Sunday, November 29, 2009

'Saya hanya ada 50sen..'



Assalamualaikum wbt..
Pagi ini,suasana agak tidak sejuk dan tidak panas.Jam dari tadi menunjukkan pukul 5 pagi hampir ke pukul 6.30 pagi pantas bergerak kerana patuh pada perintah Allah SWT.Kokokkan ayam di Haiyu Sabeik jelas kedengaran sebelum azan berkumandang.Kokokkan mereka bukan seperti melepaskan batuk ditangga,tapi mereka juga bangun utk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT..mengejutkan hamba-hambaNya yang telah berehat disebelah malam.

Pagi ini,merupakan hari raya ke3 aidiladha..saya berjalan bersama rakan sekamar menuju ke mahathoh (perhentian bas).Pagi yang agak lengang itu membuatkan kami bingung seketika.Binatang-binatang korban yang 2-3 hari lepas diikat di tepi jalan,kini hanya tinggal talinya shj..Mereka telah berkorban!!

Kami meneruskan perjalanan sambil melihat di kanan dan kiri jalan,terdapat anak-anak kecil yang melihat ibubapa mereka memulakan sembelihan kepada binatang-binatang korban mereka.Sampai di mahathoh,kami segera mendapatkan bas 24 Jim.Bas yang amat popular dikalangan mahasiswa/wi Al-Azhar.Baik utk ke Kuliah Azhar,ataupun ke Masjid Azhar,kami setia juga menunggu bas tersebut.Pernah sekali,ammu (pakcik) bas tu memanggil saya dari jauh utk menaiki bas tersebut.Kebetulan pada hari itu saya akan ke tempat lain.Jadi,saya hanya geleng kepala dan melemparkan senyuman tanda terima kasih!

########################



Jarum jam menunjukkan jam 2 ptg.Saya mengambil keputusan utk mentajdid (memperbaharui) wudhuk.Setelah mengambil kasut di sudut simpanan di tepi masjid,saya terserempak dengan seorang makcik berbangsa arab yang asyik tersenyum.Saya memulakan perbualan dengannya dengan memberi salam..
'Assalamualaikum makcik..,' saya memulakan.
'Waalaikumussalam..'makcik itu berjawab.
'Boleh saya tahu,makcik orang Mesir ke?
'Ye,saya orang Mesir..' meleret senyumannya.
'Tapi,saya lihat makcik seperti orang Malaysia?'
'Eh,yeke..macam2 la kamu ni..' dia tersenyum lagi.

Saya tersenyum sendirian akibat usikan saya tadi.Tiba-tiba saja terbit wajah mak difikiran.Aduh,dimanakah aku sekarang...
Sepanjang perbualan kami,banyak berkisar mengenai pengajian yang berlansung di masjid Azhar.Makcik itu sudah lama tidak ke sini akibat ditinggalkan suaminya.Suaminya bekerja di Sudan dan tidak lama lagi akan pulang.Terserlah sifat kesetiaannya,apabila dia tenang menerangkan keberadaannya hidup keseorangan sekarang.

Saya menunjukkan jadual pengajian yang dilekat di tepi anjung Al-Atrak.Sedikit sebanyak saya ceritakan kepadanya tentang pengajian yang hanya saya sempat ikuti.Lama jugak saya tidak bercakap dengan bersungguh-sungguh dlm bhs Arab.Kali ini,saya mengadu kepadanya bahawa saya lemah dalam bhs Ammi dan masih lambat bertutur.Makcik itu tidak lekang mendoakan agar saya berjaya..Lepas ni ulang-ulang ye..hehe

'Kamu ada duit?',tanya makcik itu kepada saya..
'Em,sekarang saya hanya ada 50 sen..' sambil saya tunjukkan tanda wang itu ada dalam simpanan saya.(saya faham ikut soalan zohir sj..huhu)
'Eh,bukan..maksud saya,kamu mengaji di Al-Azhar kan?'..jelas makcik itu.'Macamana dengan wang perbelanjaan?Kamu perlukan wang?Kalau xcukup utk meneruskan pengajian,saya ingin tolong kamu..'

Ya Allah,tersentak saya dengan soalan makcik itu.Silap faham rupanya..
'Ya Robb,semoga Allah membalas di atas jasa baik makcik.Xmengapa makcik.Alhamdulillah ibubapa saya hantar wang setiap bulan.Lagipun saya juga memohon bantuan di peringkat bahagian negeri di Malaysia dan bantuan-bantuan lain lagi..' lancar pertuturan saya menjelaskan kpd makcik itu.

'Alhamdulillah,semoga kamu berjaya.Dan semoga Allah memudahkan perjalanan kamu dalam menuntut ilmu di sini.Kamu bertuah kerana kamu diberi keizinan oleh Allah utk berjauhan dari keluarga demi menuntut ilmu...Saya nasihatkan kamu teruskan perjuangan dengan bersungguh-sungguh dan selalu memohon bantuan Allah.Jika kamu perlukan bantuan saya,beritahu nanti..'kalam itu masih berlegar difikiran saya.

Setelah selesai solat asar,kami bertemu kembali tanda ingin mengundur diri.

'Apa nama makcik?' saya bertanya.
'Nama saya Suaid',lembut suaranya memperkenalkan diri.'Apa nama kamu dan rakan kamu tadi?.
'Nama saya Fatimah,dan rakan saya Atiah..'.
'Wah,cantik nama itu.Semoga kamu menjadi seperti Fatimah Az-Zahra dan kamu juga pemberian Allah..'
'Kamu juga,semoga kamu sentiasa berbahagia (saidah)..'
'Tunggu dulu,saya ingin memberikan kamu sedikit duit raya..'
'Eh,yeke..'
'Xpe,ini duit raya dari saya utk kamu berdua..'makcik itu menghulurkan not LE10 setiap seorang.'Semoga pemberian ini berkat..' ujar makcik itu lagi.
'Sehingga bertemu lagi di waktu akan datang ye makcik'..
'InsyaAllah,saya akan sentiasa mengingati nama kamu berdua, Fatimah dan Atiah..Malaysia dan negeri kamu Kedah..'

Kami berjabat tangan dan mengucapkan salam.Semoga ketemu lagi di lain waktu!!

##########################

Ya Allah,aku bersyukur di atas pertemuan ini.Sebuah pertemuan yang mengingatkan kami kepadaMu..kepada ibubapa kami di Malaysia.

Dia Kau datangkan utk memberikan kesedaran kepada kami...Dia ingin membantu kami utk kami meneruskan pengajian.Sedangkan kami masih mampu..Tapi,apakah usaha kami utk membantu diri kami sendiri??

Tanyalah diri ini...
Wallahua'lam








Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha 1430H

Seronok bergambar bdk2 ni...
Kambing-kambing yg bersedia utk berkorban!!

Salam aidiladha ditujukan khas buat mak,abah dan keluarga tersayang yang kini berada di tanah air Malaysia.Semoga kalian semua tetap gembira meraikan hari istimewa ini biarpun tanpaku disisi..Alhamdulillah anakanda disini meraikan bersama-sama rakan dengan gembira.


Jangan lupa utk terus mendoakan anakanda disini.Perjalananku masih panjang,memerlukan ketabahan dan pengorbanan.Semoga pengorbanan yang telah dilakukan oleh insan mulia Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar menjadi kekuatan kepada kita utk bangkit berkorban!



Berkorban dari kemalasan,kekecewaan,kegagalan dan kesemua penghalang kita dari menuju kejayaan.Ayuh bersama menuju kejayaan dan redhaNya dengan berjalan di atas jalanNya yang benar.Semoga perjalanan ini dipandu dan dipimpin...amin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Tuesday, November 17, 2009

Perjuangan yang masih panjang

Pemandangan malam di luar Masjid Al-Azhar
Anjung Al-Atrak
di Masjid Al-Azhar
Tempat berhimpun pencinta ilmu Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Ya Allah,hadirkanlah ketenangan pada hati-hati kami yang sering gundah gulana.Hadirkanlah kesabaran andai kami berasa marah,putus asa atau takut.Jauhkanlah kami dari sifat-sifat mazmumah seperti riak,takabbur,sombong,bongkak,hasad dengki,dan lain-lain perasaan yang berdosa dan yang menjauhkan kami drMu....Jauhkanlah kami dari melakukan atau menghampiri perkara-perkara yang kami sedar akan dosanya perbuatan itu.



Sedih,pilu,marah..semuanya kadang-kadang bercampur.xtenang!!Itulah kalimah yang selalu kita ungkap apabila perasaan bercampur itu bersatu pada diri.Bagaimana mengatasinya???
Buntu,putus asa...spt ingin berhenti dari meneruskan kehidupan.Astaghfirullah al-azim...
Ya Allah,ampunkanlah diri ini andai pernah berasa putus asa dan gagal dalam menempuh ujianMu.Kami ingin kuat spt mereka2 yg trdahulu sblm kami.Kami lihat mereka mampu,malah ujian mereka jauh lbh besar yang Engkau berikan.Tp,janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat,seperti yang telah Kau berikan kepada ummat yg terdahulu dari kami.Jauhkanlah kami dari apa yang kami tidak termampu memikulnya...

Dengan kekuatan yang Engkau berikan,kuatkanlah hayunan langkah ini demi meneruskan sebuah perjalanan yg masih panjang.Tumpukan hadaf sebenar kami.Jauhkanlah kami dari tersasar atau terleka dalam kewajipan kami sebagai seorang penuntut ilmu di muka bumiMu ini.Sucikanlah segumpal darah yang berada dalam tubuh kami,dari bintik hitam yang mengotorinya.Kerana zarah hitam itu akan menghalang ilmuMu dari memasukinya.

Semoga perjalanan ini dalam bimbinganNya.Amin...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, October 30, 2009

Mak,Abah...Saksikanlah

Terima kasih kerana terus menerus menyokong anakanda dari dulu,kini dan selamanya...Bila diingatkan kembali tarikh itu,mengalir air mata keinsafan.Kerana memiliki kalian adalah suatu nikmat yang begitu berharga..

Buat semua ahli keluargaku,teruskan mencari redhaNya.Moga hati dan kalam kita sentiasa bersatu demi menuju baiti jannati.Mak,abah(jangan la nangis wahai mata ini...),Kak Imi,Abg Hazriel,Abg.Dus,Kak Ros,Kak Cik,Abg.Farizol,Kak Teh,Abg.Mat,Nani dan Aliah..Doakan diri ini tabah menempuh dunia perjuangan sebagai tolibul ilm disini.Moga kalian mengerti segala maksud hati ini.Ketahuilah walaupun kita berjauhan di pandangan mata,namun kasih sayangku tetap utuh seutuh sungai Nil yang mengalir..Hati ini tetap mengingati kalian kerana sentiasa menyokong perjuanganku..
Buat anak-anak menakan atam,Nurul Ain Fatihah,Afrina Batrisyia,Mohd Ajwad Farhan,Amiera Damia,dan Nafisah Nur `Adnin..Doakn atam ya.Jangan nakal-nakal..Atam doakan kalian bijak seperti mama,ibu,ummi,ayah,dan abah kalian...

Anggaplah blog anakanda ini sebagai tatapan dan hiburan kalian.Semoga niat anakanda supaya menuju redhaNya bersama akan terus menjadi niat yang murni!!Salam sayang yang teramat...(msg mak utkku..)Wassalam


Menyesali



Peristiwa lalu banyak menyedarkan aku.Sekalipun aku kadang2 tidak menyedari apa yang aku lakukan,namun Dia lebih Maha Mengetahui setiap segenap perkara.Ya Allah,aku mohon supaya Engkau tetapkan hati kami ini dalam agamaMu yang benar.Jauhkanlah kami dari melakukan apa yang Engkau tidak redhai.



Sepanjang hidup ini,terasa seakan-akan tiada apa yg aku korbankan untuk Islam.Tiada apa yang aku korbankan utk agamaku yang luhur suci..tapi,aku yakin Dia Maha Menerima Taubat..Ya Allah,ampunkan kami yang berdosa ini.

Bangunlah wahai diri,usah dikenangkan kembali apa perbuatanmu dahulu.Sebaliknya terus menadah tangan moga diterima taubatmu.Tangislah dikala malam hari,tatkala insan lain sedang enak dibuai mimpi indah dan ngeri.Basuhlah mukamu dgn wudhuk dipagi hari,tanda mensyukuri nikmat hidup yang tidak kita gambarkan betapa hebatnya nikmat itu!!

Ya Rasulullah SAW,rasa malu menyelinap dalam diri tatkala ingin mengucapkan kata rindu pada insan semulia dirimu.Apalah pengorbananku untuk Islam,apakah sumbanganku untuk agamaku..Dimanakah penyambung perjuanganmu.Ya Allah...malunya aku berkata rindu pada kekasihMu Ya Allah,Dia adalah Rasulullah SAW...

Siang malam aku teringatkan itu dan ini,siang dan malam aku penuhkan dengan perkara2 yang tidak berfaedah...dimanakah duniaku??kenapa aku jadi begini?kenapa aku alpa?sedangkan dunia sudah tua dimakan usia,tanda-tanda kiamat sudah banyak menjelma..Bila aku akn sedar dgn penipuan dunia ini??Bila??

Maksiat,zina,bunuh,murtad,riba dan sebagainya semakin menebal..apa sumbangan aku?apa sumbangan kami??apa sumbangan AZHARI??Rakyat Malaysia menunggu kepulangan antum mendidik ummat...tapi apa yang aku dan kalian lakukan??Apa yang antum penuhkan dalam kehidupan seharian??

Ayuh,kita bulatkan tekad kita,AZHARI dan AZHARIAH..kita adalah amanah.jangan berfikir untuk goyang kaki.Ayuh tambahkan ilmu dan amalan kita..Ayuh kita sama2 bersatu disni untuk sama2 mendidik ummat2 Islam..Masa kita xlama disni..Kalau bukan kita siapa lagi??


Ya Allah,Engkau kuatkanlah kaki kami untuk meneruskan perjuangan kami sebagai tolibul ilm di sni..Kami memerlukan bantuan dan keredhaanMu,kerana kami tidak kuat untuk mengharunginya seorang diri..Kami yakin dan kami tahu bahwa Engkau kan sentiasa bersama kami..Betapa hebatnya Engkau Ya Allah..

Ya Allah jgnlah engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan hidayah kepada kami.Kami mudah alpa dan terpesona dgn keindahan dunia Ya Allah..Sabarkanlah kami menuju redhaMu..Jauhkanlah kami dari diuji dengan apa yang kami tidak terdaya mengharunginya.Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu..Kuatkanlah kami...

Ya Allah,kami punya ibubapa yang amat memahami kami Ya Allah..Engkau ampunkanlah dosa-dosa mereka.Engkau rahmatilah mereka,Engkau kasihilah mereka dengan kasih sayangMu yang Maha Luas...Engkau sampaikanlah salam sayang dari kami yang berjauhan untuk mereka yang tersayang,kerana kami begitu rindukan mereka pada saat ini...Cukupkanlah rezeki mereka,bahagiakanlah mereka.Semoga doa kami sampai kepada mereka.

Ya Allah,kami punya keluarga yang amat memerlukan kami.tapi kami akui amat lemah sekali.Engkau sahajalah yang boleh membantu kami.Fahamilah mereka bahawa kami sedang berjuang menuntut ilmuMu disini..Semoga mereka tabah dan dijauhkan dari kemurkaanMu Ya Rabb...

Ya Allah,kami punya sahabat2 yang jauh dari penglihatan kami.Maka Engkau jagalah mereka.Kami sangat sayangkan mereka sebagai sahabat seagama kami.Mereka dan aku perlukan bantuanMu untuk terus berdiri.Kami perlukanMu untuk mengubah diri yang dhaif...
Peliharalah mereka dibwh naunganMu yang Amat Luas...

Kami punyai diri yang sering terlupa,lalai,alpa,leka...Lupa dan tidak tahu berterima kasih dengan apa yang Engkau kurniakan...Kami terus dibuai mimpi indah,terus melayani nafsu dan keinginan hati kami.Sedangkan kami tahu itu salah dan berdosa...
Ya Allah..apa yang kami buat ni??Kami malu Ya Allah,malu untuk berkali-kali memohon ampun.Rasanya xcukup jika kami bandingkan dosa-dosa kami yang banyak dan berapa kali kami memohon ampun...Tapi,kami kini bangun Ya Allah,bangun ingin merayu buat seberapa banyak keampunan..Ampunkanlah kami.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini












Monday, October 26, 2009

Mohandiseen

Teksi
ustaz Rosli sibuk menguruskn urusan penterjemahan
Safarah Kuwait
Safarah Kuwait

Alhamdulillah saya bersyukur kpd Allah krn memudahkan perjalanan kami menuju ke Mohandiseen awal pg td.Sepanjang perjalanan kami mengharapkan pertolongan Allah,semoga memudahkan urusan dan aktiviti kami hari ini.Urusan menghantar tasdiq dan menterjemah keputusan bermula dari jam 9 pagi perjalanan hingga jam 4.00 ptg.Terima kasih buat kalian yg membantu.Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kpdNya atas nikmat ini..alhamdulillah.



Friday, October 16, 2009

العودة إلى الجامعة والعلم

Alhamdulillah,saya bersyukur ke hadrat Allah SWT,kerana memberi kesempatan lagi kepada kami meneruskan perjuangan yang masih panjang di ardhul kinanah,Mesir.Tanggal 13 Oktober 2009,saya bersama 3 lagi rakan turun dari penerbangan Gulf Air 0079,setelah merentasi pelbagai halangan bersama penerbangan Gulf Air 281 ke Bahrain..Pelbagai situasi yang mencuit hati berlaku,namun kami tahu semua itu ada hikmahnya.Semoga semua itu menjadi pengalaman yang berharga buat kami berempat..

Dari Kedah ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Bahrain dan ke Cairo,segalanya kami tinggalkan ianya dalam kenangan.Kenangan yang akan menguatkan semangat kami terus berjuang di sini.Masih jauh langkah yang akan dijejaki,masih banyak kekurangan yang mesti dicukupi.Begitulah kehidupan seterusnya yang bakal kami rentasi.

Buat mak,abah dan keluarga di Malaysia,semoga kalian mendoakan anakanda di sini dalam perjuangan menuntut ilmu Allah SWT.

InsyaAllah,semoga dengan kepulangan kami beberapa bulan di Malaysia,akan menjadi pembakar semangat kami kini..Mencari ilmu,mengislahkan diri,mencari di mana kekurangan dan kelemahan diri..Moga yang dicari itu bukan redha insani,tetapi meniti,mencari dan terus mencari redha dan cinta Ilahi yang menjanjikan penemuan abadi di akhirat yang kekal abadi..

Barokallahu fikum jami`an,Siiru `ala barokatillah..Ayuh mencari ilmu seikhlas hati,kerana yang dinanti adalah syurgaNya yang dijanji.