Firman Allah SWT: Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman:13)
Friday, February 18, 2011
Thursday, February 3, 2011
Berdoa dan Berusaha Seiring
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Alhamdulillah,Segala puji bagi Allah,di atas segala kurniaanNya kpd hamba-hambaNya.Ya Allah jadikanlah kami hambaMu,hamba yang mensyukuri segala pemberianMu dengan melaksanakan suruhanMu..Jadikanlah kami hambaMu,hamba yang bersabar di atas ujianMu,dengan meninggalkan laranganMu..Sesungguhnya Tiada Daya dan Tiada Kekuatan Melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung….
Di dalam melalui kehidupan yang penuh ujian dan dugaan dariNya,terselit rasa sedih,bimbang,takut,putus asa,kecewa,tidak yakin dan lain-lain.Perasaan itu sering timbul tatkala tiada kekuatan utk bangun kembali atau tiada sokongan atau tiada sumber-sumber yang boleh memulihkan semangat yang semakin pudar itu.
Sebagai contoh,seseorang yang diuji dengan kegagalan.Dia terlalu sedih dan kecewa,apabila tidak sumber yang menyokongnya utk bangun semula menangkis kegagalan itu.Dia akan sentiasa berputus asa dan bimbang,bagaimanakah nasibnya selepas ini.
Masalah à Rasa bimbang,takut,sedih,putus asa,tidak yakin,kecewa à ….
Jika seseorang itu terus dengan perasaannya tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian,dia akan sentiasa berada di dalam kerugian.Tetapi jika seseorang itu bangun dan kembali mencari jalan keluar,dia akan mendapat hasil yang lumayan..
Masalah à Cari punca à Cari Cara Penyelesaian
Masalah: Kegagalan
Punca : Rasa diri terlalu lemah
Tiada sokongan
Kurang persediaan
Kurang perhatian
Atau punca-punca lain
Cara Penyelesaian : Mengubah persepsi negatif
Mencari sumber sokongan
Mantapkan persediaan/Persediaan awal
Mantapkan perhatian/Tumpuan maksimum
Mengubah persepsi negatif à
Mencari sumber sokongan à ( Akal,Hati dan Anggota Badan )
Persediaan à
Perhatian à
Perkaitan Akal,Hati dan Anggota Badan ?
------------à Tempat rangsangan apabila masalah timbul ß--------------
Akal : Bercelaru,berfikiran negatif,bayangan buruk,menyalahkan diri sendiri
Hati : Sedih,kecewa,putus asa,bimbang,tidak yakin,berdendam,iri hati
Anggota Badan : Kadang-kadang akan menyebabkan perbuatan di luar kawalan
seperti mencederakan diri sendiri@ org lain,merosakkan harta benda,
nyawa diri dan org sekeling terancamAplikasi
Kalam Hukama`: “Akal yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat”
Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Dalam tubuh manusia itu ada seketul daging.Jika baik daging itu,maka baiklah seluruh tubuh badan.Dan jika buruk daging itu,maka buruklah seluruh tubuh badan itu.Ketahuilah ia adalah HATI”
Contoh lain:
Fikiran Negatif à Kecewa à Perbuatan di luar kawalan = Tidak keruanHubungkait antara Akal,Hati dan Anggota Badan + Kaitan luar
| AKAL | HATI | ANGGOTA BADAN |
| Tidak mendalami imu agama sepenuhnya. Atau Kekurangan pengetahuan tentang ilmu agama. Atau Tidak ada pengetahuan langsung tentang imu agama. | Unsur-unsur lain yang menyebabkan hati menjadi gelap,keras,susah untuk menerima nasihat dan panduan. Atau Tidak selalu berusaha membersihkan hati. Atau Tidak sedar hati sedang sakit dan inginkan rawatan. | Melakukan banyak kesalahan/dosa. Atau Tidak melaksanakan suruhan Allah. Sambil lewa dengan hukum hakam Allah. Mempersenda orang-orang yang melakukan kebaikan. Tidak mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. |
“The Journey of the thousand miles,begin with a single step. Far eyes,but near at heart”
MasalahàCari PuncaàCari Cara PenyelesaianàBerterusan
| AKAL | HATI | ANGGOTA BADAN |
| -Didik ikhlas kerana Allah dalam segenap perbuatan. -Cari ilmu (fardhu ain dan fardhu kifayah). -Tambah ilmu pengetahuan. -Sentiasa rasa ingin tahu,minat. -Dekati pencinta ilmu. -Berkongsi dgn org lain,tidak riak dan tidak sombong. -Dekati guru-guru,masyaikh,pengajar ilmu. -Hormati mereka dan sentiasa tawaduk dengan ilmu. -Mencari dan memelihara keberkatan ilmu. | -Didik hati untuk sentiasa ikhlas. -Sentiasa berbaik sangka. -Jangan buruk sangka kpd Allah. -Jauhi buruk sangka kpd orang lain. -Mengingati Allah utk mendapatkan ketenangan hati. -Tidak berdendam,hasad dengki,sombong. -Sentiasa membersihkan hati dengan beristighfar dan amalan baik. | -Sentiasa beringat bahawa setiap -Melaksanakan tuntutan dan suruhan Allah krnNya,bukan krn tuntutan manusia. -Meninggalkan laranganNya krn Allah,bukan krn tuntutan manusia. -Berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu kehendak kita. |
Sesungguhnya ujian dan cabaran dalam hidup ini,adalah telah ditetapkan oleh Allah Taala utk setiap hambaNya.Carilah hikmah dengan mendekati Allah..Melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya hanya kerana Allah,bukan krn tuntutan manusia.
