Friday, February 19, 2010

PENGAJIAN AKHAWAT BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

Assalamualaikum wbt...
Pengajian Akhawat bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari.Berikut adalah beberapa maklumat:

Hari :Sabtu(20 Februari 2010),Jumaat(26 Februari 2010)
Jam : 7.30 pagi
Tempat : Dewan At-Tasamuh Wal Ikha`,Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik
Tentatif: Soal jawab bersama Syeikh-Persembahan Burdah



Semua akhawat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis...

Monday, February 15, 2010

Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Assalamualaikum....

Pengajian kembali lagi...!!Kepada semua mahasiswa/mahasiswi yang berada di Bumi Mesir,anda dijemput utk mengikuti pengajian bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,di Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabeik.Manakala buat sahabat-sahabat yang berada di Malaysia,anda juga boleh mengikuti pengajian secara online di http://www.almuttaqin.tv/.Salam Pengajian dari kami,utk semua...

Tarikh :16 Februari - 3 Mac 2010 M bersamaan 2 - 19 Rabi'ul Awal 1431 H

Masa : Sesi petang - selepas solat Asar

Sesi malam - selepas solat Isya'


Tempat : Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek.

Nota Tambahan:

1) Daurah kitab oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki :-

Kitab : Adabul Mufrad

Tarikh : 16-21 Februari 2010

Tempat : Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek


2) Keseluruhan kitab boleh didapati di meja jualan dengan harga yang berpatutan

Wassalam

(untuk jadual pengajian,sila klik pada makluman di halaman http://mymkkk.org/v2/index.php)

Saturday, January 30, 2010

Bingkisan Taman Syurga di Islam 4 Peace

Assalamualaikum wbt....


Perbincangan Ilmu Usul Fiqh,bacaan kitab Syarah Waraqat karangan Imam Al Mahalli Hafizallah oleh Ust Hairul Nizam bin Mat Husain, pelajar Master Usul Fiqh, Universiti Al Azhar Kaherah.

Bagi episod-episod yang seterusnya,serta bingkisan-bingkisan lain yang menarik,bolehlah ke http://www.islam4peace.net/
Jom ngaji!!


Beritahu Pada DIA

Monday, January 11, 2010

DIA Sebaik-Baik Penolong!

Ku tinggalkan dengan penyesalan..

Assalamualaikum wbt.Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1431 dan Salam Tahun Baru 2010 buat semua.Khususnya buat keluarga tersayang yg berada di Malaysia,guru-guru,sahabat2 dan kaum muslimin dan muslimat...

Hari ni 11/01/2010.Suasana Asrama Kedah Darul Aman 3 di Haiyu Sabeik lengang sekali.Berikutan musim sejuk dan musim imtihan yg sedang dihadapi...Ya Allah,kini kami hamba-hambaMu sedang ditimpa satu ujian dunia.Kau tenangkanlah kami,Kau permudahkanlah kami mengharunginya,seperti Engkau akan mudahkan kami mengharungi ujian disana nanti.
Engkaulah sebaik-baik penolong,Tiada Tuhan selain Allah...

Ujian adalah anugerah dari Allah.Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari Tuhan....Kami bersyukur di atas segala-galanya!!

Kami tinggalkan tahun-tahun sebelum ini,dengan seinfiniti penyesalan..Biarlah segala-galanya menjadi kekuatan dan dorongan kepada kami utk terus melihat ke hdpn!
Kami menyesali atas kesalahan dan dosa2 kami,Kami menyesali atas kelalaian kami...Kami akan bangun Ya Allah,demi mencari redhaMu..

Ya Allah,jauhkan kami dari ilmu yg tidak bermanfaat,Jauhkan kami dari hati yg tidak khusyuk kpdMu,jauhkanlah kami dari nafsu yang tidak pernah puas,jauhkan kami dari doa,hajat,permohonan yg tidak diterima..Ya Allah jauhkanlah kami dari dukacita dan kesedihan,jauhkanlah kami dari lemah dan malas,jauhkanlah kami dari penakut dan bakhil....

Ya Allah,jauhkanlah kami dari azab kubur,dari fitnah kehidupan dan kematian,dari fitnah Masih Dajjal..Jauhkanlah kami dari mara bahaya dan kecelakaan...

Ya Allah,baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dlm sgla urusan,dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat..Ya Allah,tunjukkanlah kpd kami yg benar itu benar,dan pandulah kami supaya mengikutnya...Tunjukkanlah kpd kami yg bathil itu bathil,supaya kami dpt meninggalkannya....

Amin...amin Ya Rabbal Alamin

Friday, December 4, 2009

Salam Imtihan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum wbt
Tahun berganti tahun,bulan berganti bulan,minggu berganti minggu…dan hari berganti hari.Begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.Disaat kita menikmati nikmat itu,kita kadang-kadang lupa..alpa,leka dengan dunia.tanpa kita sedari,kita telah mengkufuri nikmat itu..Nauzubillah..

Ya Allah,jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kami,Engkau tetapkanlah hati kami atas ketaatan kepadaMu,ke atas agamaMu..Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..jalanMu ya Allah..

Kini,tanpa kami sedari..masa itu tiba.Ya Allah,kami tidak sangka secepat ini masa berlalu.Kini kami akan menduduki peperiksaan buat kali keduanya di bumi kinanah ini.Bumi yang begitu indah!

Wahai Tuhan yang Memahami,Engkau bukakanlah hati kami agar ilmu yang kami pelajari akan mudah untuk memasukinya.Akan mudah kami memahaminya..akan mudah kami amalkannya.Dan seterusnya membuatkan kami ikhlas dan istiqamah dengan amalan itu..


Ayuh wahai pejuang ilmu Allah,kita sama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menuntutnya..Jadikan imtihan walaupun dimana pun kita berada,sebagai medan untuk menguji kesungguhan kita mempelajari ilmu Allah di muka bumi ini.Ingat,ini baru soalan di dunia.Di sana nanti punya soalan yang entah kita tahu bagaimana…Dimana-mana pun perlu kepada persediaan yang rapi. Sama-sama kita mengkoreksi diri.

Buat sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan (termasuk sahabat-sahabat yang berada di Malaysia),berusahalah selagi belum sampai waktunya..Simpulkan usaha kita dengan simpulan doa.Disamping berulamkan tawakkal yang bersungguh2!!Ingat,kita hanya berusaha,hanya Allah yang layak member..Moga usaha kita tidak sia-sia.Amin…

Akhir kalam sebelum mengundur diri..

Salam imtihan dariku,Aainaa Fatimah Osman..Kuliah Syariah Islamiyah,Universiti Al-Azhar,Kaherah,Mesir…Berjuanglah selagi hayat dikandung badan.Siiru `ala barakatillah.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.Kita masih punya waktu untuk berusaha.Fokuskan matlamat..Menuntut ilmu kerana Allah!!Kerana yang kita cari itu adalah redhaNya,bukan redha manusia..Gambate!Salam perjuangan yang berpanjangan..Jumpa lagi di lain post!!( lps exm ye..)Wassalam.