. Limau.8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 8 di Kompleks Al-Bukhari, Alor Malai.

15 Oktober 2010 (Jumaat)8.30 pg : Kuliah Hadis PAKSI di Dewan Sri Mentaloon (Kediaman MB Kedah)& Pelancaran Pengajian Maahad DARUL HADIS Bersama :- Allamah Imam Al-Muhaddis Sayyid Muhamad Ibrahim Al-Kattani &- Syeikh Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki8.00 mlm : Majlis Sama' Ahadis 9 di Masjid Bertam, Kepala Batas, P.Pinang.

16 Oktober 2010 (Sabtu)10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 10 di Maktab Perguruan Tunku Bainun, B.Mertajam.4.30 ptg : Majlis Sama' Ahadis 11 di Pusat Islam USM.8.00 mlm : Ceramah di Pusat Islam USM P.PinangTajuk : Manhaj Aqidah Ahlus sunnah wal Jamaah & Soal Jawab

17 Oktober 2010 (Ahad)10.00 pg : Majlis Sama' Ahadis 12 di Kompleks Tabung Haji P.Pinang (PAKSI).4.30 ptg : Wida' di Airport Bayan Lepas, P.Pinang.

Thursday, October 7, 2010

Allah Yusahhil

Assalamualaikum wbt

Hari ini,setelah lama tidak bersembang-sembang lama dgn seorang rakan di YM,rindu pula mengingatkan nostalgia di sekolah dulu..Study,makan,tidur...

Seronok bila belajar disekolah dulu.Ujiannya bukan macam skrg ni,bila dh masuk universiti,lain pula..Bila di sekolah dulu,ada perhimpunan(saya suka),ada ucapan guru,ada perbarisan lurus dan yang paling saya tunggu2,ucapan pengetua..sebab saya akan dapatkan pesanan yang terpenting disitu...

Bila dh masuk kelas,(sekolah menengah)saya semangat belajar.Sebab saya budak sekolah.Saya ditegur kalau buat salah.Saya sentiasa ingin rajin berusaha.

Seronoknya sekolah.....baju sekolah dulu pun masih elok.Pesan kt adik,jaga baju elok-elok2(adik pinjam)

Bila dh masuk universiti,saya tengok semua orang besar-besar2.Tempat saya tidak ada perhimpunan.Malah,tiap2 kali saya nak melangkah masuk pagar universiti,mesti saya mindset kan dlm kepala saya SAYA SEORANG MAHASISWI.Mungkin sebab saya begini..=)

Saya pergi awal ke kuliah,sebab nanti tempat duduk di depan tidak ada kalau lambat datang.Malah orang arab akan turut simpankan tempat utk kita..=)

Bila dh masuk universiti ni,saya tengok semua orang matang.Mahu buat sesuatu,mesti berfikir dahulu.Dulu disekolah,cikgu yang khabarkan itu dan ini.Tapi,skrg xlg.Mesti buat sendiri...

Saya dah sedar,kenapa saya di universiti skrg.Saya bukan lagi mesti ditunjuk-tunjuk.Saya mesti bangun sendiri.Berjuang sendiri utk berjaya.Mak ayah saya dan keluarga jauh di Malaysia.Saya mesti berusaha lebih.Duit tiket bukan seringgit dua!

Cuma,saya berasa jauh dari keluarga.Kadang-kadang pernah putus asa...
Tapi,saya yakin.Allah sentiasa bersama kita semua.Kita sentiasa boleh mengadu pada Dia.

Ya Allah,
Ujian-ujian yang Kau datangkan ini,
Pada kami,kami terlalu lemah utk kami mengharunginya...
Tapi,kami tahu padaMu kami mampu utk itu...

Ya Allah...
Engkau kuatkanlah kami Ya Allah
Andai itu Engkau aturkan,
Kami mohon Engkau pimpinlah kami
Kerana hanya padaMu kami memohon pengharapan ini...

Kami tidak berdaya,malah kami tidak kuat sebenarnya
Melainkan Engkau yang memberi kekuatan kepada kami...

Ya Allah...bantulah kami
Engkaulah sebaik2 penolong...
Amin Ya RAbbal Alamin...


Aainaa Fatimah Osman
8 Oktober 2010
2 pagi (waktu Malaysia)

Monday, September 20, 2010