Apabila hubungan hamba dan RabbNya sudah terjaga,barulah ketenangan hakiki itu dikecapi…
Carilah redhaNya disegenap perbuatan yang kita lakukan,moga segala yang terhasil menambahkan redha pada hati kita..
Thursday, October 14, 2010
Doakan perjalanan ini
Alhamdulillah hmpir 3bulan lebih saya bercuti di Malaysia bersama keluarga.Segala kenangan tidak akn dilupakan.InsyaAllah saya akan kembali meneruskan pengajian di Al-Azhar,Sabtu ini.
Perjuangan Rasulullah SAW
Teringat perjuangan RasulullahSAW bersama para sahabat baginda,menyusuri onah duri dan rintangan yang pelbagai.Namun baginda dan sahabat-sahabat berjaya mengharunginya.Mengalir airmata ini,tatkala ingin sekali mengeluh dgn ujian yang menimpa.Namun apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dgn orang lain yang jauh lebih teruji dari saya.Alhamdulillah bersyukur dengan keadaan ini,saya kembali bangun utk meneruskan langkahan.
Perubahan
Berkorbanlah.Kerana berkorban itu bukan erti terkorban.Berkorban meninggalkan segala keseronokan dunia,berkorban dari waktu yang kosong,dan berkorban meninggalkan orang-orang tersayang...Cuba berkorban utk mendapatkan natijah yang terbaik.Segalanya kerana Allah.Moga Allah memudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat di sana nanti.
Berubah utk mengubah!
Buat kawan2,ayuhlah kita berubah utk mengubah.Berubah dari keadaan yang buruk kpd keadaan yang baik.Dan berubah dari keadaan yang sudah baik,kepada keadaan yang lebih baik!
Utk mengubah ummah.Ummah yang akan melahirkan generasi yang diidamkan Kekasih Allah,baginda Rasulullah SAW..Utk mengubah suasana kita sendiri.Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pernah menyebut di dlm kalam beliau 'Keadaan ummah akan datang,bergantung kpd keadaan pemuda masa kini'.
Kita sudah tiada masa lagi,bagi yang belum mula utk berubah.Dan bagi yang dalam perjalanan,masa masih panjang utk kalian meneruskan sisa-sisa itu.
Pengorbanan
Perubahan memerlukan sebuah pengorbanan yang hakiki.Kesabaran,keikhlasan dan kejujuran.Sabar dalam mengharungi dugaan yang menempa.Kerana kita tidak mudak menempa yang manis,kalau tidak mengharung yang pahit.Rasai ubat yang pahit,utk menikmati kesihatan yang amat manis....
Ikhlas dalam berjuang.Cuba utk ikhlas jika ia masih tidak kunjung tiba.Jaga hati,andai keikhlasan mudah utk anda suburkan dlm jiwa sanubari.Jaga hati utk sentiasa noktahkan niat hanya kerana Allah.Allhu Rabbi..Rabbul Izzati....
Jujurlah anda dalam apa jua keadaan.Jadilah diri sendiri krn anda tidak dapat menipu walau di hdpn cermin anda sendiri.Menjadi diri sendiri alangkah lebih baik dari menipu utk mendapatkan sesuatu yang baik.Jalannya kotor,kalau sudah berbohong,semua kotoran sudah terpalit mengena baju....
Salam perjuangan utk kesekian kalinya.Saya dan kamu masih punya waktu utk berubah.Kita sedang berubah utk mengubah suasana.Pastikan suasana yang berubah nanti disyukuri..Moga Allah menganugerahi hati,lisan dan anggota yang terjaga oleh kita.Dipimpin oleh Allah dan dibimbing olehNya
Kita hanya mampu berusaha utk segala yang kita mahu.Yang baik ataupun yang buruk.Na`uzubillah utk yang buruk.Hanya Allah yang menentukan setiap sesuatu..
Ya Allah,tiada daya dan tiada kekuatan melainkan Engkau Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.Sumber kekuatanku ada hanya padaMu....
Bantulah kami mengharungi semua ini..amin
Thursday, June 10, 2010
Syukurlah...
Wednesday, February 24, 2010
Tanpaku Sedari
Salam Sayang ditujukan khas buat bonda dan ayahanda di Malaysia,teristimewa dari Ardhul Kinanah.Anakanda mendoakan moga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah.Doakan anakanda disini,agar dapat terus melangkah dengan penuh sabar,tabah,yakin,kuat dalam menujuNya...
Tanpaku sedari...airmata itu mengalir lagi..hanya mengharapkan redha Allah dan redha bonda ayahanda...
Wassalam