Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Kareem..Allahu Akram!




Allahumma bariklana fi rajaba wa sya`bana
Wa ballighna ramadhan..

Ya Allah,berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban
Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan..Amin

Ramadhan,kedatanganmu dinanti..kehadiranmu dirai dan pemergianmu ditangisi.
Ya Allah,semoga Engkau sempatkan umur kami untuk menemui RamadhanMu kali ini.

Diriwayatkan di dalam sebuah hadis,Rasulullah SAW pernah bersabda: Ramadhan awwaluhu rahmah,wa ausotuhu maghfirah,wa akhiruhu `itqun minannar…Maksudnya, di awal Ramadhan itu rahmah,pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka.

Rasulullah bersabda lagi: Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada di dalam bulan Ramadhan,nescaya mereka mengharapkan sepanjang tahun itu adalah Ramadhan..

Ayuh,kita sama-sama bersiap sedia menghadapi bulan mulia yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.Semoga apa yang kita harapkan akan diberkati oleh Allah,iaitu menyempurnakan ibadah sebanyak mungkin di dalam bulan yang dinantikan oleh semua orang yang beriman.Bagi yang belum mengetahui tentang kewajipan dan ibadah-ibadah yang dituntut dilakukan di dalam bulan ini,marilah kita menyemak kembali hukum-hukum yang digariskan,samada perkara-perkara wajib,sunat,makruh dan haram kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk beribadah sebanyak-banyaknya.Kerana sepertimana yang kita sudah jelas,pahala orang yang mengerjakan ibadah pada bulan ini digandakan berlipat kali ganda dari ibadah yang dilakukan pada bulan-bulan lain.Selain itu,bulan ini juga boleh melatih kita untuk bersifat penyabar,pemurah,penyayang,dan lain-lain lagi.Pelbagai ibadah yang dituntut dan diberi pahala telah digariskan untuk kita lakukan sepanjang hari dari bangun tidur sehinggalah tidur pula.

Di antaranya ialah bangun malam,menyediakan sahur,bersahur,berpuasa,membaca Al-Quran,berzikir,bertasbih,bertahmid,bersyukur,bersabar,menyediakan juadah berbuka,solat sunat,Tarawih,bertadarus dan lain-lain lagi.Bahkan,tidur di dalam bulan Ramadhan juga dikira sebagai ibadah disisiNya.

Semoga persiapan kita pada Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu.Jangan pula asyik bertukar langsir raya saja,sebaliknya kita berazam untuk menyempurnakan kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT,selain menikmati hari-hari dalam bulan ini dengan melakukan perkara-perkara yang baik.Semoga doa yang dipanjatkan akan dikabulkan oleh Allah SWT di dalam bulan yang penuh berkat ini.Kita tidak pasti,adakah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir bagi kita.Jadi,bergembiralah menanti kehadiran Ramadhan,kerana kegembiraan kita turut diganjari pahala.




Monday, August 17, 2009

Sebuah Pertemuan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Pencipta Yang Maha Agung di atas segala nikmat yang dikurniakan.

Alhamdulillah,beberapa hari yang lepas saya berhujan emas di sebuah negeri jiran,Pulau Pinang.Pertama kalinya saya berjumpa dengan sahabat saya setelah setahun berkenalan melalui alam maya internet.Saya bersyukur kerana kehadiran saya di sana diraikan dengan meriah sekali.Buat sahabat saya sekeluarga,terima kasih atas undangan!Mai Kedah pulak noo…hehe

Pada mulanya,saya batalkan untuk menerima undangan sahabat saya di sana atas sebab kesihatan yang kurang baik.Akhirnya,pagi itu saya dibenarkan semula untuk menaiki bas bersendirian kerana sudah pulih.Macam-macam saya bayangkan di dalam fikiran pada pagi itu.Takut pula nak memandai-mandai ke sana.Lagipun,sudah lama rasanya tidak menziarahi pulau mutiara..

Sebaik sampai di stesen bas Sg. Petani,saya mula bertindak seperti keadaan saya mula-mula di Mesir.Saya memberikan salam kepada penjual tiket dan memulakan sesi soal jawab.Alhamdulillah,saya dipandu supaya menaiki sebuah bas ke Butterworth.Perjalanan selama hampir sejam itu sekali lagi memeningkan kepala saya.
Lepas ni nak naik apa pulak?...huhu

Soal jawab berlangsung lagi apabila saya sampai di stesen bas Butterworth.Kanan dan kiri saya pusing untuk menentukan arah perjalanan kaki.Saya mengambil keputusan untuk ke arah papan tanda yang bertulis, Information…

“Eh kak,kalau nak ke sana,kak kena tunggu bas lagi 2 jam..Xpayah la naik bas.Kak pi naik feri,”nasihat seorang pemandu bas yang melihat saya seperti baru first time di situ.
“Owh,lagu tu?Terima kasih..,”balas saya berloghat utara..

Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.Tanpa melengahkan waktu,saya berjalan seperti sedang mengejar feri.Hampir beberapa tahun saya tidak menaiki feri tanpa menaiki bersama kereta.Saya berjalan mengikut arah signboard.Dalam perjalanan,saya bertemu dengan seorang makcik.Sifat saya yang peramah menyebabkan orang sekeliling,berhati-hati melihat saya ingin memulakan perbualan…Hehe.

“Makcik,makcik!,”panggilan saya yang pertama tidak dihiraukan.Mungkin dia tidak dengar kerana bunyi feri yang agak kuat, menutup suara saya.Tapi,dia hanya mengangguk tanpa sebarang suara.

“Makcik,ni jalan untuk nak naik feri ke Sg. Nibong ke?,”saya bertanya sambil berjalan laju kerana mengejar makcik tersebut yang seperti mengejar sesuatu.
“Saya lupa la makcik,” saya menambah lagi.Hati saya tiba-tiba seperti sedang ketawa kecil.Yelah naik jelah,tanya lagi…(peramah la tu…hihi)Lama juga menanti jawapan..Tiba-tiba..makcik tu menjawab perlahan.
“Enggak tahu sik..,makcik enggak tahu..,”loghat Indonesia terpacul dari mulutnya.Dia lenyap dari pandangan sekelip mata.Owh, orang Indonesia rupanya..patutlah dia segan,orang negara sendiri bertanya orang luar negaranya…hehe.Sori ya makcik!

Feri-feri sudah bersedia menerima isi perutnya.Penumpang-penumpang yang berjalan kaki dan yang berkenderaan bergegas masuk ke dalam feri dan mengambil tempat.Saya mengambil tempat duduk di barisan hadapan kerana takut ketinggalan.Alhamdulillah,setelah lama berkenderaan darat dan udara selama ini,saya diberi kesempatan untuk berkenderaan air pula…Ada hikmah disebalik sebuah ketetapan!

Setelah mengharungi laut dan benua,akhirnya saya sampai ke destinasi seterusnya.Saya mengambil keputusan untuk menelefon sahabat saya untuk bertanya tentang tindakan selanjutnya.Alhamdulillah saya hanya perlu menaiki 2 buah bas lagi untuk ke sana.Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam dari mula perjalanan,menjadikan saya banyak berfikir yang termenung.

Kereta ke stesen bas -bas 1 ke Butterworth - feri ke Pulau Pinang – bas 2 – bas 3

Subhanallah,Maha Suci Bagi Allah.Saya bertasbih melihat lautan yang dipenuhi dengan feri-feri yang membawa muatan manusia dan barang-barang ke hulu dan hilir.Luasnya luas dari mata memandang.Sungguh luas dan indah ciptaan Pencipta kita semua!Dia juga telah memperjalankan kenderaan yang saya naiki.Jika tanpa bantuan Dia,saya sudah tentu tidak sampai ke sana bagi menyempurnakan hajat seorang sahabat saya..Alhamdulillah,Dia Maha Mengetahui segala isi hati saya.Gunung-ganang yang berliku-liku menunjukkan kepada kita semua bahawa Allah itu Maha Bijaksana dalam mentadbir serta mengatur alam ini.

Apabila sampai di sebuah lereng bukit,saya terlihat beberapa kumpulan pekerja sedang menyiapkan jalan yang saya sedang harungi.Mereka menyambung pembahagi 2 jalan yang masih tergantung disebabkan jalan itu berada di atas bukit.Saya terfikir,bahayanya pekerjaan seperti itu.Tapi,bila difikirkan kembali,sudah tentu mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.InsyaAllah,saya doakan moga Allah luaskan rezeki mereka diatas segala keikhlasan yang dilakukan.

Dipendekkan kisah,saya bersyukur kerana selamat sampai di sana.Sebelum itu,saya tersilap jalan.
“Assalamualaikum cikgu,nak pi mana ni?,”tanya seorang pakcik yang sedang menunggang motosikal sambil meredah hujan renyai-renyai.Mungkin dia fikir saya seorang guru kerana saya berpakaian batik.
“Wa`alaikumussalam,saya nak pi rumah kawan,”jawab saya sambil berpatah balik berikutan penduduk di situ melihat saya seperti aneh sekali.Hehe…
“Ooo,ingatkan cikgu mana tadi.Kak silap jalan ni,kat sana xdak rumah orang.Kak pi jalan satu lagi.Kat sana ada kawasan perumahan,”jelas pakcik itu dengan bersungguh-sungguh.
“Awat pasai pa ni?,”tanya 2 orang penunggang lagi yang ingin membantu.
“Oo,kak pi jalan depan tu.Kona kiri pastu jumpa terus,”jelas mereka sekali lagi.
Alhamdulillah,saya terus berjalan mengharungi hujan rintik-rintik yang menyejukkan suasana tengahari itu.Saya disambut oleh sepupunya dan dijemput masuk.Di saat pertama kali pertemuan,kami bersalaman dan bertanya khabar.Saya dan sahabat saya bersyukur kerana dipertemukan pada hari tersebut setelah sekian lama hanya melihat foto-foto yang dikirim melalui internet..

Ya Allah,terima kasih di atas sebuah pertemuan
Tanpa izinMu tak mungkin kami bertemu
Moga ikatan persahabatan yang terjalin
Akan terus berkekalan dan direstui olehMu Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin..

Buat kak long,makcik dan tok yang berada di sana,terima kasih di atas layanan istimewa kepada saya sebagai seorang tetamu di sana.Dari awal pertemuan hingga akhir bicara merentas lautan,sungguh bernilai pengorbanan kalian menghantar saya.



Dihantar ke terminal feri- Feri-Bas Butterworth ke Sg.Petani



Tak lupa juga buat jannah yang kelakar dan keluarga jannah yang membantu.Walaupun saya sempat sehari berkenalan,namun itulah nikmat pertemuan.Moga Allah SWT menemukan kita di lain waktu dan ketika.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya!
Allahu yubarik fikum..Ud`u lakum fi redhallah daiman.

Tika ku kealpaan kau bisikan bicara keinsafan
Saatku kehilangan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya mengatasi segala…

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan…

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Dan itu adalah ketetapan disisiNya.Kedua-duanya adalah nikmat bagi kehidupan bersaudara.Jadi,kita mesti redha dan bersyukur di atas segala ketetapan Allah SWT..

Ya Allah,segala yang berlaku di langit dan di bumi adalah ketetapanMu
Oleh itu,jadikanlah kami hambaMu yang redha dengan apa yang berlaku
Sekiranya ini yang terbaik disisiMu,Kau perkenankanlah
Andai sebaliknya pula,Kau jauhilah kami dari kemurkaanMu
La haula wala quwwata illa billahil `aliyil `azim..

16-17 Ogos 2009

Friday, August 14, 2009

Pesanan Imam Syafie R.A

  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat,di samping ianya menjadi amalan para Nabi,Rasul dan orang-orang soleh.
  • Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibubapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.
  • Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim yang sebenar.Ianya ibarat pokok zaiton.minyaknya membawa berkat,ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.

  • Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat.Oleh itu siapkanlah dengan jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bagi.

  • Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

Meringankan dan Meninggalkan Solat




Diceritakan ada seorang lelaki yang baru selesai menguruskan pengebumian adik perempuannya.Ketika urusan pengebumian dibuat,dia tidak sedar bahawa dompetnya tercicir di dalam kubur adik perempuannya itu.Setelah pulang dan menyedari kehilangan dompet,si lelaki kembali ke kubur untuk menggali dan mendapatkannya semula.Tiba-tiba sedang dia menggali kubur adiknya,lelaki tersebut mendapati ada api di celah-celah tanah yang digali.Dia segera menutup tanah tersebut dan pulang ke rumah dalam keadaan menangis kesedihan lalu berjumpa dengan ibunya.Lelaki tersebut bertanya kepada ibunya sambil menangis : “Ibu,ceritakanlah kepadaku hal adikku,apa yang dia telah lakukan?”.Ibunya bertanya kembali : “Apakah yang membuatkan kamu bertanyakan ini?”.Maka lelaki itu terus menceritakan tentang kubur adiknya terdapat api yang menyala-nyala.Si ibu menjawab : “ Wahai anakku,adikmu sering meringan-ringankan solat dan selalunya melengah-lengahkan waktunya..”.

Sahabat..ini adalah cerita tentang orang yang melewatkan waktu solat.Bagaimana pula hal orang yang tidak menunaikan solat?Marilah kita sama-sama memohon agar Allah membantu kita dalam memelihara solat pada waktunya dan moga kita diletakkan dikalangan hambaNya yang memelihara solat.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..


Dipetik dari Syarhul Kabair
Tulisan Al-Hafizdh Abi Abdillah Muhammad Ibni Ahmad Ibni Uthman Az-Zihabi


"Enti Kazzaab..!"

Sepanjang berada di Mesir,semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Kaherah,pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku telah memberikan pengajaran buat diri saya yang sering alpa.

Sebelum kami sekumpulan pelajar baru,(anak-anak Kedah 2008) sampai di sana,kami telah di dedahkan dengan pelbagai rintangan dan cabaran menjalani kehidupan di sana.Alhamdulillah,sedikit sebanyak kami telah menyesuaikan diri dengan kehidupan yang banyak bezanya dari kehidupan di Malaysia!

Teringat saya ketika bulan pertama menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar,Kaherah.Kami dipandu oleh senior-senior di sana utk menguruskan beberapa urusan mendaftar,membuat kerneh (kad nama pelajar),urusan perubatan,menempah kitab-kitab kuliah,dan lain-lain lagi.Setelah dipandu,kami pun cuba utk menguruskan urusan-urusan tersebut secara berkumpulan.Kepada mereka yang telah membantu kami,terutamanya pihak HEWI MKKK,musyrifah-musyrifah,dan sahabat-sahabat saya,syukran kathira di ucapkan.Moga Allah membantu kalian!

Bagi saya,satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan apabila kami sama-sama pelajar tahun 1 ingin mengambil kitab yang telah ditempah.Seminggu sebelumnya,saya telah menyerahkan tempahan dan wang kpd ablah (orang arab yg menguruskan hal universiti) bidang Syariah.Alhamdulillah,saya telah menempah 10 buah kitab (klu xsilap saya,kitab Tauhid) dan saya bersyukur krn apabila saya memberikan wang yang cukup kepadanya,dia tersenyum tanda gembira.Sebenarnya saya ingin memudahkan ablah tersebut,berikutan takut dimarahi pula nanti.Kebetulan,seorang senior yang terjumpa dgn kami ketika sedang thobur (beratur),telah menasihati kami supaya jangan membuatkan dia naik angin dengan memberikan duit besar..(mcm-mcm..hehe).

Alhamdulillah,setelah selesai urusan menempah kitab,kami sama-sama pulang ke rumah.Saya seronok menceritakan kepada sahabat-sahabat saya tentang perkara baru yang tidak sesukar itu jika berurusan di Malaysia!.Mereka mentertawakan saya apabila saya menegaskan bahawa saya seronok menempah kitab kerana saya boleh bercakap dgn baik dalam bahasa Arab.Entahla,mungkin jugak kalau dia tersenyum krn saya tergagap-gagap!hehe..Bagi saya,inilah peluang utk saya lebih mempraktik bercakap dalam bahasa Arab dengan bangsa Arab.Kata pegawai kami di Mesir,biar kita salah tp kita mesti cuba bercakap.Bila dh berani bercakap,perbetulkan prckapan..InsyaAllah,susah dahulu,senang kemudian hari.
Menyambung cerita tadi,seminggu kemudian kami bersama-sama ke Mabni Qadim (bangunan lama,yang ditempatkan mahasiswi bidang Lughah).Di tingkat pertama,kami belok ke kanan untuk ke tempat tempahan kitab.Setiap hari,ada wakil diantara kami yang akan ke sana untuk memastikan sama ada kitab sudah boleh diambil atau tidak.Setelah diberitahu oleh Syaima`(ketua darjah kami di Kuliah Syariah thn 1),kami pun terus ke sana.Kami ke sana pada sebelah petang setelah habis kuliah pada hari itu.Sepatutnya,kami ke sana sebelum kuliah bermula,tp berikutan ablah datang lambat,kami membuat keputusan utk masuk kuliah terlebih dahulu.

Tahu-tahu sajalah,bila habis kuliah semua orang ingin membuat urusan menempah dan mengambil kitab.Tidak terkecuali bangsa-bangsa lain yang berebut-rebut ingin ke barisan hadapan utk mengambil kitab.Tapi,ablah isyaratkan kepada kami semua utk beratur..
“Ya banaat..thabuur!”, garang sekali suara ablah yang telah berkali-kali memerintahkan mereka yang tidak mengikut arahan..

Lebih kurang setengah jam menunggu,akhirnya saya berjaya sampai ke barisan hadapan.Dengan kudrat yang dikurniakan,saya memujuk diri ini untuk bersabar.Setelah ditolak-tolak oleh mereka yang berbadan agak besar dan sifat mereka yang sedikit kasar,saya akhirnya terhantuk ke pintu bilik yang kecil itu.Huhu..

“Sabaq kak aainaa..”,nasihat adik-adik saya di belakang yang sentiasa memberikan sokongan..hehe.Biasalah,kita berada di tempat orang,mesti memahami budaya mereka.Apabila sampai di hadapan ablah,saya segera memberikan kertas yang tertulis raqam tempahan yang telah dibuat seminggu lalu.

Saya memulakan perbualan dengannya..
“Salam alaik..ana min syu`bah Syariah Islamiyah sanah uwla”,saya memperkenalkan diri dengan senyuman.“Waalaikumussalam..ismuki?,” tanya ablah itu kpd saya sambil tersenyum..Alhamdulillah,moga mood ablah baik hari ni,detik hati saya.“Ana Aainaa Fatimah Osman,”saya memperkenalkan lagi.“Kitab eh ,wa kam?,”tanya ablah tersebut.
“Kitab Tauhid,kullu asyarah..,”saya menjawab dan terus mengambil 10 kitab yang diberikan.“Syukran,ma`assalamah,” ucap saya dan ablah itu menjawab “Afwan,wa ilal liqa,”.Kami mengakhiri perbualan.

Saya pun keluar mendapatkan adik-adik yang setia menunggu saya di luar.Alhamdulillah kami sama-sama bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah.Saya menarik nafas lega kerana selesai mengharungi suasana panas dan bising disitu.Setelah selesai mengedarkan kitab disitu,rupa-rupanya kitab kami hanya ada 9 buah.Saya mengaku khilaf sewaktu mengira kitab tadi.Saya meminta izin kepada orang Arab yang berada di hadapan utk berjumpa dgn ablah..

“Ma`alish ya ablah,ana khilaf.`Indi tis`ah kitab bas!,”saya mengatur bicara dengan hati-hati.Takut tersentuh hatinya yang sudah berusia.
“Soh?,”tanya ablah tersebut dengan nada marah.Kebetulan,ablah itu sedang naik angin kerana bergaduh dgn orang Arab yang berlawan cakap dgnnya sebentar tadi.
“Aiwah,ana khilaf qabla qalil fi hisb kitab..wahid kaman,”saya menerangkan kpdnya sambil mengangkat jari telunjuk bahawa saya tersilap mengira sebentar tadi,dan xcukup 1 kitab lagi.Tiba-tiba,ablah itu bangun dan memarahi saya.
“Enti kazzaaab…??!!,”saya dimarahi kerana dikatakan berbohong dan ingin mencuri.Suasana menjadi sunyi seketika.Terlopong mulut mereka yang memerhatikan saya dari jauh.Tersentak jiwa saya ketika itu.Jika diikutkan,ingin saja saya lari..tapi,saya kuatkan juga diri ini utk mempertahankan diri.
“Lak..!,”ucapan tidak saja yang mampu saya lontarkan ketika itu.Lagipun,saya xpandai pula nak bergaduh,lagi-lagi dengan orang sudah berusia sebegini.(xbanyak vocab jgk sbbnya..hehe)

Mungkin pekikan ablah tadi didengari oleh orang di sekitar luar bilik itu.Masyitah,adik yang belum mendapat kitab ekoran saya yang tersalah kira sebentar tadi,masuk membantu saya menyelesaikan masalah.Dia memang fasih berbahasa arab.Tiba-tib,apabila dia baru sahaja ingin memulakan penerangan,dia menangis teresak-esak kerana turut dimarahi seperti saya.Saya menarik tangannya dan membawanya keluar dari situ utk menyejukkan keadaan.

Saya juga tidak melepaskan peluang utk mengalirkan air mata..hehe.Hati perempuan,tersentuh la jgk klu dituduh sebegitu.huhu..Alhamdulillah,akhirnya kami dipermudahkan oleh Allah.Seorang pelajar berbangsa Arab,datang menemui kami yang sedang kegelisahan.Setelah diterangkan kpdnya tentang peristiwa tersebut,dia menarik tangan kami berdua tanda ingin membantu.Kami dihadapkan kpd ablah itu.Mungkin kerana terharu melihat kelembutan kami,dia berusaha utk menolong kami.Akhirnya,kami bersyukur kerana ablah memahami.Saya diberi sebuah lagi kitab dan mengucapkan terima kasih kpdnya dan pelajar arab tadi.

Saya melangkah keluar dari bilik itu dengan titisan air mata tanda gembira.Sebenarnya,Dia ingin menguji kami.Kadang-kadang,saya tersenyum sendirian bila teringat kembali kisah di awal menuntut di sana.Buat adik-adik yang bakal menyambung perjuangan di sini,jangan pula bimbang dengan cerita tadi.Sebaliknya,saya sekadar ingin berkongsi cerita.Kita menumpang di negeri orang..pandailah kita membiasakan diri.

Sekarang,saya berada di Malaysia utk bercuti.InsyaAllah,azam baru akan kembali dan itulah yang saya harapkan bila sampai di sana nanti.Moga dipandu olehNya!

Monday, August 10, 2009

Mencintai dan Menyayangi

Siapa yg patut disayangi dan dicintai?Persoalan itu ditanyakan oleh Syeikh Nuruddin ketika pengajian terakhir yg saya boleh ikuti di Masjid Al-Bukhari,Alor Setar.Saya akan kembali ke Sg.Petani slps solat zohor seketika nanti utk persiapan menghadiri pengajian seterusnya yg akan diadakan bermula esk sehingga 14 Ogos di Masjid Abu Bakar As-Siddiq,Sg. Petani.

Berbalik kpd soalan yg diberikan,saya dan hadirin menanti-nanti,apakah jawapan yg akan dilontarkan oleh syeikh.Saya menyelak kitab An-Nasoih Ad-Diniah halaman 319.

Mahabbah terbahagi kpd 3:

Pertama: Mahabbah/ kasih sayang krn Allah
Kedua : Mahabbah thobi`iyah/semulajadi
Ketiga : Mahabbah syaitaniah

Apa yang dimaksudkan dgn mahabbah krn Allah?
Kasih-sayang dan rasa cinta yang ditujukan itu adalah semata-mata kerana agama Islam yang diamalkannya,kerana sentiasa mengabdikan diri hanya kpd Allah SWT,kerana zuhud,warak,dakwah Islam yang dibawakan,kerana dia hati-hati pada perkara syubhah..dan lain-lain lagi..

Rasulullah SAW pernah bersabda: Orang yang paling dekat dgnku pada hari akhirat kelak,ialah orang yang sentiasa dan rajin berselawat kpdku..

Mahabbah Thobi`iyah
Secara semulajadi,seseorang itu akan menyayangi dan menghormati seseorang yang telah membuat kebaikan kpdnya.Kadang-kadang,seseorang yang menyayangi seseorang atas kebaikan yg dilakukan,tidak pula mengikut apa saja perbuatan atau kesukaan orang yang disayanginya.

Rasulullah SAW bersabda: Almar u ma`a man ahabba
Maksudnya: Seseorang itu akan bersama sesiapa yg disayanginya.

Oleh itu,sesiapa yang menyintai Rasulullah SAW dan mengamalkan sunnah baginda,akan ditempatkan bersama baginda di akhirat kelak.Moga kita juga dikalangan mereka yang bersama Rasulullah..amin.

Sebaliknya,sesiapa yang menyukai pemimpin yang diktator/fasik,Allah akan turunkan darjat pemimpin tersebut pd darjat yang paling bawah iaitu di neraka,dan mereka yang menyukainya akan turut bersamanya...na`uzubillah.

Mahabbah Syaitaniah
Mahabbah syaitaniah ialah golongan yang melontarkan kasih dan sanjungannya kpd orang-orang yang membuat maksiat,yang membawa seseorang kpd kelalaian,yang tidak patuh kpd ajaran Allah,yang membuat kerosakkan dan lain-lain lagi.Banyak contoh-contoh yang kita boleh bawakan pada zaman moden ini.Ramai yang menyanjungi golongan sebegitu dari memilih menghormati dan menyayangi ulama-ulama.Na`uzubillah..

Oleh itu,fikir-fikirkanlah kembali.Siapakah orang-orang yang kita sepatutnya melontarkan kasih-sayang kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu bersahabat,melainkan kamu bersahabat dgn orang-orang mukmin"

Mereka adalah golongan yang soleh,taqwa,zuhud dan yang membawa kita kpd kebajikan dan kebaikan utk akhirat.Kerana,apabila kita bermawabbah kpd mereka,kita akan turut merasa ingin menjadi spt mereka juga. Dan kita akan bersama mereka di akhirat nanti..Mahukah kita bersama orang-orang mukmin?Marilah kita menujuNya..

Akhir sekali,sebelum syeikh membuka ruang soalan,syeikh sempat menasihati para jemaah dgn nasihat yang cukup berharga bg saya dan hadirin yang lain.

Syeikh berpesan, untuk bersahabat ,bersahabatlah kamu dgn shbt yang:
  • menambah keilmuan kita
  • mengingatkan kita kpd Allah SWT
  • menambahkan kita semakin banyak beramal utk kehidupan akhirat

Sempat lagi syeikh membaca sebuah hadis yang bermaksud: Duduk bersama org-org soleh lebih baik dari duduk bersendirian.Duduk bersendirian lbh baik dari duduk bersama org-org yang jahat.

Kerana,apabila kita bersama org-org yang soleh,kita akan dinaungi oleh rahmat Allah yang melimpah ruah..Moga kita dikalangan hambaNya yang sentiasa mencari rahmatNya.Amin..






Sunday, August 9, 2009

Redha dgn takdirNya

01082009 Alhamdulillah setelah lama menantikan keputusan yg amat berat bg saya utk menerimanya,saya gagahi juga diri ini utk meneruskan kehidupan yg masih berbatu-batu.
Walaupun keputusan itu adalah sesuatu diluar jangkaan saya,saya bersyukur kerana menemukan jawapan pada masa ini.Saya cukup yakin dengan janji Allah bahawa itulah yg terbaik buat saya…Buat sahabat-sahabat yg sentiasa memberikan saya semangat ketika itu,terima kasih diucapkan.

Apa yang mampu diungkapkan,biarlah semua itu mnjadi pengajaran yang berguna buat saya dan sahabat-sahabat pada masa akan datang.Jangan terlalu mengharap sesuatu yg membahagiakan,sebaliknya berdoa dan bertawakkal semoga apa yg bakal ditentukan adalah yg terbaik disisi Allah SWT.Walaupun apa yg telah ditetapkan itu tidak membahagiakn kita,ketahuilah bahawa Dia Maha Mengetahui segala tiap sesuatu bagi hamba-hambaNya.Bersyukur dan bersabar dgn apa yg ditakdirkan,itu yg plg baik!

Ya Allah,andai ini yg terbaik disisiMu,pada agamaMu,dan terbaik pada hidup dan matiku,serta pada dunia dan akhiratku,Kau dekatkanlah ia..Dan sekiranya ia adalah buruk disisiMu,pada agamaMu,dan buruk pada hidup dan matiku,serta pada dunia dan akhiratku,Kau jauhkanlah ia sejauh-jauhnya sepertimana Engkau Mengetahui..

Astaghfirullah Innallaha Ghafururrahim..
Aku memohon keampunan pdMu Ya Allah,Sesungguhnya Dia Maha Pengampun


Dalam kehidupan di dunia ini,Allah jadikan bagi setiap manusia itu kesusahan dan kesenangan yang silih berganti…Bila Allah turunkan hujan kpd tanaman yg kering kontang,ia merupakan nikmat kepada si petani yg sedang risau trhdp tanamannya.Dan bila Allah tetapkan pada seseorg itu sesuatu perpecahan di dalam bersahabat,maka itu adalah satu ujian drNya..Ini sebagai contoh saja.Tp sahabat,kita sebenarnya tidak boleh memikirkan bahawa setiap musibah itu adalah kepayahan bg kita.Sebenarnya,Allah ingin sekali menguji keimanan hambaNya.Samada dgn diberi nikmat atau diberi musibah.Dia rindu dan ingin mendengar rintihan hambaNya itu.

Allah SWT pernah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah pada ayat yg terakhir,dan maksudnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya..” Al-Baqarah: 286


Di dalam ayat tersebut Allah menerangkan kepada kita bahawa setiap segala yg ditentukan di atas dunia ini,adalah mengikut kemampuan kita.Allah sesekali tidak membebankan manusia atas apa yg diluar kemampuannya..Tp,jangan pula sesekali meminta diuji oleh Allah SWT.Taku-takut bila diuji,kita pula tidak terdaya memikulnya.Sebaliknya,di dalam Al-Quran telah digariskan doa-doa untuk kita amalkan.Antara doa-doanya ada di dalam ayat yg sama iaitu di akhir Surah Al-Baqarah.

Firman Allah SWT: (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami,Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami,jangan Engkau bebankan kepada kami bebanan yg berat sebagaimana Engkau bebankan kpd org-org sblm kami.Ya Allah,janganlah Engkau pikulkan kpd kami, apa yg kami tidak mampu memikulnya.Maafkanlah kami,ampunkanlah kami dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami.Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Subhanallah…Maha Suci Bagi Allah,Yang Mentadbir alam ini dan seisinya..
Nikmat yg sering kita lupa dalam hidup ini adalah nikmat sihat dan masa lapang.Kita selalu lupa dan leka dengan nikmat-nikmat tersebut.Tp,bila saja diuji dgn sedikit kesakitan dan kesibukan,barulah ingin berdoa memohon bantuan dr Allah SWT.Apa salahnya jika dengan nikmat sihat dan kesempatan masa yg terluang itu,kita penuhi dengan ibadah juga?Bukankah kita ini hambaNya yg ditugaskan utk menyembah dan memohon pd Dia?Tidak kiralah sibuk atau tidak,kewajipan kpd Allah jgn dilupakan..Saya juga turut berpesan pada diri saya.

Jadi,dengan kesedaran yg diberikan oleh Allah ini,ayuh kita sama-sama berdoa,agar Allah menjadikan kita dikalangan hamba-hambaNya yg bertaubat,dan yg selalu menyucikan diri,dan berada dikalangan hamba-hambaNya yg soleh..

Allahummaj`alna minattauwwaabin,waj`alnal minal mutathohhirin,waj`alna min `ibadikassolihin..amin

Tuesday, August 4, 2009

Yang bernama wanita

Yang Bernama Wanita
Artis: Mustika

Kau bunga ditaman larangan
Mekarmu dipagari
Dari sucinya hati
Seorang wanita
Terpelihara..

Biar badai menduga
Kembangmu tetap indah
Dari nur keimanan
Menjulang dijiwamu
Asuhan ayah bonda…

Kau serikandi ummah..
Akhlakmu bunga diri
Menjaga nama dan budi
Dikaulah yg bernama
Wanita sejati
Kau intan permata

Biar badai menduga
Kembangmu tetap indah
Dari nur keimanan
Menjulang dijiwamu
Asuhan ayah bonda…

Wanita Solehah..