Friday, April 23, 2010

Selamat Hari Lahir Abah..Salam Imtihan

Abah..

Assalamualaikum...Selamat Hari Lahir abah (23 April 1954),semoga Allah membalas jasa abah dan mak,yg begitu besar buat diri anak-anak kalian...Ya Allah,berilah kesihatan pd mereka,agar dpt mereka melaksanakan kewajipan pdMu,pd kami dan pd masyarakat yg dahagakan ilmu dari mereka...Kebijaksaan dan ketegasan dlm mendidik,juga sentuhan tarbiah mereka,melatih kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,serta taat pada perintah Allah...

Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa mereka,khabarkan pada mereka,kami anak-anak sgt memahami tanggungjawab mereka berdua pada masyarakat.Berkatilah usaha mereka dalam keikhlasan mendidik anak-anak bangsa serta pendidikan kpd kami..


Ya Allah,jadikanlah kami anak-anak yg taat pd kedua ibubapa,anak-anak yg diidamkan,serta anak-anak yg menyejukkan mata dan hati mereka berdua...Bahagiakanlah keluarga kami,kerana kami mendambakan 'Baiti Jannati'..serta syurga yg abadi...


Tiada apa yg dpt menggembirakan mereka,selain melihat anak-anak berjaya...

رب اغفرلي ولوالدى وارحمهما كما ربياني صغيرا

Ya Allah,ampunkanlah dosaku,dosa kedua ibubapaku,serta kasihanilah mereka berdua,
sepertimana mereka mengasihani kami sejak kecil

Selamat hari lahir juga diucapkan kpd adikku...Amni Mahfuzoh (Nani) yg ke17...(23 April 1993)
Jangan nakal-nakal,ghajin2 la belajar ye..Bittaufiq wannajah bahirah Spm 2010..
Jangan lupa doakan orang sini ye...

_________________________________________________________________

Sedar tidak sedar,imtihan tiba lagi...Kitab yang bertimbun mula memenuhi meja study..Yang sikit pun akan dikatakan banyak,Yang mudah akan dikatakan payah...Musim berganti musim,sejuk disalahkan sejuk,panas disalahkan panas...tidak pernah menyalahi diri sendiri...
Em,inilah dinamakan belajar utk exam.Xpatut sbnrnya...

Cuba jadikan rutin harian itu dgn membaca,mengaji,mencari,mengkaji dan terus mengkaji..

Mata belum kabur,badan masih sihat...Ingat pesan mak, 'muda-muda ni ghajinla ngaji..Nanti mai tua,baru nk ngaji,lambat la sikit nk masuk dlm kepala..Ngajila,nk buat apa lagi???'

Jadi,jadikanlah imtihan ni sbg muhasabah utk kita bersama.

اللهم إنا نعوذ بك علم لا ينفع, ومن قلب لا يخشع, ومن نفس لا تشبع, ومن دعوة لا يستجابلها

Ya Allah Ya Tuhan kami,jauhkanlah kami dari ilmu yang tidak bermanfaat,dari hati yang tidak khusyuk (padaMu),dari nafsu yang tidak pernah kenyang (dari melakukan kejahatan),dan dari permintaan (doa) yang tidak diterima...

Ya Allah,permudahkanlah serta tenangkanlah kami menghadapi ujian dunia...
Kerana kami akur,ujian disana (akhirat) lebih dahsyat dan tidak dpt mata kami membayanginya...


  • Salam Imtihan buat kakak,abang n adik2 di Malaysia yg akan menghadapi peperiksaan (akhir tahun,PTK,SPM dan UPSR)
  • Juga buat sahabat-sahabat di Malaysia dan luar negara yg sedang berada di dlm dewan peperiksaan..
  • Dan tidak dilupakan kpd mahasiswa/mahasiswi Universiti Al-Azhar,khususnya anak-anak Kedah,umumnya anak-anak Malaysia..serta,adik-adik perubatan sekalian...
Bersedialah utk menghadapinya,seperti kamu akan menghadapi hari kematian pada bila-bila masa...

