Saturday, January 30, 2010

Bingkisan Taman Syurga di Islam 4 Peace

Assalamualaikum wbt....


Perbincangan Ilmu Usul Fiqh,bacaan kitab Syarah Waraqat karangan Imam Al Mahalli Hafizallah oleh Ust Hairul Nizam bin Mat Husain, pelajar Master Usul Fiqh, Universiti Al Azhar Kaherah.

Bagi episod-episod yang seterusnya,serta bingkisan-bingkisan lain yang menarik,bolehlah ke http://www.islam4peace.net/
Jom ngaji!!


Beritahu Pada DIA

Monday, January 11, 2010

DIA Sebaik-Baik Penolong!

Ku tinggalkan dengan penyesalan..

Assalamualaikum wbt.Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1431 dan Salam Tahun Baru 2010 buat semua.Khususnya buat keluarga tersayang yg berada di Malaysia,guru-guru,sahabat2 dan kaum muslimin dan muslimat...

Hari ni 11/01/2010.Suasana Asrama Kedah Darul Aman 3 di Haiyu Sabeik lengang sekali.Berikutan musim sejuk dan musim imtihan yg sedang dihadapi...Ya Allah,kini kami hamba-hambaMu sedang ditimpa satu ujian dunia.Kau tenangkanlah kami,Kau permudahkanlah kami mengharunginya,seperti Engkau akan mudahkan kami mengharungi ujian disana nanti.
Engkaulah sebaik-baik penolong,Tiada Tuhan selain Allah...

Ujian adalah anugerah dari Allah.Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari Tuhan....Kami bersyukur di atas segala-galanya!!

Kami tinggalkan tahun-tahun sebelum ini,dengan seinfiniti penyesalan..Biarlah segala-galanya menjadi kekuatan dan dorongan kepada kami utk terus melihat ke hdpn!
Kami menyesali atas kesalahan dan dosa2 kami,Kami menyesali atas kelalaian kami...Kami akan bangun Ya Allah,demi mencari redhaMu..

Ya Allah,jauhkan kami dari ilmu yg tidak bermanfaat,Jauhkan kami dari hati yg tidak khusyuk kpdMu,jauhkanlah kami dari nafsu yang tidak pernah puas,jauhkan kami dari doa,hajat,permohonan yg tidak diterima..Ya Allah jauhkanlah kami dari dukacita dan kesedihan,jauhkanlah kami dari lemah dan malas,jauhkanlah kami dari penakut dan bakhil....

Ya Allah,jauhkanlah kami dari azab kubur,dari fitnah kehidupan dan kematian,dari fitnah Masih Dajjal..Jauhkanlah kami dari mara bahaya dan kecelakaan...

Ya Allah,baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dlm sgla urusan,dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat..Ya Allah,tunjukkanlah kpd kami yg benar itu benar,dan pandulah kami supaya mengikutnya...Tunjukkanlah kpd kami yg bathil itu bathil,supaya kami dpt meninggalkannya....

Amin...amin Ya Rabbal Alamin

Friday, December 4, 2009

Salam Imtihan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum wbt
Tahun berganti tahun,bulan berganti bulan,minggu berganti minggu…dan hari berganti hari.Begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.Disaat kita menikmati nikmat itu,kita kadang-kadang lupa..alpa,leka dengan dunia.tanpa kita sedari,kita telah mengkufuri nikmat itu..Nauzubillah..

Ya Allah,jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kami,Engkau tetapkanlah hati kami atas ketaatan kepadaMu,ke atas agamaMu..Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..jalanMu ya Allah..

Kini,tanpa kami sedari..masa itu tiba.Ya Allah,kami tidak sangka secepat ini masa berlalu.Kini kami akan menduduki peperiksaan buat kali keduanya di bumi kinanah ini.Bumi yang begitu indah!

Wahai Tuhan yang Memahami,Engkau bukakanlah hati kami agar ilmu yang kami pelajari akan mudah untuk memasukinya.Akan mudah kami memahaminya..akan mudah kami amalkannya.Dan seterusnya membuatkan kami ikhlas dan istiqamah dengan amalan itu..


Ayuh wahai pejuang ilmu Allah,kita sama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menuntutnya..Jadikan imtihan walaupun dimana pun kita berada,sebagai medan untuk menguji kesungguhan kita mempelajari ilmu Allah di muka bumi ini.Ingat,ini baru soalan di dunia.Di sana nanti punya soalan yang entah kita tahu bagaimana…Dimana-mana pun perlu kepada persediaan yang rapi. Sama-sama kita mengkoreksi diri.

Buat sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan (termasuk sahabat-sahabat yang berada di Malaysia),berusahalah selagi belum sampai waktunya..Simpulkan usaha kita dengan simpulan doa.Disamping berulamkan tawakkal yang bersungguh2!!Ingat,kita hanya berusaha,hanya Allah yang layak member..Moga usaha kita tidak sia-sia.Amin…

Akhir kalam sebelum mengundur diri..

Salam imtihan dariku,Aainaa Fatimah Osman..Kuliah Syariah Islamiyah,Universiti Al-Azhar,Kaherah,Mesir…Berjuanglah selagi hayat dikandung badan.Siiru `ala barakatillah.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.Kita masih punya waktu untuk berusaha.Fokuskan matlamat..Menuntut ilmu kerana Allah!!Kerana yang kita cari itu adalah redhaNya,bukan redha manusia..Gambate!Salam perjuangan yang berpanjangan..Jumpa lagi di lain post!!( lps exm ye..)Wassalam.

Sunday, November 29, 2009

'Saya hanya ada 50sen..'



Assalamualaikum wbt..
Pagi ini,suasana agak tidak sejuk dan tidak panas.Jam dari tadi menunjukkan pukul 5 pagi hampir ke pukul 6.30 pagi pantas bergerak kerana patuh pada perintah Allah SWT.Kokokkan ayam di Haiyu Sabeik jelas kedengaran sebelum azan berkumandang.Kokokkan mereka bukan seperti melepaskan batuk ditangga,tapi mereka juga bangun utk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT..mengejutkan hamba-hambaNya yang telah berehat disebelah malam.

Pagi ini,merupakan hari raya ke3 aidiladha..saya berjalan bersama rakan sekamar menuju ke mahathoh (perhentian bas).Pagi yang agak lengang itu membuatkan kami bingung seketika.Binatang-binatang korban yang 2-3 hari lepas diikat di tepi jalan,kini hanya tinggal talinya shj..Mereka telah berkorban!!

Kami meneruskan perjalanan sambil melihat di kanan dan kiri jalan,terdapat anak-anak kecil yang melihat ibubapa mereka memulakan sembelihan kepada binatang-binatang korban mereka.Sampai di mahathoh,kami segera mendapatkan bas 24 Jim.Bas yang amat popular dikalangan mahasiswa/wi Al-Azhar.Baik utk ke Kuliah Azhar,ataupun ke Masjid Azhar,kami setia juga menunggu bas tersebut.Pernah sekali,ammu (pakcik) bas tu memanggil saya dari jauh utk menaiki bas tersebut.Kebetulan pada hari itu saya akan ke tempat lain.Jadi,saya hanya geleng kepala dan melemparkan senyuman tanda terima kasih!

########################



Jarum jam menunjukkan jam 2 ptg.Saya mengambil keputusan utk mentajdid (memperbaharui) wudhuk.Setelah mengambil kasut di sudut simpanan di tepi masjid,saya terserempak dengan seorang makcik berbangsa arab yang asyik tersenyum.Saya memulakan perbualan dengannya dengan memberi salam..
'Assalamualaikum makcik..,' saya memulakan.
'Waalaikumussalam..'makcik itu berjawab.
'Boleh saya tahu,makcik orang Mesir ke?
'Ye,saya orang Mesir..' meleret senyumannya.
'Tapi,saya lihat makcik seperti orang Malaysia?'
'Eh,yeke..macam2 la kamu ni..' dia tersenyum lagi.

Saya tersenyum sendirian akibat usikan saya tadi.Tiba-tiba saja terbit wajah mak difikiran.Aduh,dimanakah aku sekarang...
Sepanjang perbualan kami,banyak berkisar mengenai pengajian yang berlansung di masjid Azhar.Makcik itu sudah lama tidak ke sini akibat ditinggalkan suaminya.Suaminya bekerja di Sudan dan tidak lama lagi akan pulang.Terserlah sifat kesetiaannya,apabila dia tenang menerangkan keberadaannya hidup keseorangan sekarang.

Saya menunjukkan jadual pengajian yang dilekat di tepi anjung Al-Atrak.Sedikit sebanyak saya ceritakan kepadanya tentang pengajian yang hanya saya sempat ikuti.Lama jugak saya tidak bercakap dengan bersungguh-sungguh dlm bhs Arab.Kali ini,saya mengadu kepadanya bahawa saya lemah dalam bhs Ammi dan masih lambat bertutur.Makcik itu tidak lekang mendoakan agar saya berjaya..Lepas ni ulang-ulang ye..hehe

'Kamu ada duit?',tanya makcik itu kepada saya..
'Em,sekarang saya hanya ada 50 sen..' sambil saya tunjukkan tanda wang itu ada dalam simpanan saya.(saya faham ikut soalan zohir sj..huhu)
'Eh,bukan..maksud saya,kamu mengaji di Al-Azhar kan?'..jelas makcik itu.'Macamana dengan wang perbelanjaan?Kamu perlukan wang?Kalau xcukup utk meneruskan pengajian,saya ingin tolong kamu..'

Ya Allah,tersentak saya dengan soalan makcik itu.Silap faham rupanya..
'Ya Robb,semoga Allah membalas di atas jasa baik makcik.Xmengapa makcik.Alhamdulillah ibubapa saya hantar wang setiap bulan.Lagipun saya juga memohon bantuan di peringkat bahagian negeri di Malaysia dan bantuan-bantuan lain lagi..' lancar pertuturan saya menjelaskan kpd makcik itu.

'Alhamdulillah,semoga kamu berjaya.Dan semoga Allah memudahkan perjalanan kamu dalam menuntut ilmu di sini.Kamu bertuah kerana kamu diberi keizinan oleh Allah utk berjauhan dari keluarga demi menuntut ilmu...Saya nasihatkan kamu teruskan perjuangan dengan bersungguh-sungguh dan selalu memohon bantuan Allah.Jika kamu perlukan bantuan saya,beritahu nanti..'kalam itu masih berlegar difikiran saya.

Setelah selesai solat asar,kami bertemu kembali tanda ingin mengundur diri.

'Apa nama makcik?' saya bertanya.
'Nama saya Suaid',lembut suaranya memperkenalkan diri.'Apa nama kamu dan rakan kamu tadi?.
'Nama saya Fatimah,dan rakan saya Atiah..'.
'Wah,cantik nama itu.Semoga kamu menjadi seperti Fatimah Az-Zahra dan kamu juga pemberian Allah..'
'Kamu juga,semoga kamu sentiasa berbahagia (saidah)..'
'Tunggu dulu,saya ingin memberikan kamu sedikit duit raya..'
'Eh,yeke..'
'Xpe,ini duit raya dari saya utk kamu berdua..'makcik itu menghulurkan not LE10 setiap seorang.'Semoga pemberian ini berkat..' ujar makcik itu lagi.
'Sehingga bertemu lagi di waktu akan datang ye makcik'..
'InsyaAllah,saya akan sentiasa mengingati nama kamu berdua, Fatimah dan Atiah..Malaysia dan negeri kamu Kedah..'

Kami berjabat tangan dan mengucapkan salam.Semoga ketemu lagi di lain waktu!!

##########################

Ya Allah,aku bersyukur di atas pertemuan ini.Sebuah pertemuan yang mengingatkan kami kepadaMu..kepada ibubapa kami di Malaysia.

Dia Kau datangkan utk memberikan kesedaran kepada kami...Dia ingin membantu kami utk kami meneruskan pengajian.Sedangkan kami masih mampu..Tapi,apakah usaha kami utk membantu diri kami sendiri??

Tanyalah diri ini...
Wallahua'lam








Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha 1430H

Seronok bergambar bdk2 ni...
Kambing-kambing yg bersedia utk berkorban!!

Salam aidiladha ditujukan khas buat mak,abah dan keluarga tersayang yang kini berada di tanah air Malaysia.Semoga kalian semua tetap gembira meraikan hari istimewa ini biarpun tanpaku disisi..Alhamdulillah anakanda disini meraikan bersama-sama rakan dengan gembira.


Jangan lupa utk terus mendoakan anakanda disini.Perjalananku masih panjang,memerlukan ketabahan dan pengorbanan.Semoga pengorbanan yang telah dilakukan oleh insan mulia Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar menjadi kekuatan kepada kita utk bangkit berkorban!



Berkorban dari kemalasan,kekecewaan,kegagalan dan kesemua penghalang kita dari menuju kejayaan.Ayuh bersama menuju kejayaan dan redhaNya dengan berjalan di atas jalanNya yang benar.Semoga perjalanan ini dipandu dan dipimpin...amin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini