Saturday, May 8, 2010

Lontarkan Kemaafan,Buangkan Keegoaan!

Assalamualaikum wbt...
Salam Hari Ibu,buat bonda...Moga kesihatan,kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi setiap langkah pengorbananmu...


Mak dan abah...
Sekalipun payah dan susah
Terpaksa memahami setiap kemahuan dan kecukupan anak-anak
Tapi,ketahuilah...
bahawa anak-anak ini terasa terlebih cukup
dan KINI...
Masa dan ketika...
utk kami membalasnya...
Dengan doa berpanjangan...
ketaatan...
kesungguhan...
kasih sayang..

Dari kami,terima kasih
Terima kasih...
krn menerima amanah ini
Terlalu besar disisiNya!

Ya Allah,andai mereka merasa susah dan payah...
Engkau permudahkanlah mereka...
Andai mereka bimbang dan gelisah...
Engkau tenangkanlah...
Andai mereka sakit,sembuhkanlah...
Andai mereka sunyi,temanilah mereka...
Andai mereka memerlukan kami disaat ini,
Khabarkanlah kepada mereka,Engkau sentiasa disisi...

Kita dekat,kita sentiasa bersama...
Dalam doa yang sentiasa basah dibibir..
Ingatan dihati...

Hanya Engkaulah Ya Allah...
Yang mampu membalasnya...
Setiap nafas,setiap keringat,setiap susah dan payah...
Sedarkanlah kami...
Sudah tiba masanya..
Tugas itu berganti..

Mak dan abah,doakan anakanda..
Anakanda bimbang,andai tiada restu kalian..
Walaupun bonda dan ayahanda pernah menyatakan...
'Tenang kami,redha utk kalian'



Mak,abah...terima kasih!!

Aainaa Fatimah binti Osman
Syariah Islamiyah
Universiti Al-Azhar,Kaherah
Kembalilah...mereka sunyi dan perlukan teman
Sayangilah...tempat yang hak utk kalian berikan
Lontarkan kemaafan,buangkan keegoaan...!!

Kiriman dari mak..: 'Thank for your wish.semoga kita semua menjadi ibu mithali.semoga kita mendapat taufiq dan hidayah.semoga kita sedang memimpin anak-anak ke syurga....'
9 mei 2010-5.18pm