Aainaa Fatimah Osman
Kuliah Syariah Islamiyah
Universiti Al-Azhar,Kaherah
'Kita tidak akan bangkit,andai kita masih menghulur tangan pada mereka..Bangkitlah,dihadapanmu peperangan akan bermula...'


Thursday, April 1, 2010

Dia Yang Menjadikan Segala-galanya!





Dalam mengenang kisah hidup silam
ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan...beratnya dosa-dosaku,
masihkah ada ampunan buatku,
Tuhan... dalam menempuh hidup ini,
banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...ada yang dapat ku gagahi
dan ada yang gagalku hindari...

Tuhan.....dosaku menggunung tinggi
tp taubatku takku tepati
Tuhan...rahmatMu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
kini ku kembali padaMu
mengharap maghfirah dariMu
mogakan terampunlah dosa-dosaku
biarpun ujian melanda
ku tetap kekasih padaMu
kernaku dahaga kasihMu
kekal tiada sudahnya

Tuhan....dalam menempuh hidup ini
banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...ada yang dapat ku gagahi
dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan..dosaku menggunung tinggi
tp taubatku takku tepati
Tuhan...rahmatMu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
kini ku kembali padaMu
mengharap maghfirah dariMu
mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
ku tetap kekasih padaMu
kernaku dahaga kasihMu
kekal tiada sudahnya

Dalam mengenang kisah hidup silam
ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan...beratnya dosa-dosaku,
masihkah ada ampunan buatku...



Thursday, March 18, 2010

Jom Jejak Aulia'...

Assalamualaikum wbt........
Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat utk menjejaki para aulia' bersama Islam 4 Peace...Jom Jejak Aulia'.....(Episod 1)



Segala maklumat lanjut berkenaan Jejak Aulia ini,bolehlah layari link-link seperti berikut...:

Laman Islam 4 Peace
Laman Blog Ustaz Nazrul Nasir
Laman Blog Ustaz Azrul Azuan


Tahniah kpd semua krew yg telah menjayakan misi mereka...Semoga Allah membalas jasa antum dalam usaha membawa ummat lebih gemilang...Siiruu 'ala barakatillah.Salam perjuangan...
Kepada semua,jangan lepaskan peluang...Jom jom..

Saturday, March 13, 2010

Jom Ngaji Jom...!!

Assalamualaikum wbt...
Hari ini,saya ingin berkongsi beberapa berita gembira bersama mahasiswa/mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini.Nak ikut x...Jom ikut...Jom ngaji jom...!!



1) Kitab Minhaj At-Tolibin (Feqah)
Pengajar:Syeikh Sayyid Syaltut
Hari:Sabtu,Isnin dan Khamis
Masa:Jam 5.15 petang
Tempat:Anjung Al-Atrak,Masjid Al-Azhar As-Syarif

2) Kitab Ghayatul Makmul (Usul Fiqh)
Pengajar:Syeikh Sayyid Syaltut
Setiap hari
Masa:7.30pg
Tempat:Anjung Al-Atrak,Masjid Al-Azhar As-Syarif



3) Kitab Nihayatus Sul Fi Syarhi Minhaj Al-Wusul ila `Ilmi Al-Usul (Usul Fiqh)
Pengajar: Ustaz Akli bin Ahmad(Pelajar PHD)
Hari:Sabtu,Ahad dan Isnin,pada minggu pertama bg setiap bulan
Jam:7.30pg dan 8.00mlm
Tempat:Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik

4) Kitab Tauqiiruu Amrillahi Taala Wa Tauqiiruu Amri Rasulullah SAW (Hadis)
Pengajar:Syeikh Saad Jawish
Hari:Jumaat atau Sabtu (mengikut kelapangan syeikh)
Jam:Selepas Maghrib dan selepas Isyak
Tempat: Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik

5) Kitab Qaulu At-Tam Fi Ahkami Makmum wal Imam(Feqah) + Wasail Al-Wusul ila Syamail
Ar-Rasul SAW (Kenali Baginda SAW)
Pengajar: Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir
Hari:Rabu
Masa:Selepas Isyak
Tempat:Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik

6) Kitab Fawaid Al-Ja`fariyyah (Hadis)
Pengajar:Syeikh Asyraf
Hari:Isnin
Masa:Selepas Maghrib
Tempat:Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik

7) Kitab Penawar Bagi Hati (Tasawuf)
Pengajar:Baba Adnan bin Abd Wahab
Hari:Ahad
Masa:Selepas Isyak
Tempat:Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik

8) Madrasah Wasatiah
Pengajar:Ustaz Firdaus Hat
Hari:Rabu
Masa:Jam 8.00mlm
Tempat:Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik

9) Kitab Minhaj Al-Abidin(Tasawuf)+ Syarah Al-Hudhudi
Pengajar:Baba Adnan bin Abd Wahab
Hari:Jumaat
Masa:Jam 8.00pg
Tempat:Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik

10)Kitab Sunan Abi Daud
Pengajar:Syeikh Yusri Hafizahullah
Hari:Setiap Hari
Masa:Selepas subuh
Tempat:Masjid Asyraf
(tremko disediakan di hdpn Asrama DA3 jam 5.30pg dan pulang pd jam 7pg)
Bagi sesiapa yg ingin menempah kitab berharga LE60/LE34,bolehlah menghubungi Ustazah
Ummul Syabinar
ye..!!(kak sha,tunggu sye...hihi)


Jadual diatas ialah jadual penuh bersama Baba Adnan.Pengajian hari Sabtu,Ahad dan Selasa akan berlangsung di Asrama Wilayah Persekutuan,Haiyu Sabeik.Manakala pengajian pada hari Jumaat akan berlangsung di Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik.

P/s: Jadual-jadual yang berikut adalah mengikut pengumuman pihak penganjur(Majlis Kebajikan Keluarga Kedah-MKKK),dan mengikut kelas yang pernah diikuti oleh penulis.Segala pertanyaan/teguran kesilapan pada jadual,sila lampirkan komen anda di shout box...
Syukran..wslm

Friday, February 26, 2010

Cukuplah Allah bagiku

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,saya,kamu dan mereka turut serta bersyukur diatas kurniaanNya yang Maha Luas..Tidak terhitung segala nikmatNya yang diberikan sehari-hari.Adakah terucap kesyukuran itu dengan amalan-amalan kita??Adakah cukup dengan kewajipan sahaja??Pastikah segala kewajipan yang dilaksanakan itu sempurna dan diterimaNya??Bagaimana pula dengan dosa-dosa yang disedari??Sudah terampunkah tatkala kita memohon ampun dariNya??

Ya Allah...kami selalu lupa,kami selalu lalai.Kami ingat kami hebat,kami ingat kami kuat,kami ingat kami mampu lakukan segala-galanya...

Rupa-rupanya Ya Allah,kami lupakan satu perkara ini..Kami ada Yang Lebih Hebat,Yang Lebih Kuat...Dia berkuasa memberi dan menarik kembali nikmat itu,Dia berkuasa segala-galanya...Kami lupa bahawa kami ada Engkau Yang Sentiasa Menanti kami,Kami lupa bahawa kami ada Engkau untuk kami mengadu,untuk kami menangis,untuk kami meminta pertolongan...untuk kami meminta apa saja.Bila difikirkan lagi,kalau manusia,apabila lagi kita meminta-minta,belum tentu dapat menunaikan permintaan kita..Tapi,dengan kehebatan Engkau Ya Allah,lagi kami ingin meminta kepadaMu,lagi Engkau menyukainya,malah Engkau menunggu kami meminta!!Subhanallah...


Ya Allah,ada seorang insan yang teragung Ya Allah..Dia Rasulullah SAW...Kami xsempat menemuinya Ya Allah,malah kami cukup jauh darinya.Maka,bagaimana Ya Allah agar kami dekat dengannya??Ya Allah,moga Engkau menemukan kami dengan baginda SAW,disana kelak...Kami kasihimu Ya Rasulullah...




Ya Allah,kami ingin meminta...agar Engkau mengampuni dosa kedua ibubapa kami,serta Engkau sayangi dan rahmatilah mereka,sepertimana mereka mengasihani kami sejak kecil Ya Allah...Beritahu mereka,bahawa kami sayang mereka...



Ya Allah,kami punya guru-guru,masyaikh-masyaikh yang telah membimbing kami seawal kami mengenal alif,ba`,ta`...seawal mengenal ABC..seawal mengenal ibadahnya,muamalatnya,hukum hakamnya,dan lain-lain lagi.Ya Allah,jasa mereka cukup besar buat kami,maka kami ingin memohon kepada Engkau Ya Allah,agar Engkau mengampuni dosa-dosa mereka serta melapangkan segala urusan-urusan mereka.

Ya Allah,setelah kami punyai mereka itu,kami punyai ahli keluarga yang cukup memahami kami,yang sentiasa menyokong,dan tidak lupa mereka sentiasa mendoakan kecukupan kami..Ya Allah,Engkau ampunilah dosa-dosa mereka,Engkau selamatkanlah ahli keluarga kami dari siksa api neraka..

Ya Allah,kami punyai sahabat-sahabat yang dahulu dan kini bersama-sama kami untuk mencari ilmuMu,yang bersama-sama kami menegakkan yang hak,yang bersama-sama kami menegur dan menasihati,yang bersama-sama kami melakukan kebaikan dan meninggalkan dosa-dosa...Ya Allah,kami memohon supaya Engkau ampunilah dosa-dosa sahabat-sahabat kami,serta Engkau permudahkanlah segala urusan-urusan mereka.Lapangkan dada-dada mereka,andai mereka punya ujian dan musibah...

Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami semua,dosa kaum muslimin dan muslimat,samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...berkatilah hidup kami...

Kami tidak mahu membuat kebaikan seorang diri,kami tidak mahu berseorangan tanpa teguran bila bersalah,kami tidak mahu membiarkan orang lain terus menerus dengan dosa,malah kami mahu bersama-sama membuat kebaikan,menasihati serta mahu bersama-sama menuju redhaMu..maka Ya Allah,bantulah kami..pimpinlah kami,lihatlah kami dengan pandangan rahmatMu Ya Allah..agar kami berasa tenang,sabar dan kuat bila berjalan dimuka bumi ini...



Ya Allah...pimpinlah...
Kami memohon,kami merayu penuh kesungguhan....

Wednesday, February 24, 2010

Tanpaku Sedari

Assalamualaikum wbt...entry terbaru,khas utk semua.marilah sama-sama kita mendoakan mereka,marilah sama-sama kita mengenangkan kembali pengorbanan mereka..



Salam Sayang ditujukan khas buat bonda dan ayahanda di Malaysia,teristimewa dari Ardhul Kinanah.Anakanda mendoakan moga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah.Doakan anakanda disini,agar dapat terus melangkah dengan penuh sabar,tabah,yakin,kuat dalam menujuNya...
Tanpaku sedari...airmata itu mengalir lagi..hanya mengharapkan redha Allah dan redha bonda ayahanda...
Wassalam

Friday, February 19, 2010

PENGAJIAN AKHAWAT BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

Assalamualaikum wbt...
Pengajian Akhawat bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari.Berikut adalah beberapa maklumat:

Hari :Sabtu(20 Februari 2010),Jumaat(26 Februari 2010)
Jam : 7.30 pagi
Tempat : Dewan At-Tasamuh Wal Ikha`,Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik
Tentatif: Soal jawab bersama Syeikh-Persembahan Burdah



Semua akhawat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis...