Sunday, November 29, 2009

'Saya hanya ada 50sen..'



Assalamualaikum wbt..
Pagi ini,suasana agak tidak sejuk dan tidak panas.Jam dari tadi menunjukkan pukul 5 pagi hampir ke pukul 6.30 pagi pantas bergerak kerana patuh pada perintah Allah SWT.Kokokkan ayam di Haiyu Sabeik jelas kedengaran sebelum azan berkumandang.Kokokkan mereka bukan seperti melepaskan batuk ditangga,tapi mereka juga bangun utk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT..mengejutkan hamba-hambaNya yang telah berehat disebelah malam.

Pagi ini,merupakan hari raya ke3 aidiladha..saya berjalan bersama rakan sekamar menuju ke mahathoh (perhentian bas).Pagi yang agak lengang itu membuatkan kami bingung seketika.Binatang-binatang korban yang 2-3 hari lepas diikat di tepi jalan,kini hanya tinggal talinya shj..Mereka telah berkorban!!

Kami meneruskan perjalanan sambil melihat di kanan dan kiri jalan,terdapat anak-anak kecil yang melihat ibubapa mereka memulakan sembelihan kepada binatang-binatang korban mereka.Sampai di mahathoh,kami segera mendapatkan bas 24 Jim.Bas yang amat popular dikalangan mahasiswa/wi Al-Azhar.Baik utk ke Kuliah Azhar,ataupun ke Masjid Azhar,kami setia juga menunggu bas tersebut.Pernah sekali,ammu (pakcik) bas tu memanggil saya dari jauh utk menaiki bas tersebut.Kebetulan pada hari itu saya akan ke tempat lain.Jadi,saya hanya geleng kepala dan melemparkan senyuman tanda terima kasih!

########################



Jarum jam menunjukkan jam 2 ptg.Saya mengambil keputusan utk mentajdid (memperbaharui) wudhuk.Setelah mengambil kasut di sudut simpanan di tepi masjid,saya terserempak dengan seorang makcik berbangsa arab yang asyik tersenyum.Saya memulakan perbualan dengannya dengan memberi salam..
'Assalamualaikum makcik..,' saya memulakan.
'Waalaikumussalam..'makcik itu berjawab.
'Boleh saya tahu,makcik orang Mesir ke?
'Ye,saya orang Mesir..' meleret senyumannya.
'Tapi,saya lihat makcik seperti orang Malaysia?'
'Eh,yeke..macam2 la kamu ni..' dia tersenyum lagi.

Saya tersenyum sendirian akibat usikan saya tadi.Tiba-tiba saja terbit wajah mak difikiran.Aduh,dimanakah aku sekarang...
Sepanjang perbualan kami,banyak berkisar mengenai pengajian yang berlansung di masjid Azhar.Makcik itu sudah lama tidak ke sini akibat ditinggalkan suaminya.Suaminya bekerja di Sudan dan tidak lama lagi akan pulang.Terserlah sifat kesetiaannya,apabila dia tenang menerangkan keberadaannya hidup keseorangan sekarang.

Saya menunjukkan jadual pengajian yang dilekat di tepi anjung Al-Atrak.Sedikit sebanyak saya ceritakan kepadanya tentang pengajian yang hanya saya sempat ikuti.Lama jugak saya tidak bercakap dengan bersungguh-sungguh dlm bhs Arab.Kali ini,saya mengadu kepadanya bahawa saya lemah dalam bhs Ammi dan masih lambat bertutur.Makcik itu tidak lekang mendoakan agar saya berjaya..Lepas ni ulang-ulang ye..hehe

'Kamu ada duit?',tanya makcik itu kepada saya..
'Em,sekarang saya hanya ada 50 sen..' sambil saya tunjukkan tanda wang itu ada dalam simpanan saya.(saya faham ikut soalan zohir sj..huhu)
'Eh,bukan..maksud saya,kamu mengaji di Al-Azhar kan?'..jelas makcik itu.'Macamana dengan wang perbelanjaan?Kamu perlukan wang?Kalau xcukup utk meneruskan pengajian,saya ingin tolong kamu..'

Ya Allah,tersentak saya dengan soalan makcik itu.Silap faham rupanya..
'Ya Robb,semoga Allah membalas di atas jasa baik makcik.Xmengapa makcik.Alhamdulillah ibubapa saya hantar wang setiap bulan.Lagipun saya juga memohon bantuan di peringkat bahagian negeri di Malaysia dan bantuan-bantuan lain lagi..' lancar pertuturan saya menjelaskan kpd makcik itu.

'Alhamdulillah,semoga kamu berjaya.Dan semoga Allah memudahkan perjalanan kamu dalam menuntut ilmu di sini.Kamu bertuah kerana kamu diberi keizinan oleh Allah utk berjauhan dari keluarga demi menuntut ilmu...Saya nasihatkan kamu teruskan perjuangan dengan bersungguh-sungguh dan selalu memohon bantuan Allah.Jika kamu perlukan bantuan saya,beritahu nanti..'kalam itu masih berlegar difikiran saya.

Setelah selesai solat asar,kami bertemu kembali tanda ingin mengundur diri.

'Apa nama makcik?' saya bertanya.
'Nama saya Suaid',lembut suaranya memperkenalkan diri.'Apa nama kamu dan rakan kamu tadi?.
'Nama saya Fatimah,dan rakan saya Atiah..'.
'Wah,cantik nama itu.Semoga kamu menjadi seperti Fatimah Az-Zahra dan kamu juga pemberian Allah..'
'Kamu juga,semoga kamu sentiasa berbahagia (saidah)..'
'Tunggu dulu,saya ingin memberikan kamu sedikit duit raya..'
'Eh,yeke..'
'Xpe,ini duit raya dari saya utk kamu berdua..'makcik itu menghulurkan not LE10 setiap seorang.'Semoga pemberian ini berkat..' ujar makcik itu lagi.
'Sehingga bertemu lagi di waktu akan datang ye makcik'..
'InsyaAllah,saya akan sentiasa mengingati nama kamu berdua, Fatimah dan Atiah..Malaysia dan negeri kamu Kedah..'

Kami berjabat tangan dan mengucapkan salam.Semoga ketemu lagi di lain waktu!!

##########################

Ya Allah,aku bersyukur di atas pertemuan ini.Sebuah pertemuan yang mengingatkan kami kepadaMu..kepada ibubapa kami di Malaysia.

Dia Kau datangkan utk memberikan kesedaran kepada kami...Dia ingin membantu kami utk kami meneruskan pengajian.Sedangkan kami masih mampu..Tapi,apakah usaha kami utk membantu diri kami sendiri??

Tanyalah diri ini...
Wallahua'lam








No comments: