Monday, March 31, 2014

Bersabarlah, Yang Allah Simpan Lebih Baik ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin A...

Kita dan Masa

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله  الأمين ، وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد .

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafakkan kepada Rabbul Jalil, di atas anugerah hidup yang dikurniakanNya. Bersyukur dengan nikmat yang terlalu banyak ini, Allahu Akbar! Jadikanlah kami semua dikalangan hambaMu yang sentiasa mensyukuri segala pemberianMu. Jauhkanlah kami dari mengkufuri apa yang kami nikmati selama ini...
Alhamdulillah, sudah dua tahun. Dua tahun berlalu tanpa sedar. Dua tahun meninggalkan penulisan. Dua tahun yang lalu jugalah pelbagai peristiwa berlalu dan terus berlalu. Benarlah masa itu terlalu singkat untuk kita. Benarlah Allah telah bersumpah dengan Masa !

Kini dan sekarang, kita berada di dalam satu suasana masa. Menaipnya saya, saya dengan masa. Membacanya anda, bacaan anda di dalam masa. Fahaminya kita, fahaman di dalam masa. Kita di dalam masa. Tapi apa beza masa kita dengan masa orang lain? Mungkin, mungkin masa kita berbeza dengan masa orang lain. Mungkin ketika masa kita mendengar kebaikan, masa mereka melihat kebaikan. Masa mereka melakukan kebajikan, masa kita memperoleh manfaat atas kebajikan mereka. Banyak. Masa kita dengan kebaikan. Allah suka.

Tapi, kita kadang-kadang lupa sedikit, leka mungkin. Kita selalu membuang masa. Untuk apa? Kadang-kadang kita menunggu sesuatu,tanpa membuat apa-apa. Sedarkah kita dalam tempoh menunggu itu, kita boleh lakukan banyak kebaikan? Contoh yang kecil. Kita menunggu untuk sampai ke satu destinasi. Mungkin perjalanannya memakan masa dua jam? Dua jugak hehe =) Ok, di dalam masa dua jam perjalanan, cuba kita rancang beberapa faedah yang kita boleh lakukan. Kita rancang sama-sama. Jom

Destinasi di dalam bas, ataupun bagi yang tidak memandu lagi seperti saya =) Contohhhnya lah yaaa

1) Rehat dan lelapkan mata - Perancangan yang baik, seandainya kita tidak cukup tidur.
2) Membaca - Ini bagi mereka yang tidak ada masalah membaca ketika naik kenderaan.
3) Merancang - apa saja perancangan nanti, susunkan. Contohnya perancangan aktiviti hari tersebut.
4) Menghafal sambil mendengar - Boleh dengan bacaan Al-Quran, atau apa-apa rakaman pengajian/ kuliah/ diskusi dan lain-lain.
5) Mendengar radio - Mood kita kadang-kadang dipengaruhi oleh suasana sekeliling. Muzik atau apa yang kita dengar mempengaruhi pemikiran kita. Jadi, kalau pakcik bas tu bukak radio klasik...dua jam...nanti takut kita jadi klasikkkk..=) Tapi ini semua bergantung kepada diri masing-masing. Kalau boleh, cuba tukarkan kepada mood yang baik, agar kita sentiasa mendapat manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain.
6) Berzikir - Amat mudah. Beristighfar, bertahmid, bertakbir, bertasbih perlahan-lahan, ataupun di dalam hati. Berdoa yang baik-baik kepada Allah. Sebab apa? Kita musafir, doa orang musafir adalah di antara doa yang mustajab. InsyaAllah.

Sebenarnya tak kiralah apa kebaikan yang kita boleh lakukan, terserah. Selagi kita tidak melakukan apa yang dilarang Allah, selagi kita lakukan apa yang Allah suka, InsyaAllah. Pastikan masa kita tidak terbuang begitu saja..

Kenapa kita perlu semua ini? Kerana tempat kita bukan di disini selamanya. Allah ciptakan kita bukan kejadian yang sia-sia. Jom sama-sama. Matlamat kita perlu jelas. Kita sedang membina 'tempat tinggal' yang paling indah di 'sana'. Tapi apakah matlamat kita yang besar itu, tidak memerlukan pengorbanan yang besar juga?




Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Kareem 1433 Hijrah

bismillahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dirafakkan ke atas Rabbul jalil,di atas segala nikmat yg dikurniakan...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda,sahabat2 baginda..

Semoga Allah melapangkan hati2 hambaNya dalam mengharungi liku2 kehidupan,semoga Allah memberikan kekuatan kpd kita dlm menghindari kemurkaanNya..Ya Allah,kami sebenarnya tidak mampu melainkan Engkau yang memberikan kekuatan ini.dalam apa jua keadaan,hidup dan mati kami sandarkan hanya pdMu..bantulah kami dlm mentaati dan mendirikan kebaikan serta amalan mulia..pimpinlah kami dalam mnjauhi kemarahan Engkau Ya Rabbul Jalil..

Semoga Allah memelihara kita semua disetiap saat,dan semoga pandangan rahmatNya sentiasa mengiringi kita.Salam Ramadhan,jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai markaz yg membentuk peribadi mulia.Mendekati Allah tanamkan dijiwa,biarpun rintangan sentiasa mencemburui,namun ketahuilah kepahitan itu bakal menatijahkan kemanisan...InsyaAllah...Barakallahu fikum...Salam Alaik...

Monday, October 24, 2011

Hati Ini Mengingati-Mu Ya Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kesyukuran yang tidak bertepi ku panjatkan kpdMu Ya Allah di atas segala ni`matMu,ni`mat terbesar iaitu ni`mat Iman dan Islam.Alhamdulillah...

'Ya Allah ku mengingati-Mu setiap pelusuk jiwaku..ampunilah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapaku,adik-beradikku,saudara-maraku,jiran tetanggaku,para pendidikku,golongan-golongan yang mendahuluiku menghadapMu,serta yang hidup atau yg telah meninggal dunia..'

'Ya Allah terkadang juga aku tidak mampu mengharungi ujianMu,terkadang aku rasa ingin lari dari semua,terkadang aku rasa terlalu lemah..tapi aku yakin dgn janjiMu Ya Allah,bahawa Engkau kan sentiasa bersama hamaba-hambaMu yang bersabar...Ya Allah,bantulah hambaMu dalam melaksanakan kewajipan terhadapMu,pimpinlah aku dalam meninggalkan larangan-laranganMu,tunjukkanlah aku jalan yang benar..'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sudah lama tidak menyibukkan diri dgn taip menaip ni.sebab dh sibuk.hehe.insyaAllah semuanya kita serahkan kpd Allah.Moga yang terpandu adalah yg terbaik.Please,jangan sesekali tinggal solat,tinggal Al-Quran..perjalanan masih jauh,bekalan yang cukup yang diharapkan utk menghadapNya..

'beramallah seolah-olah kamu akan mati esok,bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup lama'..banyakkan beramal,berpada-pada dan bersederhana dlm mencari rezeki...

'Jadilah seperti lebah,ada digeruni,tiada diingati..'bukan seperti melukut,ada tidak membawa apa2,hanya membawa susah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat datang semester baru=)


Saturday, July 9, 2011

Janji Tuhan pasti berlaku



Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya..

~subhanallah,pandulah jalan kami ini,sedarkan kami andai kami terlupa..pimpinlah kami menuju syurga=)
amin Ya Robb

9julai 2011
1051mlm

Sunday, June 26, 2011

Bittaufiq wannajah


Bismillahirrahmanirrahim

Subhanallah,lama menyepi dari menulis dan menbaca blog-blog bermanfaat.InsyaAllah,mungkin ada jugak masa saya curi-curi nk baca blog-blog org.hehe..alhamdulillah cemburu pun ada sbb rajinnya kwn2 update blog ye…

Alhamdulillah.skrg ni masing2 di mana2 pun pakat exam,imtihan @ periksa.Itulah ujian kita di dunia sementara ni.Tapi walau apapun,kita hanya mampu berusaha,Allah Yang Berkuasa Menentukan segalanya yg terbaik utk kita.Ingat tu kwn2..=)

Kadang2 kita rasa lemah,tidak kuat dan ingin lari dari ujian.meskipun ujian itu ujian di dewan peperiksaan,ataupun ujian yang kita tidak mampu utk mengharunginya…Ya Allah,jauhkanlah kami semua dari ujianMu yang melebihi mampu dan sanggup kami…amen.

Semoga kita kan bertemu lagi.Ingat,segalanya Allah telah tetapkan.Segalanya tidak mustahil,andai kita yakin dan percaya,bahawa Allah itu Maha Mendengar.Doakan semoga perjalanan yang sedang dan bakal ditempuh adalah jalan dan apa yang diberkati dan diredhai Allah.Ya Allah,jauhkanlah kami dari melalui jalan haram utk menuju ke destinasi yang halal disisiMu…Krn kami hanya mengharapkan redha dan kasih sayangMu…Allahumma yassir.ameen=)

Siiru `ala barakatillah amen=)


Thursday, May 5, 2011

Pembetulan & Makluman Lanjut Tentang Umrah Bersama Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir

Pembetulan & Makluman Lanjut Tentang Umrah Bersama Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir


* Kami memohon maaf berkenaan iklan umrah sebelum ini. Kami tersilap dari sudut kiraan mata wang yang menyebabkan harganya agak tinggi. Berikut adalah detail pakej umrah bersama Ust Mohd Nazrul Abd Nasir.

Alhamdulillah, pada tahun ini Islam4peace.net akan menjalankan pakej umrah bersama dengan Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir. Umrah 14 hari 13 malam ini dijangkakan bertolak pada 24 Julai dan pulang pada 6 Ogos 2011

Antara aktiviti sampingan yang akan dijalankan adalah :

- Menziarahi kawasan bersejarah di sekitar Madinah dan Mekah
- Menziarahi madrasah dan ulama tempatan di sana
- Eksplorasi ke kawasan bersejarah yang jarang dikunjungi
- Rakaman video di sepanjang perjalanan

Harga anggaran untuk pakej ini adalah USD 1120 iaitu bersamaan LE 6660 (1 USD bersamaan LE 5.94).
Bayaran ini merangkumi :

- Penginapan di Madinah (7 hari 6 malam) dan di Mekah (7 hari 7 malam)
- Tiket penerbangan Cairo-Jeddah-Cairo. Untuk mereka yang berhasrat untuk pulang terus ke Malaysia selepas umrah, kami boleh menguruskan tiket penerbangan anda. Anda akan diminta untuk menambah bayaran, tertakluk kepada harga tiket penerbangan pulang ke Malaysia anda.
- Pengangkutan Jeddah-Madinah-Mekah-Jeddah beserta jaulah
- Makanan 7 hari di Madinah. Untuk di Mekah, kami menyarankan kepada peserta untuk menguruskannya sendiri berdasarkan dua sebab. Pertama, makanan berbuka dan sahur di kawasan Masjidil Haram sendiri sudah terlalu banyak untuk dimakan. Kedua, para peserta tidak perlu terikat dengan masa makan di hotel, malah bebas menyusun masa sendiri dan memberikan tumpuan kepada ibadah terutamanya di waktu malam Ramadhan.
- Mutawwif yang berpengalaman dan berthaqafah luas di dalam ibadah umrah.
- Pengurusan visa umrah

Para peserta juga akan mendapat khidmat dan cenderahati percuma daripada kami iaitu :

- Kursus bimbingan dan panduan umrah sebelum berlepas ke Haramain
- Penerangan dan penceritaan berkenaan sejarah Islam di setiap tempat yang dilawati
- Penerangan cara-cara umrah semasa mengerjakan umrah
- Buku panduan umrah
- Air Zamzam 10 liter
- Beg sandang umrah
- Salinan gambar dan video rakaman sepanjang perjalanan secara percuma

Pembayaran boleh dilakukan dengan mata wang USD atau EGP (lebih digalakkan). Wang pendahuluan hendaklah diberikan semasa mendaftar iaitu sekurang-kurangnya USD 420 atau LE 2500. Manakala bayaran penuh hendaklah diserahkan sebelum atau pada 1 Jun 2011 beserta dengan dokumen yang akan disenaraikan di bawah.

Perhatian, harga yang tertera masih dalam anggaran. Kami akan berusaha mengekalkan harga ini untuk mengelakkan beban kepada para peserta. Kepada mereka yang memilih untuk membayar dalam EGP, jumlah muktamad yang perlu dibayar adalah mengikut kadar nilai mata wang EGP berbanding USD pada 1 Jun 2011.

Dokumen yang perlu diserahkan beserta bayaran penuh adalah :

- Borang umrah yang akan kami sediakan

- Pasport Antarabangsa yang masih sahlaku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh jangkaan berlepas. Juga visa Mesir yang masih sahlaku sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh jangkaan pulang dari umrah (khususnya bagi mereka yang ingin pulang semula ke Mesir selepas tamat umrah)

- 3 keping gambar berukuran besar sedikit daripada saiz gambar passport. Background putih, muka memenuhi 75% gambar dan bertudung gelap (bagi wanita)

Setiap mereka yang berminat dan sebarang pertanyaan, hendaklah menghubungi saudara Mohd Azrul Azuan di talian +2011 1053999 dan mendaftarkan nama anda dengan segera. Umrah ini terbuka kepada lelaki dan wanita, namun tempat adalah terhad.

Sekian dimaklumkan.