Sunday, June 26, 2011

Bittaufiq wannajah


Bismillahirrahmanirrahim

Subhanallah,lama menyepi dari menulis dan menbaca blog-blog bermanfaat.InsyaAllah,mungkin ada jugak masa saya curi-curi nk baca blog-blog org.hehe..alhamdulillah cemburu pun ada sbb rajinnya kwn2 update blog ye…

Alhamdulillah.skrg ni masing2 di mana2 pun pakat exam,imtihan @ periksa.Itulah ujian kita di dunia sementara ni.Tapi walau apapun,kita hanya mampu berusaha,Allah Yang Berkuasa Menentukan segalanya yg terbaik utk kita.Ingat tu kwn2..=)

Kadang2 kita rasa lemah,tidak kuat dan ingin lari dari ujian.meskipun ujian itu ujian di dewan peperiksaan,ataupun ujian yang kita tidak mampu utk mengharunginya…Ya Allah,jauhkanlah kami semua dari ujianMu yang melebihi mampu dan sanggup kami…amen.

Semoga kita kan bertemu lagi.Ingat,segalanya Allah telah tetapkan.Segalanya tidak mustahil,andai kita yakin dan percaya,bahawa Allah itu Maha Mendengar.Doakan semoga perjalanan yang sedang dan bakal ditempuh adalah jalan dan apa yang diberkati dan diredhai Allah.Ya Allah,jauhkanlah kami dari melalui jalan haram utk menuju ke destinasi yang halal disisiMu…Krn kami hanya mengharapkan redha dan kasih sayangMu…Allahumma yassir.ameen=)

Siiru `ala barakatillah amen=)


Thursday, May 5, 2011

Pembetulan & Makluman Lanjut Tentang Umrah Bersama Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir

Pembetulan & Makluman Lanjut Tentang Umrah Bersama Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir


* Kami memohon maaf berkenaan iklan umrah sebelum ini. Kami tersilap dari sudut kiraan mata wang yang menyebabkan harganya agak tinggi. Berikut adalah detail pakej umrah bersama Ust Mohd Nazrul Abd Nasir.

Alhamdulillah, pada tahun ini Islam4peace.net akan menjalankan pakej umrah bersama dengan Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir. Umrah 14 hari 13 malam ini dijangkakan bertolak pada 24 Julai dan pulang pada 6 Ogos 2011

Antara aktiviti sampingan yang akan dijalankan adalah :

- Menziarahi kawasan bersejarah di sekitar Madinah dan Mekah
- Menziarahi madrasah dan ulama tempatan di sana
- Eksplorasi ke kawasan bersejarah yang jarang dikunjungi
- Rakaman video di sepanjang perjalanan

Harga anggaran untuk pakej ini adalah USD 1120 iaitu bersamaan LE 6660 (1 USD bersamaan LE 5.94).
Bayaran ini merangkumi :

- Penginapan di Madinah (7 hari 6 malam) dan di Mekah (7 hari 7 malam)
- Tiket penerbangan Cairo-Jeddah-Cairo. Untuk mereka yang berhasrat untuk pulang terus ke Malaysia selepas umrah, kami boleh menguruskan tiket penerbangan anda. Anda akan diminta untuk menambah bayaran, tertakluk kepada harga tiket penerbangan pulang ke Malaysia anda.
- Pengangkutan Jeddah-Madinah-Mekah-Jeddah beserta jaulah
- Makanan 7 hari di Madinah. Untuk di Mekah, kami menyarankan kepada peserta untuk menguruskannya sendiri berdasarkan dua sebab. Pertama, makanan berbuka dan sahur di kawasan Masjidil Haram sendiri sudah terlalu banyak untuk dimakan. Kedua, para peserta tidak perlu terikat dengan masa makan di hotel, malah bebas menyusun masa sendiri dan memberikan tumpuan kepada ibadah terutamanya di waktu malam Ramadhan.
- Mutawwif yang berpengalaman dan berthaqafah luas di dalam ibadah umrah.
- Pengurusan visa umrah

Para peserta juga akan mendapat khidmat dan cenderahati percuma daripada kami iaitu :

- Kursus bimbingan dan panduan umrah sebelum berlepas ke Haramain
- Penerangan dan penceritaan berkenaan sejarah Islam di setiap tempat yang dilawati
- Penerangan cara-cara umrah semasa mengerjakan umrah
- Buku panduan umrah
- Air Zamzam 10 liter
- Beg sandang umrah
- Salinan gambar dan video rakaman sepanjang perjalanan secara percuma

Pembayaran boleh dilakukan dengan mata wang USD atau EGP (lebih digalakkan). Wang pendahuluan hendaklah diberikan semasa mendaftar iaitu sekurang-kurangnya USD 420 atau LE 2500. Manakala bayaran penuh hendaklah diserahkan sebelum atau pada 1 Jun 2011 beserta dengan dokumen yang akan disenaraikan di bawah.

Perhatian, harga yang tertera masih dalam anggaran. Kami akan berusaha mengekalkan harga ini untuk mengelakkan beban kepada para peserta. Kepada mereka yang memilih untuk membayar dalam EGP, jumlah muktamad yang perlu dibayar adalah mengikut kadar nilai mata wang EGP berbanding USD pada 1 Jun 2011.

Dokumen yang perlu diserahkan beserta bayaran penuh adalah :

- Borang umrah yang akan kami sediakan

- Pasport Antarabangsa yang masih sahlaku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh jangkaan berlepas. Juga visa Mesir yang masih sahlaku sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh jangkaan pulang dari umrah (khususnya bagi mereka yang ingin pulang semula ke Mesir selepas tamat umrah)

- 3 keping gambar berukuran besar sedikit daripada saiz gambar passport. Background putih, muka memenuhi 75% gambar dan bertudung gelap (bagi wanita)

Setiap mereka yang berminat dan sebarang pertanyaan, hendaklah menghubungi saudara Mohd Azrul Azuan di talian +2011 1053999 dan mendaftarkan nama anda dengan segera. Umrah ini terbuka kepada lelaki dan wanita, namun tempat adalah terhad.

Sekian dimaklumkan.

Monday, April 18, 2011

Malu Pada Allah

Maktab Mahmud
~sekadar hiasan~
Astagfirullah al-azim..

ya Allah,aku malu pada diri sendiri...tambahan pula maluku padaMu melebihi segala-galanya.
Ya Allah..ampunilah segala kekhilafan dan kesalahanku,yang lahir dari kesengajaan atau tidak..
Sesungguhnya hanya padaMu kami kembali,dan memohon taubat..

Jauhkanlah kami dari melakukan laranganMu..dekatkanlah kami dengan mentaatiMu..amin

Ya Allah,seandainya nota ini dibaca,berilah petunjukMu..Sesungguhnya tiada apa yg dapat menghalang kekuasaanMu dan menghalang takdirMu itu..

Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah itu panduan bagi kami selamanya..dan jauhkan ia dari menjadi hujjah ke ats kami krn meninggalkan apa yg terbit di dlm Al-Quran..amin

Rumah Sewa
haiyu sabeik
3.52 petang

Tuesday, March 29, 2011

Salam Imtihan


Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran dirafakkan ke atas Rabbul `Izzati..

Rindu pada mak dan abah,dan adik beradik yg sentiasa mendoakan kesejahteraan sy disini…

Alfu mabruk Nani,moga kejayaan yg dinikmati akan lebih mendekatkan dirimu kpd Allah SWT.dan semoga kejayaan ini dijauhkan dari fitnah dan rasa bongkak dan sombong..InsyaAllah…amin.

Best bila dpt msj dr mak.Alhamdulillah..bestla mak,abah,nani,aliah,mat n teh p jalan2 main ais kt kl nuu..nnti mak bwk na plak tau..hehe

insyaAllah,sedar xsedar dh nk smpai ke destinasi seterusnya..IMTIHAN.terkejut jugak dgr kalam dukturah td.Exam syafawi nk mula akhir bulan5?Risaunya..Tahriri 11 jun..

Ni la senarai2 madah semester 2 utk tahun ni..:

1) Fiqh Mazhab As-Syafie فقه الشافعي

2) Usul Fiqh أصول الفقه

3) Fiqh Perbandingan فقه المقارن

4) Permasalahan Fiqh Moden قضايا فقهية المعاصرة

5) Hadis-hadis hukumأحاديث الأحكام

6) Bahas Usul Fiqh قاعة البحث أصول الفقه

7) Bahas Permasalahan Fiqh Moden قاعة البحث قضايا

8) Al-Quran القرأن

Ya Allah,permudahkanlah…

InsyaAllah selagi ada masa,berusaha..jom2 ngaji=)


Aainaa Fatimah Osman

3502

Tuesday, March 15, 2011

Undang-undang CINTA

Assalamualaikum wbt..Jom2 baca sket.sy ambil dari web i luv islam.Semoga bermanfaat utk semua...

Bismillahirrahmanirrahim...




Persoalan Cinta
www.iLuvislam.com
Oleh: Muhammad Rashidi bin Haji Wahab*


Persatuan Khalifah dan Persatuan Bahasa Arab dari Kolej Islam Antarabangsa telah menjemput wakil iLuvislam untuk datang memeriahkan program anjuran mereka yang bermula dari 01 hingga 05 Mac 2010. Program yang berlangsung hampir seminggu bertemakan "LOVE" ini telah disusunatur dengan pelbagai aktiviti menarik. Pada malam 02 Mac 2010 (Selasa) yang lalu, saya dan Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) telah berkesempatan mengikuti satu program ceramah bertajuk: "Coffee Talk: Magnet Cinta".

Ceramah ini telah disampaikan oleh seorang penceramah motivasi remaja terkenal tanahair iaitu En. Pahrol Mohd Juoi. Pelbagai tips menarik telah disampaikan oleh beliau di hadapan 300 lebih sisiwa dan siswi Kolej Islam Antarabangsa yang turut hadir memeriahkan ceramah ini.

Di antara kata-kata En. Pahrol Mohd Juoi yang masih saya ingat adalah, "Cinta ini jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa orangnya, maka cinta adalah kuasa luar biasa yang tidak ada bandingannya".

Memandangkan persoalan cinta ini adalah persoalan yang begitu menarik untuk diperbahaskan dan diperkatakan di kalangan remaja Islam pada hari ini, maka iLuvislam juga ingin mengambil peluang ini untuk membicarakan soal cinta dan kasih sayang secara lebih panjang lebar. Walaupun artikel ini membicarakan persoalan cinta, ini bukanlah bermakna kami menggalakkan dan membenarkan golongan remaja Islam di luar sana untuk terus bercinta. Pihak kami cuma berharap dengan tersiarnya artikel ini, ia akan memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai hakikat cinta agar remaja yang sedang hangat bercinta tidak mudah hanyut dengan arus pancaroba dunia.


PENGERTIAN CINTA

Apa yang kita fahami tentang erti cinta? Jika kita tanyakan persoalan ini kepada para remaja yang sedang hangat bercinta, pelbagai jawapan yang akan diperolehi. Di antara jawapan itu mungkin ada yang berkata: Cinta adalah kasih sayang, cinta adalah buta, cinta adalah rindu-rinduan, cinta adalah tempat meluahkan perasaan dan pelbagai jawapan lagi. Ini hanyalah jawapan pada tanggapan mereka sahaja bahawa cinta bermaksud sedemikian. Betulkah maksud cinta seperti yang para remaja itu fahami?

Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, cinta mempunyai beberapa erti yang praktikal di antaranya cinta itu beerti tanggungjawab, perbutan / tindakan, memberi dan lain-lain lagi. Jika kita menyatakan perasaan dan ungkapan cinta kepada seseorang, ini bermakna kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas orang yang kita tujukan ungkapan tersebut. Kita akan bertanggungjawab terhadap segala masalahnya yang dihadapinya termasuklah kewangan, pendidikan, kesihatan dan sebaginya lagi. Sebagai merialisasikan cinta itu, kita juga perlu bertindak melakukan sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya tanpa kenal penat dan jemu. Kita sanggup memberikan segala tenaga, masa dan wang ringgit untuk orang yang kita cintai itu dengan bersungguh-sungguh.

Disebabkan itulah para suami / bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu dan menyelesaikan masalah isteri dan anak-anaknya kerana suami / bapa itu mencintai dan menyayangi mereka sepenuh hatinya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan orang yang dia cintai dan sayangi. Begitulah hebatnya cinta yang ditunjukkan oleh suami / bapa sebagai memenuhi amanah daripada Allah Taala kepadanya.


FITRAH MANUSIA KEPADA CINTA DAN BERPASANGAN


Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.
(Surah an-Najm: Ayat45).


Perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah dicampakkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Ini bermakna fitrah untuk dicinta dan mencintai adalah sesuatu yang suci lagi bersih.

Menurut En. Pahrol Mohd Juoi, jiwa manusia ini sememangnya memerlukan cinta kerana cinta diibaratkan seperti makanan kepada jasad. Jasad memerlukan makanan untuk memberikan kekuatan. Kekuatan inilah yang akan menggerakkan tubuh badan untuk menunaikan segala tugas dan tanggungjawab. Begitu jugalah diibaratkan keperluan cinta ke atas diri setiap manusia. Masing-masing memerlukan di antara satu sama lain.

Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!


UNDANG-UNDANG CINTA


En. Pahrol Mohd Joui telah menggariskan beberapa peraturan dan batasan-batasan untuk bercinta. Di antaranya ialah:

01. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

02. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.


Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.

03. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.


Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.


PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR

Ramai di kalangan kawan-kawan saya di Universiti Al-Azhar, Mesir dahulu telah mendirikan rumahtangga / berkahwin bersama pasangan masing-masing semasa belajar. Keadaan ini sudah menjadi adat bagi kami di sana.

"Ustaz, tak teringin untuk mendirikan rumahtangga semasa masih belajar ke?" tanya beberapa orang ahli iLuvislam kepada saya melalui YM. Mungkin mereka mengetahui kebanyakkan pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar berkahwin semasa belajar. Di sebabkan itulah mereka bertanyakan soalan seperti itu kepada saya.

Saya hanya tersenyum lantas menjawab ringkas, "tak sampai seru lagi".

Walaupun ada pihak yang begitu bersetuju dengan perkahwinan ketika belajar, namun bagi pendapat saya pula, buat waktu itu, cita-cita saya untuk menuntut ilmu lebih diutamakan berbanding perkahwinan. Selain itu juga, nafsu serta gelora syahwat masih boleh dibendung dan dikawal walaupun kebanyakan perempuan Mesir agak "hot" cara pemakaian mereka. Jadi, adalah lebih baik saya menggunakan waktu itu dengan sebaiknya memandangkan saya masih lagi tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap keluarga secara khusus. Maka waktu itulah masa yang terbaik untuk saya menuntut ilmu sebanyak mungkin di Bumi Anbiyak itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.
(Riwayat Hakim dan Baihaqi).

Selain itu, ada juga yang meminta sedikit nasihat dan pandangan saya mengenai perkara ini, "apakah pendapat ustaz mengenai perkahwinan awal sewaktu masih belajar?"

Saya menjawab, "ia bergantung kepada keadaan seseorang itu"

Saya menambah lagi "jika awak merasakan diri sudah wajib untuk berkahwin dan tiada pula halangan daripada keluarga, berkahwinlah"

Maksud saya ini ialah, jika kita merasakan diri sudah cukup bersedia dan amat dikuatiri diri akan terjatuh ke dalam lembah penzinaan (nafsu meronta-ronta) sekiranya tidak berkahwin, maka pada waktu itu wajiblah ke atasnya berkahwin. Selain itu, ibu bapa juga haruslah dibawa berbincang mengenai perkara ini. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak bersetuju dan mungkin ada juga sesetengah ibu bapa bersetuju. Ia haruslah diuruskan dengan sebaiknya agar kedua-dua belah pihak tidak bermasam muka.

Teringan saya kata-kata En. Pahrol Mohd Juoi, "cinta akan datang jika cita-cita diutamakan, namun jika cinta diutamakan belum tentu cita-cita akan datang."


PERIGI MENCARI TIMBA

Perigi mencari timba atau perempuan mencari lelaki sebagai calon suamainya bukanlah sesuatu yang asing di dalam Islam. Di antara contoh yang boleh dijadikan rujukan perempuan Islam pada hari ini adalah kisah Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan bahawa harus di sisi agama bahkan digalakkan jika seseorang perempuan itu meminang seorang lelaki yang soleh.

Walaubagaimanapun, adat kita di Malaysia memandang perkara ini sebagai sesuatu yang janggal dan memalukan. Seseorang perempuan itu akan dikatakan gatal jika mereka yang memulakan dahulu perhubungan dengan seseorang lelaki. Sedangkan mendapatkan seorang lelaki / suami yang soleh adalah di antara perkara utama yang dituntut oleh agama.

Persepsi ini perlu diubah secara perlahan-lahan dan beransur-ansur. Selain itu juga, perlulah diingatkan kepada mana-mana perempuan yang ingin memulakan dahulu peminangan ini agar sentiasa menjaga adab-adab dan sopan-santun yang telah di ajar oleh Islam. Jagalah percakapan dan perbuatan agar pihak lelaki tidak salah faham tujuan kita memulakan dahulu perhubungan itu.


PENUTUP

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk mengajak para remaja yang tidak bercinta untuk bercinta dan mencari pasangan. Namun utama artikel ini disediakan adalah untuk memberitahu dan mengingatkan para remaja yang sedang hangat bercinta sekarang ini agar sentiasa berjaga-jaga dengan fitnah dunia. Kerana cinta, para remaja sanggup melakukan apa sahaja walaupun perkara itu bersalahan dengan syarak.

Ungkapan hukamak ada mengatakan: Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Allah Taala ertinya takwa.


* Penulis
adalah moderator agama iLuvislam.com. Beliau juga berdakwah melalui blognya: http://buluh.iluvislam.com.

Monday, March 14, 2011

Ya Allah Engkau tautkanlah..



“Tiap-tiap sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan (jantan betina), mudah-mudahan kamu menerima peringatan.” (Surah Az-Zariyaat: 49)


Subhanallah,begitu hebat perasaan yg Engkau titipkan kpd kami di saat ini Ya Allah...
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui bahawa hati ini sentiasa berdebar-debar menanti jawapan dariMu...Ya Allah Engkau tetapkanlah jawapan itu seiring Engkau tetapkan redha dan relanya hati kami ini utk menerimanya..

Alhamdulillah,selamat sampai di bumi Mesir Jadid..semangat dan roh yang dirasai disini seakan-akan roh dan semangat 'baru'.Di sekeliling persekitaran sepanjang perjalanan penuh dengan warna cat hitam putih dan merah...

Alhamdulillah,semenjak 8mac bertolak,dan tiba seawal pagi subuh 9mac di Mator Qahirah,macam-macam niat yang cuba saya dan kami tajdidkan.Bimbang takut2 tersalah niat.Ya Allah,permudahkan jalan kami melangkah kali ini dan buat selamanya.Andai itu yang Engkau pandukan,berkatilah ia...

Alhamdulillah,5hari berpusing-pusing menilau cari rumah sewa,akhirnya saya dan kawan2 berempat selesai ber'akad' sewa dgn tuan rumah maghrib td.Moga istikharah yang dipandu Allah,ini yang terbaik.Moga kami beroleh berkat dalam mendiaminya,memperoleh ketenangan,dan kemudahan dalam menuntut ilmu disini.Jarak 5 minit dari asrama Darul Aman 3 agak tidak jauh.Mudah utk bergerak kalau ada pengajian bersama syeikh2,syeikh Nuruddin dan pengajian2 lain.InsyaAllah,selepas beberapa perbincangan dibuat,kami akan selesaikan urusan cuci dan pindah rumah terlebih dahulu.Mohon doa..

Selalu terfikir,bila doa akan termakbul,bila hajat akan kita dapat..tapi saya akur,itu semua tidak patut bagi kita semua utk berfikiran sebegitu.Kita tahu Allah Maha Adil...Dia akan bagi bila kita perlu,dan bila itu baik utk kita..Tunggu saja..Lihatlah contohnya,kalau rezeki rumah itu rumah kita,kita akan dapat,cuma usaha saja dan doa dan doa...

Satu persatu persoalan kita cuba bina sehari-hari.Tapi,tidak semua soalan kita mesti dijawab segera...

Ya Allah,apakah yg ada dihatiku kini.Aku tidak pasti..Engkau lebih Mengetahui,sedangkan kami tidak mengetahui...

Berikanlah ketenangan dariMu,pandulah kami dijalanMu,jauhilah kami dari mencapai ketenangan dengan mendekati maksiat...peliharalah kami semua.Kami berserah,hanya padaMu kami berharap...

لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tiada Tuhan selain Allah...Nabi Muhammad Pesuruh Allah...



Sunday, March 6, 2011

Hasibu Qabla An Tuhasibu




cukuplah Allah sebagai Tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad SAW
selawat dan salam keatas baginda
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

Ya Allah,seketika ini,kami menadah tangan kepadaMu,mengharapkan keredhaanMu dlm hidup kami.Berkatilah setiap rezeki yang Engkau kurniakan kpd kami,rezeki2 yang kami telah nikmati dan rezeki2 yang akan Engkau turunkan kpd kami.Jadikan kami diklgn hamba2Mu yang tahu mensyukuri dan tidak sombong dan bongkak diatas apa yg telah Engkau kurniakan.Jadikan hati kami sentiasa merasa cukup dgn apa yg ada.

Lembutkanlah hati2 kami,supaya kami mudah menerima segala mehnah dan tribulasi kehidupan.Berkatilah umur kami,dorongilah ia agar sentiasa teguh dan tetap berjalan diatas jalanMu yang benar.Tingkatkan iman kami serta suburkan ia dgn tingkata...n2 amalan2 yang ikhlas.Jauhkan kami dari penyakit yg akan menyia2kan amalan kami,iaitu hasad dengki dan iri hati sesama kami.Ingatkan kami andai kami terlupa dan terlalai.Ingatkan kami andai kami lupa akan Engkau..Pandukan kami ke arah Taqwa dan Iman.Pandukan kami dgn ajaran Al-Quran yg diturunkan..~


Selangkah kita menghampiri Allah,seribu langkah Allah mendekatimu..usah bongkak berjalan dimuka bumi,wlupun engkau cuba berjalan di atas bulan,kerana Allah sedikitpun tidak akan rugi,sekalipun engkau menjauhi Tuhan..~Ayuh dekati Allah.amal ...krn Allah,jgn krn manusia,krn pabila engkau cuba meminta berkali2 pada manusia,mereka akan berpaling meninggalkanmu..tetapi berkali2 engkau meminta kpd Allah,Rahmat Tuhan itu luas tidak bertepi...~

Hasibu qabla an tuhasibu.."Do your own account before you are accountered for",

the words of Imam Ali (radiallahu anhu)