Thursday, February 3, 2011

Berdoa dan Berusaha Seiring



















Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Alhamdulillah,Segala puji bagi Allah,di atas segala kurniaanNya kpd hamba-hambaNya.Ya Allah jadikanlah kami hambaMu,hamba yang mensyukuri segala pemberianMu dengan melaksanakan suruhanMu..Jadikanlah kami hambaMu,hamba yang bersabar di atas ujianMu,dengan meninggalkan laranganMu..Sesungguhnya Tiada Daya dan Tiada Kekuatan Melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung….

Di dalam melalui kehidupan yang penuh ujian dan dugaan dariNya,terselit rasa sedih,bimbang,takut,putus asa,kecewa,tidak yakin dan lain-lain.Perasaan itu sering timbul tatkala tiada kekuatan utk bangun kembali atau tiada sokongan atau tiada sumber-sumber yang boleh memulihkan semangat yang semakin pudar itu.

Sebagai contoh,seseorang yang diuji dengan kegagalan.Dia terlalu sedih dan kecewa,apabila tidak sumber yang menyokongnya utk bangun semula menangkis kegagalan itu.Dia akan sentiasa berputus asa dan bimbang,bagaimanakah nasibnya selepas ini.

Masalah à Rasa bimbang,takut,sedih,putus asa,tidak yakin,kecewa à ….

Jika seseorang itu terus dengan perasaannya tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian,dia akan sentiasa berada di dalam kerugian.Tetapi jika seseorang itu bangun dan kembali mencari jalan keluar,dia akan mendapat hasil yang lumayan..

Masalah à Cari punca à Cari Cara Penyelesaian

Masalah: Kegagalan

Punca : Rasa diri terlalu lemah

Tiada sokongan

Kurang persediaan

Kurang perhatian

Atau punca-punca lain

Cara Penyelesaian : Mengubah persepsi negatif

Mencari sumber sokongan

Mantapkan persediaan/Persediaan awal

Mantapkan perhatian/Tumpuan maksimum

Bagaimana mengaplikasikan cara penyelesaian tersebut?

Mengubah persepsi negatif à

Mencari sumber sokongan à ( Akal,Hati dan Anggota Badan )

Persediaan à

Perhatian à


Perkaitan Akal,Hati dan Anggota Badan ?

------------à Tempat rangsangan apabila masalah timbul ß--------------

Akal : Bercelaru,berfikiran negatif,bayangan buruk,menyalahkan diri sendiri

Hati : Sedih,kecewa,putus asa,bimbang,tidak yakin,berdendam,iri hati

Anggota Badan : Kadang-kadang akan menyebabkan perbuatan di luar kawalan

seperti mencederakan diri sendiri@ org lain,merosakkan harta benda,

nyawa diri dan org sekeling terancam

Aplikasi

Kalam Hukama`: “Akal yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat”

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Dalam tubuh manusia itu ada seketul daging.Jika baik daging itu,maka baiklah seluruh tubuh badan.Dan jika buruk daging itu,maka buruklah seluruh tubuh badan itu.Ketahuilah ia adalah HATI”

Contoh lain:

Fikiran Negatif à Kecewa à Perbuatan di luar kawalan = Tidak keruan

Hubungkait antara Akal,Hati dan Anggota Badan + Kaitan luar

AKAL

HATI

ANGGOTA BADAN

Tidak mendalami imu agama sepenuhnya.

Atau

Kekurangan pengetahuan tentang ilmu agama.

Atau

Tidak ada pengetahuan langsung tentang imu agama.

Unsur-unsur lain yang menyebabkan hati menjadi gelap,keras,susah untuk menerima nasihat dan panduan.

Atau

Tidak selalu berusaha membersihkan hati.

Atau

Tidak sedar hati sedang sakit dan inginkan rawatan.

Melakukan banyak kesalahan/dosa.

Atau

Tidak melaksanakan suruhan Allah.

Sambil lewa dengan hukum hakam Allah.

Mempersenda orang-orang yang melakukan kebaikan.

Tidak mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.


“The Journey of the thousand miles,begin with a single step. Far eyes,but near at heart”

MasalahàCari PuncaàCari Cara PenyelesaianàBerterusan

AKAL

HATI

ANGGOTA BADAN

-Didik ikhlas kerana Allah dalam segenap perbuatan.

-Cari ilmu (fardhu ain dan fardhu kifayah).

-Tambah ilmu pengetahuan.

-Sentiasa rasa ingin tahu,minat.

-Dekati pencinta ilmu.

-Berkongsi dgn org lain,tidak riak dan tidak sombong.

-Dekati guru-guru,masyaikh,pengajar ilmu.

-Hormati mereka dan sentiasa tawaduk dengan ilmu.

-Mencari dan memelihara keberkatan ilmu.

-Didik hati untuk sentiasa ikhlas.

-Sentiasa berbaik sangka.

-Jangan buruk sangka kpd Allah.

-Jauhi buruk sangka kpd orang lain.

-Mengingati Allah utk mendapatkan ketenangan hati.

-Tidak berdendam,hasad dengki,sombong.

-Sentiasa membersihkan hati dengan beristighfar dan amalan baik.

-Sentiasa beringat bahawa setiap gera geri kita diperhati Allah.

-Melaksanakan tuntutan dan suruhan Allah krnNya,bukan krn tuntutan manusia.

-Meninggalkan laranganNya krn Allah,bukan krn tuntutan manusia.

-Berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu kehendak kita.

Sesungguhnya ujian dan cabaran dalam hidup ini,adalah telah ditetapkan oleh Allah Taala utk setiap hambaNya.Carilah hikmah dengan mendekati Allah..Melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya hanya kerana Allah,bukan krn tuntutan manusia.

Apabila hubungan hamba dan RabbNya sudah terjaga,barulah ketenangan hakiki itu dikecapi…

Carilah redhaNya disegenap perbuatan yang kita lakukan,moga segala yang terhasil menambahkan redha pada hati kita..

No comments: